Sunday 18 September 2011

KEBAJIKAN gagasan BKKIMM.

BKKIMM menekankan aspek kebajikan

15/9/2011 - Khamis - Mansurah

Aspek kebajikan merupakan antara penekanan yang amat dititikberatkan oleh Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir, terutamanya dalam memberikan apa jua khidmat berbentuk kebajikan kepada ahli-ahli BKKIMM serta seluruh mahasiswa/wi Islam Melaka yang berada di Mesir.

Baru-baru ini, seorang daripada mahasiswa Islam Melaka yang merupakan ahli BKKIMM iaitu Ustaz Khairul Asraf Bin Hamzah, mahasiswa Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah telah disahkan menghidap penyakit Hepatitis A ( sakit bengkak hati ).

Yang Di-Pertua BKKIMM, Ustaz Harman Hassan beserta Ketua Unit Kebajikan BKKIMM, Dr.Amir Al-Amin telah mengambil inisiatif untuk turun melawat Ustaz Asraf di rumah beliau di kawasan Salam, Mansurah.

Perjalanan ke Mansurah dari Kaherah mengambil masa hampir 3jam dengan menaiki bas.Setibanya di Mansurah, YDP dan Ketua Unit Kebajikan telah

Monday 5 September 2011

“MEMORI DIRASA,MAHABBAH TERBINA,AIDILFITRI BERMAKNA”


“MEMORI DIRASA, MAHABBAH TERBINA, AIDILFITRI BERMAKNA”

Bergambar seusai solat hari raya

Wisma Seri Melaka, Kaherah, 31 Ogos 2011: Walaupun berada jauh diperantauan dari tanah air tercinta Malaysia dan keluarga tersayang serta suasana sambutan aidilfitri di kampung, tidak sama sekali membuatkan mahasiswa/wi Islam Melaka di bumi Mesir ini keseorangan ketika menyambut ketibaan bulan syawal. Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sekali lagi dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar Melaka Mesir berjaya menganjurkan rumah terbuka sempena sambutan aidilfitri dan program IHTIFAL KESATUAN, HAFLAH AIDILFITRI DAN MEMORI 35 TAHUN BKKIMM 
( IKTIRAF 35’) pada 31 Ogos 2011 bersamaan 2 Syawal 1432 H.

Majlis rumah terbuka aidilfitri yang bermula seawal pukul 10 pagi telah dihadiri oleh tetamu-tetamu dari Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah termasuk Duta Besar Malaysia ke Kaherah, Datuk Fakhruddin Bin Abd Mukti beserta Datin, Pegawai-pegawai agensi kerajaan dari Shell, Petronas dan lain-lain serta Pegawai-pegawai dari Education Malaysia Egypt. Turut hadir memeriahkan majlis ialah pimpinan Badan Pengurus dan pimpinan Hal Ehwal Wanita Islam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ). Majlis rumah terbuka ini juga turut dihadiri oleh pimpinan pelajar dari setiap negeri dan juga rakyat Malaysia yang bekerja di Mesir.


Manakala program IHTIFAL KESATUAN,HAFLAH AIDILFITRI DAN MEMORI 35 TAHUN BKKIMM ( IKTIRAF 35’ ) yang berlangsung selama 2 hari telah dirasmikan pada hari selasa, 31 Ogos  jam 5.30 petang oleh Menteri Penasihat merangkap Ketua Canseri Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Encik Shaiful Anuar Bin Mohamad. Dalam ucapan En. Shaiful Anuar beliau menyatakan berbesar hati dengan jemputan perasmian ini kerana dengan cara ini para pelajar dapat bersua muka dengan pegawai kedutaan serta beramah mesra dan dipihak beliau dapat menerangkan dasar-dasar kerajaan Malaysia serta polisi pentadbiran kerajaan Malaysia. Dalam ucapannya juga beliau berbangga dengan kerjasama antara Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ) dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar Melaka Mesir serta berharap dengan kerjasama ini dapat mengeratkan hubungan dan merapatkan jurang perbezaaan antara satu sama lain. Seterusnya Program Haflah Aidilfitri diteruskan selepas solat maghrib dengan beberapa acara antaranya solat hajat sempena sambutan kemerdekaan Malaysia ke 54, persembahan lakonan oleh ahli-ahli BKKIMM, pertandingan menghias kek antara kumpulan ikhwah dan akhawat serta ucapan ahli-ahli BKKIMM sempena sambutan hari raya aidilfitri.

Wajah-wajah kegembiraan 

 Manakala program hari keluarga BKKIMM pula diteruskan pada keesokan paginya, hari khamis 1 September 2011 di padang Mukhayyam Daim , Madinah Nasr bagi ikhwah untuk permainan outdoor. Untuk akhawat pula di kawasan atas Wisma Seri Melaka. Beberapa acara telah diaturkan oleh unit pengisian dan persembahan untuk permainan outdoor ini antaranya ialah lari lipas kudung.,bola sepak dan tarik tali.seterusnya acara outdoor yang tamat sekitar jam 12.30 tengah hari diteruskan dengan acara indoor yang bermula jam 2.30 petang di surau Wisma Seri Melaka, Kaherah dan berakhir sekitar jam 6.30 malam.
Pada malamnya, majlis penutup yang berlangsung telah diceriakan dengan beberapa acara menarik antaranya pertandingan menghias buah tembikai, persembahan kumpulan, persembahan AJKT BKKIMM serta pertukaran hadiah sesama ahli-ahli BKKIMM. Majlis yang berakhir sekitar jam 11.00 malam ditutup dengan tasbih kaffarah dan surah al-‘asr serta doa penutup yang dibacakan oleh Al-Fadhil Ustz. Aidil Bin Hashim.



Disediakan oleh:
Muhamad Firdaus Bin Abdul Hamid
Setiausaha Kerja,
Program IKTIRAF 35,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir,
(BKKIMM) 2010/2011.




Saturday 3 September 2011

Seusai Ramadhan, Aidilfitri dan IKTIRAF 35


Seusai Ramadhan, Aidilfitri dan IKTIRAF 35

Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Nya, yang telah menjadikan setiap sesuatu itu lengkap dengan hikmahnya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. juga kepada ahli kerabat Baginda dan para sahabat Baginda seluruhnya.

Alhamdulillah baru-baru ini kita telah pun meraikan Hari Raya Aidilfitri 1432H. Aidilfitri yang menggambarkan perlunya kita kembali kepada fitrah insani selepas 29 hari kita mentarbiah diri menjadi hamba yang taat kepada Allah s.w.t. Juga pengajaran dan pedoman Badar Al-Kubra dan Nuzul Al-Quran yang telah menyemarakkan semangat kita dalam menegakkan agama Allah s.w.t perlu diteruskan.

Bagi saf pimpinan BKKIMM, kami mengambil kesempatan ini menghulurkan sepuluh jari memohon jutaan kemaafan di atas kekurangan serta segala salah silap kami sepanjang kami memimpin BKKIMM pada sesi ini. Untuk seluruh ahli BKKIMM dan anak-anak Melaka yang berada di Mesir, sama-sama kita bermaafan dan terus mempertautkan ukhuwah di kalangan kita agar perjalanan kita menuju matlamat Al-Quran dan Al-Sunnah dapat disusun serapi mungkin walau pelbagai ancaman dan tribulasi bakal kita tempuhi.

Di kesempatan ini, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli BKKIMM yang telah menjayakan program-program BKKIMM bermula di awal ramadhan hingga berakhirnya IKTIRAF 35. Khusus kepada seluruh adhoc dan AJK yang terlibat bagi menjayakan Ihya Ramadhan dan IKTIRAF 35, kami ucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan kalian dan hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian. Juga kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan kewangan sama ada yang berada di Mesir mahupun di Malaysia serta semua individu yang telah berusaha menjayakan program ini, kami ucapkan jutaan terima kasih, jazakumuLlahu khairan jazak. Semoga titik peluh kalian dikira sebagai usaha membantu agama Allah s.w.t.

Akhirnya, sama-sama kita berdoa agar kita dipertemukan lagi dengan ramadhan al-mubarak dan aidilfitri untuk tahun-tahun mendatang insya Allah. Jangan lupa akan ukhuwah yang telah terpatri perlu sama-sama kita pelihara agar tidak mudah dirobek oleh musuh-musuh agama Allah. Wa Allahu Ta’ala A’lam…

Harman Bin Hassan
YDP BKKIMM
Sesi 2010/2011