Saturday 25 September 2010

BKKIMM Terima Kunjungan Speaker Negeri Melaka

WISMA MELAKA, KAHERAH - Baru-baru ini BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR (BKKIMM) telah menerima kunjungan dari rombongan delegasi Melaka yang diketuai oleh Speaker Dewan Negeri Melaka, YB DATUK WIRA OTHMAN BIN MUHAMAD dengan diiringi tiga orang pengiring iaitu YBhg. DATIN WIRA HALIMAH BTE BABA, YB DATUK LATIPAH BTE OMAR dan PUAN MARIAM BTE ILYAS.

Majlis yang berlangsung sekitar jam 11 pagi itu dimulakan dengan ucapan YDP BKKIMM,
al-fadhil USTAZ HARMAN BIN HASAN, ucapan PENGURUS HAL-EHWAL dan KEBAJIKAN PELAJAR di MESIR, al-fadhil USTAZ ANWAR BIN IDRIS dan disusuli kalam taujihat daripada
YB. DATUK WIRA OTHMAN BIN MUHAMAD.

Dalam ucapannya, beliau menyuarakan hasrat Ketua Menteri untuk melihat

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI & HAFLAH NAJIHIN SESI 2010/2011

DEWAN MUALLIM - "SEINDAH LEBARAN SECANGKIR MAHABBAH" Begitulah tema bagi sambutan Hari Raya anjuran BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR (BKKIMM) pada tahun ini. Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Haflah Najihin telah diadakan pada hari Sabtu, 14 September 2010 bersamaan 4 Syawal 1431H. Haflah Najihin dianjurkan adalah bertujuan memberi perangsang dan semangat kepada semua pelajar yang berjaya dalam imtihan dan seterusnya memberi motivasi dan galakan kepada pelajar yang kurang bernasib baik.

Majlis telah bermula sekitar jam 5.30 petang yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengarah program, al-fadhil USTAZ AHMAD FUAD BIN MOHD LIZAH, ucapan daripada YDP BKKIMM, al-fadhil USTAZ HARMAN BIN HASAN, dan disusuli dengan kalam taujihat daripada PEGAWAI HAL-EHWAL & KEBAJIKAN PELAJAR MELAKA di MESIR, al-fadhil USTAZ ANWAR BIN IDRIS sekaligus merasmikan majlis pada hari tersebut.

Majlis Hari Raya pada tahun ini adalah berkonsepkan

Wednesday 8 September 2010

Kalam YDP sesi 2011/2012




Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan yang tiada sekutu bagiNya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. juga kepada ahli kerabat Baginda, para sahabat Baginda, kepada mereka yang menyahut petunjuk yang dibawa Baginda serta mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga hari akhirat.

Sahabat seperjuangan sekalian.
Dalam ayat Al-quran dalam surah Ar-Ra’d 
( ayat 11 ).Allah ada menyebut mahfumnya :

“ Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri….”

Berusaha membersihkan rohani, memantapkan jiwa dan memperbetulkan akhlak sesama mahasiswa/wi Islam Melaka merupakan antara gagasan yang dibawa oleh Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ) di dalam menegakkan amar makruf nahi mungkar. Gerak kerja sebegini tidak akan berjaya sekiranya tanpa kerjasama dan kesatuan dari kalangan mahasiswa/wi Islam Melaka sendiri.

Terdapat 6 gagasan yang akan dibawa dan diperhalusi bagi peringkat BKKIMM pada sesi ini.

1.       Adab dan Tarbiah
2.       Ukhuwah dan Wahdah
3.       Amar Makruf dan Nahi Mungkar
4.       Pemantapan Fikrah melalui Thaqafah dan Ilmiah
5.       Kemantapan Ekonomi dan Kebajikan
6.       Melatih dan Melahirkan Pelapis Kepimpinan

Setiap gagasan akan mempunyai kaedah tersendiri dan akan diperincikan untuk dijayakan oleh setiap peringkat samaada dari barisan pimpinan beserta setiap anggota ahli, mahasiswa/wi Islam Melaka di Mesir ini.

Oleh yang demikian, kita sendirilah yang perlu merubah mentality dan sikap masing-masing. Jadikan BKKIMM sebagai platform dalam menjayakan amar makruf nahi mungkar ini. “ Kerana kita sedar kambing yang bergerak berseorangan lebih disukai oleh si serigala berbanding kambing yang bergerak secara berkumpulan “.Inilah antara kepentingan kita perlu bergerak secara berpersatuan.

Dalam satu kata-kata yang pernah diucapkan oleh Saidina UMAR AL-KHATTAB R.A ketika mana berjaya membebaskan bumi Palestin.

“ Kita adalah satu kumpulan yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan bukan dengan kemuliaan yang telah diberikan oleh Allah, maka Allah akan menghina kita”

Begitu juga dengan BKKIMM, sekiranya BKKIMM mencari kemuliaan, kemegahan dan habuan dunia semata dan bukan menjadikan Islam ( Al-quran dan As-Sunnah ) sebagai panduan, maka tidak perlulah kita berkorban mempertahankan kesatuan ini. Tetapi sedarlah bahawa BKKIMM merupakan sebuah gerakan mahasiswa Islam bagi komuniti kecil Melaka di Mesir ini di bawah naungan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ).
Oleh yang demikian, sebagai gerakan dakwah tidak akan pernah gentar dan goyah dalam menghadapi apa jua cabaran dan mehnah yang bakal ditempuhi demi untuk menjulang Islam ke tempat yang tertinggi.

“ Islam itu yang tertinggi, tiada yang lebih tinggi daripadanya ( Islam ) “

BKKIMM pasti terus bergerak dan BKKIMM milik semua adalah menjadi tema serta pembawakan BKKIMM kali ini. Ini bagi menjelaskan kepada semua mahasiswa/wi, inilah bezanya kesatuan kita yang berjuang dan berkorban demi keagungan Islam berbanding pihak lain yang wujud semata untuk kepentingan peribadi bukannya untuk kepentingan UMUM.

“ Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)…. “ ( Surah Ali Imran, ayat 110 )

Mari sama-sama kita pastikan yang :
BKKIMM akan terus bergerak dan BKKIMM adalah milik semua!

AMIR AL-AMIN BIN MUSTAFF
Yang Di-Pertua
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2011/2012

Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia Univ. Al-Azhar 2010



Majlis Konvokesyen
Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar Mesir 2010

akan diadakan pada;

Tarikh: 10.10.10 (10 Oktober 2010)
Bersamaan: 2 Zulkaedah 1431
Hari: Ahad
Tempat: Al-Azhar Conference Centre, Nasr City, Cairo.

Pakaian Akademik:
- Lelaki > Jubah dan Imamah Al-Azhar
- Wanita > Jubah Konvokesyen

Pendaftaran dibuka pada 7 hingga 23 September 2010. Pendaftaran dan pembayaran boleh dibuat melalui Atase JPMK dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar Negeri

maklumat lanjut layari: http://jpmk.info

Tuesday 7 September 2010

[iklan] Majlis Sambutan Aidilfitri dan Haflah Najihin 2010


Program: Majlis Sambutan Aidilfitri 1431H Dan Haflah Najihin 2010
Tarikh: 13 September bersamaan 4 Syawal 1431H
Hari: Isnin
Masa: 4.00 petang
Tempat: Dewan Mu'allim Wisma Melaka, Haiyyu Sabie', Kaherah

Anjuran: BKKIMM dan Pejabat Pentadbiran Hal Ehwal & Kebajikan Pelajar Melaka Mesir

Semua ahli BKKIMM dijemput hadir...!