UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Sunday, 5 July 2009

Pengurus Baru Bertemu Anak-anak Melaka

KAHERAH, 5 Julai - Majlis Ramah Mesra bersama Pengurus Pelajar Melaka di Mesir, telah dijalankan di Wisma Melaka, kelmarin (Jumaat). Majlis tersebut bertujuan mendekatkan lagi hubungan antara pegawai baru iaitu En. Roslan bin Hj. Abu Samah dan pelajar-pelajar Melaka yang berada di Mesir sekaligus menyampaikan hasrat serta harapan En. Roslan dan kerajaan Negeri Melaka.

Ramai anak-anak Melaka yang berada di Kaherah mahupun luar Kaherah yang telah pun selesai menghadapi peperiksaan mengambil kesempatan turun ke Wisma Melaka bagi memeriahkan majlis tersebut. Pada sebelah pagi hari yang sama telah diadakan satu gotong-royong membersihkan kawasan Wisma Melaka. Selepas solat Jumaat pula telah diadakan satu slot pengenalan Muzakarah Berkelompok. En. Roslan merasa berpuas hati dengan semangat kebersamaan anak-anak Melaka semenjak tiba awal Jun lalu. "Saya merasa bangga melihat (pelajar Melaka) di sini ada semangat gotong-royong dan bantu-membantu. Tahniah saya ucapkan kepada semua."

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.