UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Thursday, 4 June 2009

BKKIMM Terima Pegawai Baru

++++KAHERAH, 4 Jun- Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) mengalu-alukan kedatangan En. Roslan Bin Haji Abu Samah, 46, ke Mesir.

Beliau yang selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah pagi kelmarin (Selasa), disambut baik dengan kehadiran wakil Anak-anak Melaka di balai ketibaan walaupun sedang sibuk menghadapi Imtihan.

Beliau yang didatangkan daripada Ayer Molek, Melaka itu adalah bagi mengisi kekosongan jawatan Pegawai Badan Kebajikan Anak Negeri Melaka, Mesir yang sekian lama tidak diisi.

Barisan Kepimpinan BKKIMM serta seluruh anak Melaka di Mesir mengharapkan agar kehadiran beliau dapat memantapkan lagi kebajikan dan kemajuan Anak Melaka di sini. Ahlan Wa Sahlan diucapkan dan selamat menjalankan tugas.

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.