Friday 20 January 2012

Tazkirah Jumaat : Menjana Kelangsungan Dakwah


Kaherah, Jumaat, 20 Januari 2012 bersamaan  26 Safar 1433H, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) 2011/2012 seperti biasa meneruskan sesi tazkirah pada setiap pagi jumaat sebagai mengisi kekosongan rohani yang dahagakan ilmu setiap hari. Tazkirah jumaat yang dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Mohsen bin Abd. Hamid bertempat di Surau Wisma Melaka dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. Ketua Unit Dakwah BKKIMM sesi 2011/2012 Ustaz Khairul Fadhli bin Hussin sebagai pentazkirah membuka perkongsian beliau dengan hadis daripada sabda baginda Muhammad SAW:
حدثنا الحميدي عبد الله بن الزبير قال حدثنا سفيان قال حدثنا يحيى بن سعيد الأنصاري قال أخبرني محمد بن إبراهيم التيمي أنه سمع علقمة بن وقاص الليثي يقول سمعت عمر بن الخطاب رضى الله تعالى عنه على المنبر قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو إلى امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
Maksudnya: Umar bin Khattab berkata aku mendengar Rasulullah SAW sedang berkata, “Sesungguhnya amal-amal perbuatan itu bergantung pada niat-niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan sesuai apa yang diniatkannya. Barang siapa berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa berhijrah kepada dunia yang dikejarnya atau wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang diniatkannya.
Hadis ini merupakan pembukaan bagi Hadis 40 Imam Nawawi dan Soheh Bukhori. Pelbagai pengisian yang dikongsikan berkenaan matan hadis di atas. Antaranya adalah niat merupakan perkara pokok dalam setiap perbuatan setiap amalan yang kita kerjakan bagi membezakan antara ibadat dan adat. Seperti mana setiap perbuatan kita adalah diniatkan sebagai ibadat kepada Allah, maka seseorang itu akan beroleh pahala daripada setiap perbuatannya. Namun begitu haruslah diingat bahawa setiap niat kita mestilah ikhlas kerana Allah taala.

Pentazkirah : Ustaz Khairul Fadhli bin Hussin
Antara perkongsian seterusnya adalah berkaitan 3 perkara yang perlu manusia waspada iaitu:
1.       Takhta
2.       Harta
3.       Wanita
Antara kalam ulama’ yang dinaqalkan, “ Jadikan dunia (harta) dalam tangan kami, janganlah jadikan dunia(harta) dalam hati kami”.
Sedikit persoalan yang ditinggalkan oleh pentazkirah kepada para hadirin iaitu berkaitan pembahagian martabat Ikhlas. Mari sama-sama kita mengkaji apakah yang cuba dibahaskan oleh pentazkirah tersebut. Semoga pentazkirah yang akan datang dapat bersedia sebaiknya.
Seusai tazkirah jumaat, hadirin juga turut bersama mengalunkan bacaan surah Al-Kahfi.
Semoga Allah menerima setiap amalan kebaikan kita kerana Allah di hari Jumaat yang mulia ini. Banyakkan berselawat kepada baginda Muhammad SAW. Semoga sama-sama mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. Amin.
 Allahumma Solli a'la Saidina Muhammad wa a'la alihi wasohbihi wasallim

BKKIMM terus bergerak dan BKKIMM milik semua

Friday 13 January 2012

Tazkirah Jumaat

Kaherah,Jumaat,13 Januari 2012 bersamaan 19 Safar 1433H. Tazkirah setiap Jumaat yang di anjurkan oleh Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir berjalan seperti biasa di Surau Wisma Seri Melaka selepas solat Subuh.Pentazkirah pada hari ini ialah AJKT iaitu Ustaz Ahmad Rabbani bin Ismail,Unit Perhubungan,Sambutan dan Rehlah.Beliau.Ayat Quran yang dibacakan dijadikan sebagai peringatan kepada kita semua menerusi ayat Surah Al-Hujurat 10 mafhumnya :

“ Orang-orang MUKMIN itu adalah bersaudara,maka dengan itu perdamaikanlah antara dua orang saudara Mu,dan takutlah kepada ALLAH,mudah-mudahan kamu mendapat RAHMAT”.

Antara,input dari ayat yang disampaikan ialah menguatkan lagi pertalian ukhuwah sesama kita.Jangan lah sekali-kali kita menunjukkan perasaan tidak suka kepada sesama muslim itu kerana ianya adalah perkara yang amat ditegah.Maka dengan itu marilah kita sama-sama menjadi ikatan ukhuwah sesama kita dan mempereratkan lagi tali ukhuwah yang telah kita bina ini agar ianya terus berkekalan hingga ke akhir hayat. 



Seterusnya,beliau berkongsikan sedikit Hadis Nabi mengenai Hak Sesama muslim dengan saudara muslim yang lain antaranya :-
1- Sebarkan salam.
2- Doakan orang yang bersin.
3- Ziarah orang yang sakit.
4- Iringi orang yang akan dikebumikan.
5- Nasihati orang yang minta nasihat.
6- Menghadiri majlis perkahwinan.

Pelbagai lagi perkongsian makanan rohani di pagi hari yang diberikan oleh Ustaz Ahmad Rabbani.Semoga dengan apa yang kita dapat pada hari ini dapat kita praktikan sedikit demi sedikit dan dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran buat kita semua.Diharapkan semua anak-anak Melaka Mesir yang berada di Wisma Melaka dapat mengisi “Penghulu Segala Hari” dengan permulaan yang bermanfaat.

Seusai majlis tazkirah.Disusuli pula,seperti biasa pengisian rohani pagi dengan bacaan Surah Al-Kahfi secara beramai-ramai.

Jazakumullahu Khairan Jazak diucapkan kepada sahabat-sahabat yang hadir.Semoga ALLAH memberi keampunan kepada kita semua dengan apa yang kita lakukan.Ameen.

Dan seterusnya,diharapkan sahabat2 yang bersedia untuk menjadi penyumbang sedikit ilmu kapeda sahabat-sahabat yang pada hari yang seterusnya.

Allahumma Solli a’ala Saidina Muhammad wa a’ala alihi wasohbihi ajmaie’n.

“BKKIMM terus bergerak”..
“BKKIMM milik semua”..






Friday 6 January 2012

Ke arah merealisasikan generasi berilmu : Tazkirah Jumaat

Kaherah, Jumaat ,6 Januari 2012 bersamaan 12 Safar 1433H. Tazkirah setiap jumaat yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir berjalan seperti biasa di surau Wisma Melaka selepas solat subuh. Pentazkirah pada hari ini ialah Ustaz Badrul Amin bin Ashaari. Beliau memberi peringatan kepada kita semua menerusi ayat Al-Quran, firman Allah SWT:

öö@è% ö@yd ÈqtGó¡o tûïÏ%©!$# tbqçHs>ôètƒ tûïÏ%©!$#ur Ÿw tbqßJn=ôètƒ 3


Maksudnya: "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak
                    mengetahui? (Surah Az-Zumar : 9)

:Beliau juga mengaitkan hadis, sabda Rasulullah SAW:

من أراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الأخرة فعليه بالعلم ومن أرادهما معا فعليه بالعلم "  ”

Maksudnya: Sesiapa yang mahukan dunia, maka wajib ke atasnya ilmu, barangsiapa yang mahukan akhirat, maka wajib ke atasnya ilmu. Dan barangsiapa yang mahukan kedua2nya sekali, maka ke atasnya ilmu"
                                                  
Seterusnya, beliau menekankan tentang ketauhidan kepada Allah SWT dengan memperingatkan kita semua tentang kematian yang tidak diketahui bila masanya. Sesungguhnya nikmat syurga ini sangat indah sehinggakan apabila manusia yang telah dimasukkan ke dalam neraka dan merasai azabnya, apabila dimasukkan sebentar ke dalam syurga,mereka merasakan seolah-olah tidak pernah menghadapi derita sebelum ini.


Akhirnya,beliau berkongsi mengenai kalam mutiara daripada Imam As-Syafie:

أخي لن تنال العلم إلا بستة   سأتيك عنها مخبرا ببيان
ذكاء وحرص واصطبار وبلغة   وصحبة أستاذ وطول زمان
  
Maksudnya : wahai saudaraku, engkau pasti tidak akan mencapai ilmu kecuali dengan 6 perkara. Aku akan menerangkannya dengan memberitahu secara terperinci. Pertama, perlu ada kecerdikan dan kehalobaan (minat yang tinggi) dan kesabaran dan sempurna akal dan bersahabat dengan ustaz dan panjangkan masa.

Pelbagai lagi pengisian rohani yang disampaikan oleh Ustaz Badrul Amin bin Ashaari. Semoga dengan apa yang disampaikan dapat diambil iktibar dan panduan buat kita semua. Diharap kepada semua anak-anak Melaka di Wisma Seri Melaka ini dapat mengisi ‘Penghulu Segala Hari’ dengan permulaan yang bermanfaat.

Seusai tazkirah tersebut,majlis ilmu pada pagi jumaat ini disusuli dengan bacaan surah Al-Kahfi secara beramai-ramai.

Jazakumullahu Khairan Jazak kepada sahabat-sahabat yang hadir. Semoga Allah memberi keampunan kepada kita semua dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Semoga sahabat-sahabat lain bersedia menjadi pentazkirah seterusnya.

Allahumma Solli a’la Saidina Muhammad wa a’la alihi wasohbihi ajmaie’n

BKKIMM terus bergerak.
BKKIMM milik semua.

Sunday 1 January 2012

Solat Hajat Perdana Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir

Khamis, 29 Disember 2011 bersamaan 4 Safar 1433H. Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir telah mengadakan Program Solat Hajat Perdana bertempat di Surau Wisma Seri Melaka. Majlis ini turut dihadiri oleh Badan Pengurus angkat PMRAM cawangan Melaka, Ust. Mohd Solehuddin bin Mohd Safien dan Hewi angkat Ustazah Siti Fathiyah binti Mohd Razi. Anak – anak Melaka turut berbesar hati dengan kehadiran BKAN taakhi Selangor dan Pahang yang terdiri daripada Yang Dipertua BKSAM serta 3 orang AJKT Hewi BKSAM dan 2 orang wakil AJKT BKMIP.






Majlis yang serba sederhana ini dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan Solat Hajat Perdana bertujuan sebagai persiapan menghadapi imtihan dan mendoakan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir terus dipertahankan. Solat Hajat  yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Syafiq bin Abdul Aziz dihadiri kira-kira 30 orang anak Melaka.

Majlis diteruskan dengan bacaan Yasin dan Tahlil yang dipengerusikan oleh saudara Muhammad Nurkhalis bin Jasman. Seterusnya, seusai Solat Isyak berjemaah, majlis digemakan dengan alunan Qasedah daripada kumpulan Qasedah anak-anak Melaka yang diketuai oleh Ustaz Mohd Syafiq bin Abdul Aziz, Ustaz Muhammad Fauzie bin Bashah, dan Ustaz Nur Alif bin Radani.





















Atucara diteruskan lagi dengan kemuncak program Solat Hajat Perdana iaitu Slot kalam mutiara yang dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Mohsen bin Abdul Hamid. Slot dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dan ucapan aluan pengerusi slot, merangkap penasihat Badan Kebajikan Keluarga Islam(BKKIMM). Seterusnya, ucapan yang disampaikan oleh Yang Dipertua BKKIMM 2011/2012 Ustaz Amir Al-Amin bin Mustaff telah mengembalikan semula ingatan anak-anak Melaka yang hadir terhadap peristiwa penarikan pengiktirafan BKKIMM oleh Kerajaan Negeri Melaka yang pernah menjadi penaung kita suatu ketika dahulu. Justeru, sayugianya tarikh keramat 28 Disember 2010 ini sentiasa diingati bahkan disemat sebagai peristiwa yang paling bersejarah. Namun begitu YDP mengingatkan bahawa BKKIMM akan terus bergerak disamping meningkatkan prestasi pembelajaran anak-anak Melaka melalui pelbagai cara.

Seterusnya, ucapan penutup dan kalam mutiara yang disampaikan oleh Dr. Husaini bin Saleh selaku Badan Penasihat 1 BKKIMM 2011/2012 turut memberi impak kepada para hadirin yang hadir. Beliau menyuntik semangat kesatuan dalam kalangan anak-anak Melaka agar sentiasa bergerak seiring dan tidak berpecah belah. Slot kalam mutiara yang menjadi halwa telinga serta motivasi kepada hadirin yang hadir ini diakhiri dengan kalam pengerusi slot sekaligus menutup program Solat Hajat Perdana tersebut dengan bacaan tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.









Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2011/2012 mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh anak-anak elaka beserta barisan kepimpinan BKKIMM yang turut hadir bagi memeriahkan dan menambahkan lagi keberkatan terhadap program Solat Hajat Perdana ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua InsyaAllah.



BKKIMM terus bergerak..
BKKIMM milik semua..