Thursday 11 December 2008

Amalan yang Dianjurkan dalam Bulan Zulhijjah

Amalan yang Dianjurkan dalam Bulan Zulhijjah

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya: “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.


-----------------------------------------------------------------------
Kelebihan 10 Hari Pertama Dalam Bulan Zulhijjah

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.

Para sahabat baginda bertanya: Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar Baginda, Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Baginda s.a.w bersabda: “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.



Peristiwa Dalam Bulan Zulhijjah

Peristiwa Dalam Bulan Zulhijjah

Di sebalik bulan Zulhijjah yang terkenal dengan bulan haji, ia juga mencatatkan beberapa peristiwa di dalam diari sejarah pembinaan dan perjuangan umat Islam. Ia menjadi nadi dan titik-tolak kepada pengukuhan akidah dan pemantapan sahsiah serta kekuatan ukhwah ummat di dalam meneruskan perjuangan Baginda s.a.w. Antara peristiwa tersebut adalah:

1. Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan baginda menjadi nabi.

2. Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) pada tahun ke-13 selepas pelantikan baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj.

3. Peperangan As Sawiq pada tahun kedua Hijrah, Nabi s.a.w keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda.

4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak.

5. Kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah.

6. Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wada’. Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

7. Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w pada tahun 12 Hijrah.

8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.

9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin.

10. Pada tahun 23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi.

11. Pelantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum kematiannya.

12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.

13. Kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam pada tahun 242 Hijrah di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan.

Tuesday 9 December 2008

Berita: Aidiladha 1429H disambut meriah anak-anak Melaka

KAHERAH, 8 Dis. - Sambutan Aidiladha 1429H disambut meriah oleh penuntut-penuntut Melaka di sini. Program korban peringkat Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) mendapat sambutan baik daripada ahli. Program ini berjaya mengumpulkan ramai ahli BKKIMM dari segenap pelusuk bumi Mesir baik daripada kuliah Al-Azhar mahupun perubatan. Sehari sebelum menjelang Aidiladha kebanyakan ahli BKKIMM sudah pun berkampung di Wisma Melaka. Kemesraan dan semangat kerjasama di kalangan ahli terserlah apabila masing-masing mengambil bahagian bergotong-royong menguruskan daging korban.

Sementara ikhwah menguruskan daging korban akhawat pula sibuk dengan kerja-kerja memotong dan menghiris bawang dan bahan-bahan lain sebagai persiapan kenduri yang direncanakan berjalan pada sebelah malam hari yang sama.

Ahli BKKIMM kemudian diberi santapan rohani dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin bin Omar pada sebelah maghrib sebelum diakhiri dengan solat Isya' dan makan malam. Program berjalan dengan baik dan lancar.

(Untuk melihat gambar sepanjang program berlangsung, sila klik di sini.)


Sunday 7 December 2008

Berita: Gotong-royong Aidiladha 1429H

LANDSKAP- menceriakan suasana kediaman.

KAHERAH, 7 Dis. - Unit Perumahan dan Kebajikan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (UPK BKKIMM) telah mengadakan satu gotong-royong pagi tadi di kawasan persekitaran Wisma Melaka, Haiyyu Sabie'. Gotong-royong ini diadakan sempena kedatangan Aidiladha yang jatuh pada 8 Disember 2008. Program ini mula berjalan pada jam 7.30 pagi waktu tempatan dan berakhir kira-kira jam 10.30 pagi. Program ini mendapat sambutan daripada penghuni Wisma Melaka dan juga pelajar daripada muhafazah yang telah mula berkampung di Wisma Melaka.

Friday 5 December 2008

Mandub BKKIMM 2008/2009

Senarai Mandub dan Mandubah BKKIMM 2008/2009


KAHERAH
MANDUB: Abd Rauf bin Baharudin
NO. TEL: +20116822872
E-MAIL:

MANDUBAH: Badaratul Rafe'ah binti Abu Bakar
NO. TEL: +20116979037
E-MAIL:


DAMANHUR
MANDUB: Hasbullah bin Othman
NO. TEL: +20105518259
E-MAIL:


ISKANDARIAH

MANDUBAH: Siti Aishah binti Jelani
NO. TEL: +20114314031
E-MAIL:


MANSOURAH
MANDUB: Ahmad Zulkaramie bin Muchtar
NO. TEL: +20113468917
E-MAIL: zlkrm@yahoo.com

MANDUBAH: Syarifah Talha binti Syed Yahya
NO. TEL: +20100506331
E-MAIL:


PERUBATAN
MANDUB: Ahmad Syahir bin Ismail
NO. TEL: +20100312651
E-MAIL:

MANDUBAH: Noorul Huda bin Abd Hamid
NO. TEL: +20102074824
E-MAIL:


SHOUBRA
MANDUB: Hairul Azmie bin Sukaime
NO. TEL: +20106198539
E-MAIL: pelang_says@yahoo.com


TANTA

MANDUB: Khairul Azmir bin Jahari
NO. TEL: +20166963325
E-MAIL: mutiara85_tanta@yahoo.com


ZAGAZIG
MANDUB: Muhammad Wizan bin Akbar Ali
NO. TEL: +20108057326
E-MAIL: abanglong_85@yahoo.com

Sejarah Wisma Melaka

Wisma Melaka yang terletak di Haiyyu Sabie' (Syeksyen Tujuh) pada hari ini telah dibeli pada tahun 1982. Terletak berhampiran Taman Negara, Kaherah (Hadiqah Dauliyah). Telah dirasmikan pada 13 Mei 1983 oleh TYT Tun Syed Zahiruddin Syed Hassan.

Wisma Melaka merupakan tempat bernaung, berhimpun seterusnya berfungsi sebagai tempat menjalankan pelbagai aktiviti untuk anak-anak negeri Melaka yang bertebaran di Perlembahan Nil. Ia berperanan mengikat kesatuan, ukhuwah serta memelihara kebajikan anak-anak negeri Melaka di Mesir. Pelbagai aktiviti telah dijalankan di sini demi memantapkan penguasaan thaqafah Islamiyah dan Alamiah di kalangan anak-anak Melaka yang menuntut di Mesir sebelum kembali semula ke tanahair.

Pada peringkat awal, Wisma Melaka hanya terdiri daripada dua tingkat iaitu tingkat tiga dan tingkat empat. Manakala tingkat satu, dua dan hak milik tanah masih lagi dimiliki oleh tuan rumah. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah berusaha mencari sumber kewangan bagi membeli keseluruhan bangunan Wisma Melaka termasuk hak milik tanah. Maka pada bulan April 1997, Wisma Melaka telah mencatat sejarahnya sekali lagi apabila keseluruhan bangunan telah dimiliki secara rasminya oleh kerajaan negeri Melaka.

Walaupun seluruh bangunan telah berjaya dimiliki namun, banyak perubahan yang perlu dijalankan demi menjamin keselesaan serta kebajikan anak-anak Melaka. Sehubungan itu, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengambil inisiatif dengan mengutarakan cadangan kepada MAIM untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, baikpulih dan melengkapkan peralatan di dalam Wisma Melaka. Lantaran itu, pada 11 Disember 1998 kerja-kerja baikpulih Wisma Melaka telah dijalankan. Sementara kerja-kerja baikpulih dijalankan seluruh penghuni Wisma Melaka dipindahkan ke penempatan sementara berhampiran bangunan tersebut.

Kini, Wisma Melaka di bawah seliaan BKKIMM dengan kerjasama daripada semua ahli terus menjadi pusat tumpuan anak-anak Melaka terutama pada musim cuti pengajian.

Dari Dahulu Sampai Sekarang

KRONOLOGI NAMA PERSATUAN


















NAMA PERSATUANTAHUN
Persatuan Anak-Anak Melaka di Kaherah (PAMK)1976-1988
Persatuan Pelajar-pelajar Islam Melaka Mesir (PPIMM)1988-1996
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM)
1996-sekarang



KRONOLOGI YDP








































































YDPTAHUNGAMBAR
MD SAID BIN MOHD AMIN1992-1993
JOHARI BIN SALLEH1993-1994 - tiada gambar -
ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH1994-1995
OMAR BIN SAID1995-1996
ASHRAF MUKHLIS BIN MINGHAT1996-1997 - tiada gambar -
MOHD FAZLEE BIN ABD RASIP1997-1998
ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH1998-1999
HILMI BIN HJ SALEH1999-2000
HJ MOHD YUSOF BIN HARON2000-2002
HJ MOHAMMAD NOOR KAMAL BIN ADAM2002-2006
MOHD KHAIRUL BIN AZIZ2006-2007
HUSNI BIN ALI HASSAN2007-2009
MOHD SHAHDAN BIN BAKAR2009-2010



CARTA ORGANISASI