Wednesday 26 October 2011

Jadual Mushrif Rumah Melaka Sesi 2011/2012..

JADUAL MUSHRIF RUMAH MELAKA SESI 2011/2012

Hari
Mushrif (1)
Mushrif(2)
Mushrif(3)
ISNIN
Ust.Hairul Ikhwan           
(0117908586)
Ust.Haziq
(0112274009)
Ust.Abdul Fattah
(0147947994)
SELASA
Ust.Zawawi
(01146980979)
Ust.Khalis
(01147147416)
Ust.Muhammad
(0148936203)
RABU
Ust.Fauzi
(0111679176)
Ust.Hafiz Yahya
(0114995288)
Ust.Musa
(0117704763)
KHAMIS
Ust.Shabaney
(01119757806)
Ust.Aidil
(0119813541)
Ust.Alif Radhani
(01119051066)
JUMAAT
Ust.Badrul Amin
(0112996110)
Ust.Syazwan
(0119814226)
Ust.Akmal
(0116652762)
SABTU
Ust.Rabbani
(0112998330)
Ust.Fadhli
(0116896331)
Ust.Zulkifli
(01149854552)
AHAD
Ust.Hafiz Jasman
(0146096269)
Ust.Mukhsin
(0116822927)
Ust.Izuan
(0147145539)

Perhatian:

·         Bagi mushrif pertama dikhususkan untuk akhwat yang TALAQQI di Masjid Al-Azhar.
·         Mushrif yang kedua dan tiga adalah selain Masjid Al-Azhar.
·         Jika terdapat ke uzuran terhadap mushrif pertama maka di berikan kepada mushrif kedua atau ketiga.
·         Sekiranya dalam sehari tidak terdapat mushrif yang mnjalankan tugas maka hendaklah menghubungi Ustazah Afiqah Ahmad (0116651127) untuk mengambil mushrif yang akan ditentukan.
·         Kerjasama anda amat dihargai ( ikhwah / akhwat )


                                                                                  


   Disediakan Oleh:
                                                                                      UNIT PERHUBUNGAN SAMBUTAN DAN REHLAH
BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR SESI 2011/2012

Hari Pembentangan Etika: Langkah Awal Ke Arah Gerak Kerja Berdisiplin


24 Oktober, Kaherah: Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) yang telah menjangkau usia 81 tahun merupakan sebuah ‘Kerajaan Mahasiswa’ yang mempunyai sistem gerak kerja yang matang dan lengkap dalam memenuhi keperluan Mahasiswa Malaysia di Perlembahan Nil ini. Keselarasan sistem ini juga penting untuk dilaksana di peringkat cawangan-cawangan PMRAM yang merupakan duta kepada PMRAM Pusat di cawangan masing-masing. Justeru, AJKT dan AJKT HEWI semua cawangan-cawangan PMRAM terdiri daripada  Badan kebajikan Anak Negeri ( BKAN ) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa / wi ( DPM ) telah dikumpulkan dalam program Hari Pembentangan Etika PMRAM 2011 yang bertempat di Asrama Rumah Terengganu ( ikhwah ) dan Asrama Rumah Selangor ( akhawat ). Perasmian program yang bermula di awal pagi ini telah disempurnakan oleh Penasihat PMRAM, Ust. Abdul Malik bin Abdul Karim yang menekankan konsep ukhuwah, wala’ dan taat di hujung ucapan beliau. Seterusnya, agenda diteruskan dengan sesi Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2011 serta sesi perbahasan. Pelbagai muhasabah dan cadangan telah dilontarkan oleh wakil-wakil cawangan khususnya untuk memperbaiki gerak kerja di peringkat cawangan masing-masing.

Hari diteruskan lagi dengan slot pembentangan etika PMRAM yang dibentang sendiri oleh Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM Pusat. Sesi soal jawab juga dibuka bagi merungkai kekeliruan kepimpinan cawangan dalam memahami Etika PMRAM di peringkat cawangan masing-masing. Apa yang menarik, setiap kali AJKT PMRAM Cawangan Melaka bangun bagi melontarkan soalan, tepukan gemuruh akan diberikan kepada mereka sebagai suatu tanda sokongan cawangan-cawangan lain kepada BKKIMM.

AJKT ikhwah BKKIMM 2011/2012 di rumah Terengganu

Slot bersama Penasihat PMRAM pula banyak memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada barisan kepimpinan yang menjadi peserta pada hari ini. Seterusnya, Gerak Kerja Berkumpulan ( GKB ) telah diadakan bagi menguji kefahaman peserta terhadap etika yang telah dibentang serta dibawa oleh Badan Pengurus dan AJKT HEWI Pusat sendiri sebagai fasilitator. Refresh Draf Tindakan Bersama Mengenai 2 Usul PMRAM turut diadakan bagi mengingatkan kembali semua cawangan tentang tanggungjawab mereka menjayakan 2 usul yang dipersetujui di Muktamar Sanawi PMRAM  yang lalu. Majlis perasmian penutup Hari Pembentangan Etika PMRAM pula telah disempurnakan oleh Ust. Mohd Zuhaili bin Saiman selaku Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) 2011. Dalam ucapan kalam emas beliau, antara lain Presiden menyeru semua kepimpinan supaya berjiwa besar dalam mendepani cabaran kemahasiswaan yang dihadapi kini.  Program akhirnya ditutup dengan tasbih kaffarah dan bacaan Surah Al-‘Asr sekitar jam 9.30 malam.

AJKT Akhawat BKKIMM 2011/2012 di rumah Selangor

Semoga objektif program dapat dicapai dalam menjamin survival gerakan dakwah PMRAM serta cawangan-cawangannya, insha Allah. Pemimpin Berdisiplin, Keselarasan Gerak Kerja Terjamin. 

Saturday 22 October 2011

PERMOHONAN JAMIAH SAR’IYYAH 2012

PERMOHONAN JAMIAH SAR’IYYAH 2012
Seperti yang telah dimaklumi, permohonan baru bagi Jamiah Sar’iyyah Kaherah 2012 kini dibuka. Bagi penerima Jamiah Sar’iyyah sebelum ini, anda perlu memperbaharui permohonan anda bagi tahun ini. Berikut merupakan syarat-syarat permohonan :
1 ) Pemohon mestilah berjaya dan naik tahun dengan tidak membawa sebarang madah atau mata pelajaran iaitu Mumtaz, Jayyid Jiddan, Jayyid dan juga Maqbul dengan lulus semua mata pelajaran.
2 ) Pemohon mestilah merupakan pelajar di Universiti Al-Azhar.
3 ) Permohonan dibuka kepada kuliah pengajian Islam sahaja ( Kuliah Syariah wal Qanun,  Kuliah Usuluddin, Kuliah Bahasa Arab, Kuliah Dirasat Islamiah dan Kuliah Dakwah Islamiah )
Setiap pemohon dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen peribadi seperti berikut:
1 ) Tasdiq asal kuliah sessi 2011/2012
2 ) sekeping salinan tasdiq asal kuliah sessi 2011/2012
3) sekeping gambar berukuran passport
4 ) passport
5 ) salinan muka depan passport
Bagi peringkat Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir, pemohon-pemohon diminta untuk menghantar dokumen-dokumen seperti di atas sebelum  1 NOVEMBER 2011 kepada mana-mana AJK Unit Kebajikan berikut :
1 ) Ahmad Syahir bin Md Ismail
2 ) Badrul Amin bin Ashaari
3 ) Nukmal Hakim bin Abdul Shukur
4 ) Farhana Hazwani bte Abu Bakar
Untuk makluman, syarat baru permohonan mengkehendaki pemohon untuk hadir dan mengisi borang sendiri di Jamiah Sar’iyyah. Tarikh untuk setiap pemohon pergi ke Jamiah Sar’iyyah akan dimaklumkan kemudian. Pastikan anda sentiasa mendapatkan makluman terbaru di blog dan Facebook BKKIMM.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan Ahmad Syahir bin Md Ismail +2012-03036083 bagi ikhwah dan Farhana Hazwani bte Abu Bakar +2014-6976803 bagi akhawat.
Sekian, terima kasih.

Friday 21 October 2011

Pertukaran Fail Simbol Kelangsungan BKKIMM



18 Oktober 2011, Kaherah: BKKIMM terus bergerak dan komited meneruskan kebajikan buat ahli dengan membuka lembaran baru sesi pentadbiran 2011 / 2012 usai Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-24 pada 16 Oktober yang lalu. Majlis penyerahan fail AJKT BKKIMM 2010 / 2011 kepada AJKT sesi 2011 / 2012  dalam mesyuarat timbal balas AJKT hari ini menjadi bukti survival BKKIMM terus dipertahankan. Simbolik penyerahan fail AJKT ikhwah telah disempurnakan oleh Mantan YDP BKKIMM 2010 / 2011, Ust. Harman bin Hassan beserta YDP BKKIMM 2011 / 2012, Ust. Amir Al-Amin bin Mustaff. Simbolik penyerahan fail AJKT HEWI pula telah disempurnakan oleh Ustzh.Nurul Hidayah binti Abas, Mantan Timbalan Ketua HEWI 2010 /2011 bersama Timbalan Ketua HEWI sesi ini, Ustzh Siti Iziatul Hawa binti Mohd Yusof.


                                                    Ustaz Harman bin Hassan         Ust. Amir Al-Amin bin Mustaff
                                                    (Mantap YDP 2010 / 2011)                    (YDP 2011 / 2012)

Antara agenda mesyuarat hari ini juga adalah penetapan portfolio AJKT BKKIMM 2011 / 2012. Selain itu, majlis taaruf serta ucapan Mantan YDP dan Mantan Timbalan Ketua HEWI turut diadakan. Ust. Harman bin Hassan selaku Mantan YDP dalam ucapannya mengingatkan ahli mesyuarat agar bersungguh-sungguh menjaga solat jemaah dan tidak culas menghadiri Muzakarah Berkelompok sebagai sumber kekuatan buat kepimpinan.
Ust. Nur Ahmad Wafiy bin Noor Azri selaku BP Angkat PMRAM Cawangan Melaka mengingatkan ahli mesyuarat bahawa setiap taklifan mestilah diiringi dengan usaha dan tawakal kepada ALLAH SWT. ‘Jadi hebat untuk ummah’ pula adalah antara ingatan daripada seorang lagi BP Angkat yang hadir, iaitu Ust Mohd Solehuddin bin Mohd Safien.
Mesyuarat timbal balas AJKT BKKIMM Sesi 2011 / 2012 akhirnya ditutup dengan bacaan doa oleh Mantan YDP 2011 / 2012, Ust Harman bin Hassan dan diakhiri dengan Tasbih Kaffarah dan bacaan Surah Al-‘Asr.



Struktur Organisasi AJKT Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM )
Sesi Pentadbiran 2011 / 2012:

Yang Di Pertua:
Ust. Amir Al-Amin bin Mustaff

Timbalan Yang Di Pertua:
Ust. Khairul Fadhli bin Husin

Setiausaha Agung ( Unit Pendaftaran & Muhafazah )
Ust. Mohd Syafiq bin Abul Aziz

Timbalan Setiausaha Agung ( Unit Pendidikan )
Ust.  Muhammad Daud bin Ashaari

Bendahari Agung ( Unit Kebajikan )
Ust. Ahmad Syahir bin Ismail

Ketua Unit Penerangan & Penerbitan
Ust. Mohd Shabaney bin Ahmad Jafri

Ketua Unit Ekonomi
Ust. Mohd Zawawy bin Zainal Khan

Ketua Unit Perumahan
Ust. Ahmad Fuad bin Mohd Lizah

Ketua Unit Perhubungan, Sambutan & Rehlah
Ust. Ahmad Rabbani bin Ismail

Unit Kebudayaan, Kesenian & Sukan
Ust. Mohd Aidil bin Md Hassim


Struktur Organisasi AJKT HEWI Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM )
Sesi Pentadbiran 2011 / 2012:

Yang Di Pertua ( Ketua HEWI )
Ust. Amir Al-Amin bin Mustaff

Timbalan Ketua HEWI
Ustzh. Siti Iziatul Hawa binti Mohd Yusof

Naib Setiausaha Agung ( Unit Pendaftaran & Muhafazah )
Ustzh. Zakiatun Nazneen binti Abdul Hannan

Timbalan Bendahari Agung ( Unit Kebajikan , Unit Ekonomi )
Ustzh. Afiqah binti Bashir Ahmad

Timbalan Ketua Unit Dakwah
Ustzh. Suhaila binti Abd Shukor

Timbalan Ketua Unit Pendidikan ( Unit Penerangan & Penerbitan )
Ustzh. Nurulain binti Mohd Zaid

Timbalan Ketua Unit Perumahan ( Unit Perhubungan, Sambutan & Rehlah,
Unit Kebudayaan, Kesenian & Sukan)
Ustzh. Nurul Atiqah binti Ahmad


BKKIMM Terus Bergerak’ dan ‘BKKIMM Milik Semua

Monday 10 October 2011

Pembukaan Usul



MAKLUMAN PENTING
PEMBUKAAN USUL


Ahli Jawatankuasa Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir 2010/2011 telah membuka kepada mana-mana ahli untuk mengemukakan sebarang usul mengikut Fasal 21 Ceraian 1 dan 2 Undang-undang Tubuh BKKIMM.


Penutupan usul pada:

Tarikh: 11 Oktober 2011
Masa: 4.00 petang


Usul tersebut mestilah dihantar kepada pemangku Setiausaha Agung beserta dengan nama penuh, tandatangan dan nombor keahlian BKKIMM.