Monday 28 September 2009

[iklan] Ziarah Maqam Aulia' (Tanta & Iskandariah)



Unit Perhubungan, Sambutan dan Rehlah BKKIMM sesi 2009/2010 akan menganjurkan satu jaulah iaitu Ziarah Maqam Aulia' di Tanta dan Iskandariah seperti maklumat yang berikut:

Tarikh: 6 Oktober 2009
Masa bertolak: 7.30 pagi (dari Wisma Melaka, Kaherah)
Destinasi: Tanta dan Iskandariah

Jaulah ini terbuka kepada AKHAWAT sahaja.
Yuran adalah sebanyak LE 45.00.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:
Ustzh Norlia binti Yusope (011-0524467)

Friday 25 September 2009

Wisma Melaka meriah di Aidilfitri

oleh: Amir Al-Amin bin Mustaff

KAHERAH, 25 September - Baru-baru ini Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah berjaya mengumpulkan Anak-anak Melaka yang bertaburan di Perlembahan Nil sempena Aidilfitri 1430H dalam satu program iaitu Majlis Sambutan Aidilfitri 1430H dan Haflah Najihiin (Majlis Anugerah Cemerlang). Program tersebut telah berlangsung pada 22 September 2009 bersamaan 3 syawal 1430H. Ia bertujuan meraikan ‘kemenangan’ ahli-ahli Melaka setelah menjalani ibadah puasa dalam Madrasah Ramadhan dan juga meraikan ahli-ahli Melaka yang berjaya dalam imtihan (peperiksaan) yang lalu. Program yang bertemakan "Seindah Lebaran Senandung Perantauan" itu telah berjaya mengumpulkan hampir 100 orang ahli Melaka yang berada di seluruh muhafazah Mesir.

Program yang bermula pada petang Hari Raya ketiga itu telah dimulakan dengan Haflah Najihiin, iaitu penyampaian hadiah beserta anugerah kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam imtihan. Seramai 31 orang yang mendapat pangkat Jayyid dan ke atas telah diberikan anugerah. Lapan orang tenaga pengajar yang terdiri daripada ahli Melaka sendiri turut diberikan penghargaan.

Pada sebelah malam, program diteruskan lagi dengan bacaan Qasidah dan juga beberapa aktiviti menarik yang telah disusun baik antaranya persembahan daripada ahli, pertukaran kad ucapan raya dan Salam Lebaran daripada mahasiswa-mahasiswi setiap Muhafazah serta pelajar yang tamat pengajian. Program turut dimeriahkan dengan pertandingan anyam ketupat dan gubahan kek. Seterusnya hadirin dihiburkan dengan persembahan eksklusif daripada pasukan nasyid Soutul 'Azim sambil menikmati juadah hari raya yang terdiri daripada rendang daging, sambal ayam, lontong, nasi himpit dan kuah kacang. Tayangan khas Aidilfitri yang telah disediakan khas oleh Unit Siaraya dan Rakaman program dengan kerjasama Unit Malacca Multimedia Center (MMC) BKKIMM turut diselitkan. Majlis tamat tepat jam 11.30 malam dengan majlis penyampaian hadiah untuk setiap pertandingan dan bacaan doa penutup.

Ustaz Muhammad Shukri ‘Ilmi Bin Ismail, mahasiswa Syariah Islamiyyah Universiti Al-Azhar cawangan Tanta, selaku Pengarah Program amat berterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang sudi menyumbangkan masa dan tenaga bagi menjayakan program tersebut. Beliau mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin" kepada semua yang hadir dan mengharapkan agar ukhuwah yang sedia terjalin menjadi semakin kuat. Beliau juga mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan dan diperbaiki untuk tahun yang mendatang.

Saturday 19 September 2009

[iklan] Sumbangan sempena Haflah Najihiin

[iklan] Haflah Najihiin dan Aidilfitri 1430H


(klik gambar untuk paparan lebih jelas)


Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir akan menganjurkan Haflah Najihiin dan Aidilfitri 1430H. Berikut adalah maklumat program tersebut:


Program: Haflah Najihiin dan Aidilfitri 1430H
Tema: Seindah Lebaran, Senandung Perantauan
Tarikh: 22 September 2009M bersamaan 3 Syawal 1430H
Masa: 4.00 petang - 11.00 malam
Tempat: Wisma Melaka, Kaherah, Mesir

Antara acara menarik:
Anugerah kecemerlangan
Persembahan nasyid Soutul 'Azim
Gubah kek
Anyam ketupat
Tukar kad raya, dan banyak lagi!

Pakaian:
Baju raya / jubah
Berpakaian kemas
Baju-T tidak dibenarkan

Diminta (wajib) membawa sekeping kad ucapan untuk acara tukar kad raya atau boleh dapatkan kad raya di kaunter pendaftaran pada hari program berlangsung.

Semua ahli dijemput hadir memeriahkan lagi program yang penuh harmoni ini. Semoga dapat mengeratkan lagi ukhuwwah dikalangan kita!

Saturday 12 September 2009

[iklan] Program Memperingati Badar Al-Kubra




Unit Dakwah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2009/2010 akan menganjurkan satu program bagi Memperingati Badar Al-Kubra seperti maklumat yang berikut:

Nama program: Program Memeringati Badar Al-Kubra
Tema: "Menyusuri Sirah Menjana Qudwah"
Tarikh: 14 September 2009
Hari: Isnin
Tempat: Masjid Al-'Azim, Wisma Melaka, Kaherah, Mesir


Antara aturcara program:

-Bacaan qasidah
-Majlis khatam al-Quran
-Terawih berjemaah
-Ceramah sempena memperingati Badar Al-Kubra
-Iftar jamaie


Monday 7 September 2009

Pungutan Zakat Fitrah 1430H


Makluman kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir, Zakat Fitrah pada tahun 1430H bernilai LE 10. Nilai tersebut merujuk kepada ketetapan yang telah dikeluarkan oleh Darul Ifta' Mesir.

Oleh yang demikian, bagi ahli BKKIMM yang ingin membuat pembayaran, bolehlah berurusan dengan:


IKHWAH
Ust. Mohd Shahdan bin Bakar (Yang Dipertua)

AKHAWAT
Ustzh. Siti Rahimah binti Amir (Timbalan Bendahari Agung)

Pembayaran boleh dibuat di Pejabat Wisma Melaka, Kaherah.



"ZAKAT MENYUCIKAN HARTA DAN JIWA"

*Sebarang maklumat lanjut, bolehlah terus menghubungi Yang Di-Pertua BKKIMM di talian: 010-6198564

Wednesday 2 September 2009

Senarai Nama EXCO 2009/2010

Berikut merupakan nama barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa HEWI Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2009/2010 berikutan keputusan yang telah disepakati dalam mesyuarat timbal balas yang diadakan pada 28 Ogos 2009:

Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT):

Yang Dipertua
MOHD SHAHDAN BIN BAKAR

Timbalan Yang Dipertua
ZAHARUL IQUWAN BIN MA'IN

Setiausaha Agung
MOHD IDRIS BIN JAAMAT

Timbalan Setiausaha Agung
ABDUL RAUF BIN BAHARUDDIN

Bendahari Agung
MOHD FARHAN BIN AB. RASID

Ketua Unit Ekonomi
MUHAMMAD AKMAL BIN ZAINAL ABIDIN

Ketua Unit Kesenian, Kebudayaan dan Sukan
KHAIRUL AZMIR BIN JAHARI

Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan
MUHAMMAD SHUKRI 'ILMI BIN ISMAIL

Ketua Unit Perumahan
AHMAD MUHSIN BIN ABD HAMID

Ketua Unit Perhubungan, Sambutan dan Rehlah
FAKARUDIN BIN BIRAN

-------

Ahli Jawatankuasa HEWI:

Timbalan Ketua HEWI
NURUL HIDAYAH BINTI ABAS

Setiausaha HEWI
NOR HIDAYAH BINTI SULAIMAN

Timbalan Bendahari Agung
SITI RAHIMAH BINTI AMIR@RAHMAT

Timbalan Unit Dakwah
KHAIRUNNISA' BINTI YUSOF

Timbalan Unit Pendidikan
ZAKIATUN NAZNEEN BINTI ABDUL HANNAN

Timbalan Unit Ekonomi
SITI IZIATUL HAWA BINTI YUSOF

Timbalan Unit Kesenian, Kebudayaan dan Sukan
NURUL HIDAYAH BINTI MAZRAB

Timbalan Unit Penerangan dan Penerbitan
NURUL HIDAYAH BINTI MOHD ANAS

Timbalan Unit Perumahan
ROHAYU BINTI OTHMAN

Timbalan Unit Perhubungan, Sambutan dan Rehlah
NURLIA BINTI YUSOPE



PEMANGKUAN JAWATAN EXCO:

Oleh kerana terdapat EXCO yang sedang bercuti di Malaysia maka, jawatan mereka dipangku oleh:

1. Jawatan Bendahari Agung
dipangku oleh: Ust. Mohd Shahdan bin Bakar

2. Jawatan Timbalan Setiausaha Agung
dipangku oleh: Ust. Fakarudin bin Biran

3. Jawatan Unit Kesenian, Kebudayaan dan Sukan
dipangku oleh: Ust. Ahmad Muhsin bin Abd Hamid