Saturday 26 February 2011

Jom Hadir : KITA 2011



Semua ahli dan alumni BKKIMM dijemput hadir ke Program KITA 
1 HATI 1 BKKIMM

Friday 25 February 2011

Thursday 24 February 2011

TENTATIF TERKINI .:KITA 2011:.

Tentatif Program Kiambang Bertaut (KITA) 2011

8.00pg-9.00pg - Pendaftaran Peserta
9.00pg-10.00pg - Majlis Perasmian
Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Al-Quran
Ucapan Pengarah
Ucapan YDP BKKIMM
Ucapan Perasmi Program dan Perasmian
10.00pg-10.30pg - Selingan 1 : BERSAMAMU
10.30pg-12.00tghri - Wacana Semasa
( Forum : Hala Tuju BKKIMM )
12.00tghri-12.15tghri - Ucapan Wakil Mantan YDP BKKIMM
12.15tghri-12.45tghri - Resolusi Meja Bulat / Selingan 2 : 1 BKKIMM
12.45tghri-12.50tghri - Pembentangan Resolusi
12.50tghri-1.20ptg - Pidato Penggulungan
1.20 petang - Bacaan Doa Penutup
Sesi Fotografi
Jamuan Makan
Solat Berjemaah


Untuk makluman,lokasi program bertempat di INB RESORT,Ayer Keroh,Melaka.Sebarang pertanyaan dan masalah boleh rujuk di link ini-http://inbresort.wordpress.com


Kehadiran anda sangat diharapkan dan dialu-alukan.Untuk culaan kehadiran,sila hubungi : 


 Muhammaad Syazwan bin Johal    012 9059592 
 Kauthar bte Hassan                   019 6326068

Tuesday 22 February 2011

Perhatian!!!!

Pihak Komuniti pelaksana PROGRAM KIAMBANG BERTAUT(K.I.T.A) ingin membuat culaan keatas ahli yang akan hadir ke masjlis tersebut , antara maklumat yg diperlukan segera keatas semua ahli dan bekas ahli seperti berikut :

Nama dan nombor telefon bimbit (Malaysia) sila hantar kepada Syazwan Johal http://www.facebook.com/profile.php?id=100000475921958&ref=ts atau terus ke telefon bimbit beliau 012 9059592 dan kepada sesiapa yg mempunyai maklumat ahli-ahli yang lain boleh berbuat demikian .


"1 Hati 1 Bkkimm"
PROGRAM KIAMBANG BERTAUT (KITA)2011


MUQADDIMAH :

Tahun 2011 merupakan tahun lakaran sejarah bagi seluruh ahli BKKIMM apabila buat kali pertamanya keharmonian keluarga BKKIMM yang telah wujud semenjak 35 tahun yang lalu telah diganggu gugat oleh anasir yang cuba memecah-belahkan kesatuan ini. Pihak kepimpinan BKKIMM dengan sokongan dan dokongan sebahagian besar daripada ahli terus tetap mempertahankan keutuhan yang telah di bina semenjak tahun 1976 dalam segenap aspek kekuatan dan cara yang ada. Rentetan daripada beberapa penerangan dan aktiviti yang telah diadakan di Mesir, kini barisan kepimpinan BKKIMM akan menganjurkan suatu lagi pogram yang akan menghimpunkan keseluruh bekas ahli dan ahli BKKIMM untuk sama-sama membincangkan mengenai hala tuju BKKIMM sekaligus mendapatkan beberapa resolusi sepakat. Semoga resolusi yang akan bakal dicapai dalam program ini akan memastikan BKKIMM terus bertapak di Bumi Anbiya’ untuk dinaungi oleh generasi akan datang sehingga generasi seterusnya, Insyaallah.

OBJEKTIF PROGRAM

Program KIAMBANG BERTAUT (KITA) ini adalah untuk memenuhi objektif-objektif tersebut :

2.1 Melahirkan sikap tanggungjawab dan prihatin dalam diri setiap bekas dan ahli BKKIMM untuk menangani masalah bersama.

2.2 Mengeratkan ukhuwah diantara bekas dan ahli BKKIMM.

2.3 Membina semangat kebersamaan diantara ahli dengan kepimpinan BKKIMM dalam mengatasi masalah terutama yang berkaitan dengan perihal kesatuan.

2.4 Memupuk semangat kerjasama dalam bekerja diantara ahli BKKIMM walaupun berada di tanah air.

2.5 Membantu pelajar dalam menentukan arah tuju masa depan.

PERLAKSANAAN

3.1 Tarikh         :(akan dimaklumkan kemudian)
3.2 Hari             : (akan dimaklumkan kemudian)
3.3 Tempat       : (akan dimaklumkan kemudian)

 TEMA

“ 1 HATI 1 BKKIMM “


 SASARAN

Semua bekas ahli dan ahli BKKIMM.


ANJURAN

Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM )