Wednesday 30 November 2011

Majlis Perasmian Unit Hisbah PMRAM Cawangan Melaka


23 nov, Surau Wisma Seri Melaka,Kaherah. Unit Dakwah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir(BKKIMM) sesi 2011/2012 telah menganjurkan  majlis perasmian Unit Hisbah PMRAM cawangan Melaka. Majlis yang bermula sejurus selesai menunaikan solat fardhu isya’ berakhir pada jam 10 malam ini telah dihadiri oleh ahli-ahli BKKIMM.

Majlis bermula dengan ucapan aluan daripada pengerusi majlis. Majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah penerangan hisbah oleh penceramah undangan Ustaz Majdi yang merupakan mantan Ketua Unit Hisbah PMRAM sesi 2010/2011.

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan watikah musyrif kepada musyrif-musyrif yang telah dilantik. Penyerahan watikah telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir(BKKIMM) sendiri.

Alhamdulillah,sedikit sebanyak dari majlis penerangan ini dapat membuka mata mahasiswa dan siswi yang hadir dalam menghayati kepentingan menjaga keselamatan diri dan sahabat handai di Mesir ini secara kolektif dengan bertemakan ‘Hisbah Tanggungjawab Bersama’.

Sunday 20 November 2011

3M ‘11 : Misi Kemantapan Fikrah melalui Thaqafah dan Ilmiah

15 Nov, Surau Wisma Seri Melaka,Kaherah. Unit pendidikan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka (BKKIMM) sesi 2011/2012 telah menganjurkan satu program motivasi kecemerlangan Misi Memburu Mumtaz (3M). Majlis yang bermula pada jam 7.30 malam dan berakhir pada jam 10 malam ini  telah dihadiri kira-kira 40 orang mahasiswa terdiri daripada kalangan pengajian Islam dan perubatan.

Program bermula dengan ucapan aluan daripada pengerusi majlis kemudian disusuli dengan ucapan Ketua Unit Pendidikan Ustaz Mohd Daud bin Ashaari. Program 3M ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sekaligus melancarkan penjenamaan semula kelas tafaqquh Fiddin dan Tutorial di peringkat PMRAM Cawangan Melaka. YDP menerangkan dalam ucapan beliau berkenaan objektif program 3M bertepatan dengan gagasan BKKIMM yang keempat iaitu Kemantapan fikrah melalui thaqafah dan ilmiah.


Majlis diteruskan lagi dengan gimik perasmian Program 3M dengan teknikal meng’klik’ pada tetikus bagi melancarkan video. Ini menjadi bukti bahawa BKKIMM terus bergerak demi menjaga kebajikan ahli dari sudut pendidikan. Program motivasi ini telah disampaikan oleh Dr. Wan Ahmad Hafizi b. wan Ahmad Junaidi, mahasisiwa Tahun 4 Kuliah Perubatan,Universiti Kaherah, beliau juga merupakan Ketua Biro Akademik Perubatan Pusat. Curahan Pemikiran dan pengalaman daripada pengisi, banyak menggambarkan tentang kesempurnaan Islam pada seorang Muslim  dalam pembinaan diri dan penerokaan ‘ibrah dari tokoh-tokoh yang berjaya setelah menelan jadam dunia yang begitu hebat.



Alhamdulillah,warga BKKIMM begitu terpesona dengan nutrien jasmani dan rohani yang diulas oleh pengisi. Majlis diakhiri dengan tayangan video Kempen Jom Ke Kuliah dan Kempen Sifar Rasib yang disediakan oleh pihak penganjur.

Saturday 19 November 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha dan Haflah Najihin ( RAIHAN '11 ).



Selasa,8/11/2011,Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM)  telah mengadakan majlis qurban bagi peringkat anak-anak Melaka amnya.Majlis tersebut telah diadakan di Rumah Kedah Lama di Awal Hayyu Sabie’.Majlis bermula pada pukul 7.30 pagi dan  telah dihadiri dalam lingkungan seramai 100 orang anak-anak Melaka (Ikhwah dan Akhawat).Di majlis tersebut juga BKKIMM telah berjaya menumbangkan sebanyak 1 ekor unta,13 ekor kambing dan 2 ekor khoruf.Turut memeriahkan lagi majlis tersebut ialah apabila semua ahli bermain dan duduk di posisi masing-masing. Majlis tersebut juga telah disambut baik apabila wakil BKAN KEDAH turut sama membantu dalam majlis qurban tersebut..Majlis qurban telah selesai dalam kurang pukul 1.00 tengahhari..











Rabu,9/11/2011,kesinambungan dari majlis qurban.Hari ini diteruskan pulak dengan majlis di dalam dewan iaitu Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha dan Haflah Najihin ( RAIHAN’11).Majlis telah bermula pada pukul 4.00 petang juga bertempat di rumah Kedah Lama di Awal Sabie’.Majlis perasmian telah  dirasmikan oleh yang berbahagia Ustaz Mohd Zuhaili b. Saiman,Presiden Persekutuan Melayu Republic Arab Mesir ( PMRAM ).Dan turut dihadiri oleh Badan-badan Pengurus PMRAM dan HEWI..Serta wakil-wakil BKAN setiap negeri.Majlis telah disambung kembali selepas solat maghrib,iaitu talk show yang juga telah disampaikan oleh Presiden PMRAM.Dan seterusnya,ianya diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Sautul Azhim dan persembahan lakonan dari palajar-pelajar baru.Dan seterusnya ialah Kalam Taujihat yang telah disampaikan oleh Badan Pengurus Angkat Melaka.BKKIMM  juga turut meraikan pelajar-pelajar yang telah berjaya di dalam peperiksaan.Dengan memberikan penghargaan kepada mereka yang telah berjaya.Dan majlis pada malam itu telah diakhiri dengan majlis jamuan makan malam yang telah disediakan oleh Unit Jamuan dan Masakan RAIHAN’11.Majlis telah berakhir pada pukul 9.30 malam..









Dengan itu,sekalung penghargaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada adhoc AJK pelaksana yang bertungkus-lumus dalam memastikan segala perjalanan program berjalan dengan lancar.

BKKIMM terus bergerak dan BKKIMM milik semua.

Friday 11 November 2011

RAIHAN '11 accomplished !



Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan yang tiada sekutu bagiNya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. juga kepada ahli kerabat Baginda, para sahabat Baginda, kepada mereka yang menyahut petunjuk yang dibawa Baginda serta mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga hari akhirat.

Majlis Sambutan Aidiladha dan Haflah Najihin ( RAIHAN ’11 ) yang baru saja selesai disambut oleh semua mahasiswa/wi Islam Melaka baru-baru ini amat memberikan kesan terhadap kelangsungan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
( BKKIMM ).

Kesatuan, kerjasama, pengorbanan dan biah solehah yang ditonjolkan oleh setiap peringkat memberikan suntikan semangat serta keyakinan terhadap apa yang diperjuangkan oleh BKKIMM dalam memperkasakan gagasan ukhwah dan wahdah serta gagasan adab dan tarbiah bagi sesi ini.

Walaupun pelbagai mehnah ( dugaan ) yang ditempuh terutamanya dari segi tempat perjalanan program, itu langsung tidak mematahkan semangat setiap mahasiswa/wi Islam Melaka di Mesir ini bagi menjayakan program ini.

Kemeriahan jelas terserlah dengan keterlibatan dan komitmen yang penuh oleh setiap peringkat dan mahasiswa/wi Islam Melaka. Dewan yang penuh dengan kehadiran ahli serta tetamu-tetamu yang tidak putus-putus hadir menjadikan majlis bertambah serinya.

Ucapan jutaan terima kasih diucapkan buat sekalian adhoc pelaksana Majlis Sambutan Aidiladha dan Haflah Najihin ( RAIHAN 11 ) yang memberikan pengorbanan yang tinggi tidak kira siang dan malam demi menjayakan program RAIHAN 2011 ini yang merupakan program Mega pertama bagi kenaikan pimpinan sesi 2011/2012 ini .Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian.

Ucapan terima kasih diucapkan buat Presiden PMRAM serta barisan Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM  yang sudi hadir sekaligus memeriahkan lagi program Mega BKKIMM, RAIHAN 11 pada kali ini. Begitu juga dengan para pimpinan Badan Kebajikan Anak Negeri 
( BKAN ) yang sudi menerima jemputan sebagai tetamu kami pada majlis tersebut.

Ucapan ribuan malahan jutaan terima kasih diucapkan kepada Majlis Kebajikan Keluarga Kedah ( MKKK ) yang sudi memberikan ruang yang penuh kepada pihak BKKIMM untuk menggunakan premis di Rumah Kedah Lama, Hayyu Sabie’ bagi menjayakan RAIHAN 11 ini. Jasa dari pihak BKAN Kedah amat kami hargai.

Begitu juga buat semua mahasiswa/wi Islam Melaka Mesir yang memberikan bantuan samaada langsung atau tidak langsung bagi sama-sama menjayakan program RAIHAN 11. Kamu semua adalah tunjang kekuatan ukhuwah dan wahdah dalam kesatuan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir   (BKKIMM).


Tidak dilupakan kita sama-sama kita membacakan al-fatihah buat seorang ibu kepada salah seorang sahabiah kita yang baru sahaja meninggalkan kita untuk kembali ke sisi Ilahi pada malam sebelum Majlis RAIHAN 11 berlangsung. Moga Allah merahmati roh ibu beliau dan diberikan kekuatan buat sahabiah kita ini,i'allah. AL-FATIHAH.

Mari sama-sama kita pastikan yang :
BKKIMM akan terus bergerak dan BKKIMM adalah milik semua!

AMIR AL-AMIN BIN MUSTAFF
Yang Di-Pertua
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2011/2012

Wednesday 9 November 2011

Hari pertama RAIHAN '11 berjalan lancar

8 November, Kaherah: RAIHAN ’11 membuka tirainya dengan aktiviti penyembelihan dan agihan bermula jam 7.00 pagi sehingga kira-kira jam 3 petang. Penyembelihan seekor unta dan 15 ekor kambing yang dijalankan di rumah Kedah Lama ini telah berjaya mengumpulkan ahli Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dari pelbagai muhafazah untuk turut bekerjasama dalam menjayakan program pembukaan RAIHAN ’11.
Di kesempatan ini, BKKIMM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) kerana sudi memberi laluan kepada BKKIMM untuk menggunakan permis kalian. Sekaligus membuktikan tema BKKIMM milik semua. Jasa kalian amat kami hargai.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli BKKIMM yang turut hadir bagi menjayakan program Mega BKKIMM kali pertama di bawah anjuran Unit Dakwah dan Unit Pendidikan sesi 2011/2012 ini. Justeru, program ini menepati gagasan BKKIMM dalam membina Ukhuwah dan Wahdah serta Adab dan Tarbiyyah terhadap seluruh ahli BKKIMM. Semoga program yang dijalankan ini dapat kita hayati erti sebenar pengorbanan di sisi Allah dan bukan sekadar berseronok sahaja. Mehnah ditempuhi, halawatul ukhuwah dirasai.

Tuesday 8 November 2011

Mencapai gagasan Ukhuwah dan Wahdah sebagai tunjang kekuatan BKKIMM

5 November, Sabtu, Kaherah, bersamaan 9 Zulhijjah 1432H, di Wisma Seri Melaka. Di bawah anjuran Unit Dakwah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah berjaya melaksanakan Majlis Iftar Jamie’ sempena Hari Arafah yang lepas. Antara pengisisan menarik ialah iftar jamie’ dan takbir raya di setiap syaqah. Majlis disempurnakan lagi dengan ucapan yang dipertua BKKIMM Ust Amir Al-Amin bin Mustaff diperingkat Ikhwah, manakala ucapan Timbalan Ketua Hewi Ustazah Siti Iziatul Hawa bte Mohd Yusof di peringkat akhawat. Majlis ini turut dihadiri oleh BP angkat Ustaz Nur Ahmad Wafiy bin Nur Azri dan Hewi angkat BKKIMM Ustazah Siti Fathiyah bte Mohd Razi
Seterusnya,tayangan video ucapan perutusan daripada presiden PMRAM Ust. Mohd Zuhaili bin Saiman telah membuka minda ahli BKKIMM untuk menghayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail. Sikap taat dan patuh akan perintah Allah adalah satu kewajipan bagi seluruh umat Islam. Terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli BKKIMM kerana memberi komitmen yang cemerlang dan turut serta bersama-sama menjayakan majlis tersebut sebaiknya.
Justeru, objektif majlis tersebut diadakan adalah bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli BKKIMM dan mengajak untuk bersama-sama mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Semoga majlis yang penuh barakah tersebut memberi kesan yang mendalam terhadap ahli BKKIMM.

KIK’11 / 12: Ke Arah Merealisasikan Tema ‘ BKKIMM Terus Bergerak ‘

3hb November, Kaherah: Bertempat di Griya Jawa Tengah, Hayyu Asyir, Kaherah, telah berlangsung Kursus Induksi Kepimpinan ( KIK’11 / 12 ) Siri 1. KIK’11 / 12 telah membuka tirainya dengan pengisian bertajuk ‘Polisi Pimpinan’ yang disampaikan oleh Penasihat Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir ( BKASM ) yang merupakan mantan Yang Dipertua BKASM sesi lepas, Ust Mohd Yazid bin Ahmad. Antara pengisian yang telah diperolehi daripada beliau adalah kepentingan para pimpinan untuk menyusun jadual harian dan memuhasabah diri, berapa banyak masa yang telah dihabiskan untuk berpersatuan dalam satu hari dan aktiviti-aktiviti lain.
Beliau juga menekankan konsep Al-Ihsan dan Al-Itqan supaya konsep dosa-pahala diaplikasi dalam gerak kerja. Jika amanah dilaksana, akan beroleh pahala, dan jika amanah tidak diselesaikan, maka akan mendapat dosa. Selain itu, Ust. Mohd Yazid bin Ahmad juga menambah bahawa, sistem gerak kerja yang kemas tidak akan berjaya jika tiada perubahan sikap ke arah yang lebih baik.
Selepas pengisian oleh Ust. Mohd Yazid bin Ahmad, pengerusi majlis membuka sesi soal yang telah digunakan dengan baik oleh para peserta untuk mendapatkan lebih pencerahan terutamanya mengenai polisi dan identiti pimpinan yang harus dibawa dalam kehidupan dan gerak kerja.
Slot yang telah bermula jam 8.40 malam itu diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati kepada pengisi yang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ), Ust. Amir Al-Amin bin Mustaff dan ditutup dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-‘Asr.

Tuesday 1 November 2011

Nantikan Kemunculan Majlis Sambutan Eidul Adha & Haflah Najihin sesi 2011/2012

JOM! Bersama-sama menyambut hari kebesaran Islam



Pimpinan BKKIMM sesi 2011/2012 dalam usaha memastikan BKKIMM masih teguh bertapak membawa persatuan dakwah melalui pelbagai wasilah.

Teruskan menyokong BKKIMM.

P/S: Sebarang maklumat tambahan berkaitan program akan diberitahu dari semasa ke semasa.