Monday 27 August 2012

Kenyataan Rasmi Berkenaan Isu BKPJM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala puji dan puja hanya selayaknya bagi Allah yang bersifat dengan penuh kesempurnaan yang maha berkuasa ke atas setiap sesuatu.
Selawat dan salam sentiasa tercurah keduanya ke atas penghulu sekalian nabi dan rasul, serta semua umat yang mengikuti ajaran baginda sehingga Hari Akhirat kelak.

Firman Allah bermaksud :
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiar mengatakan : 'kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji ( Al-Ankabut : 2 )

Telah menjadi asam garam dalam berjuang bahawa setiap pejuang akan ditimpa kesulitan dan diuji oleh Allah. Sehinggakan para nabi dan rasul, selaku makhluk yang paling mulia kedudukan mereka di sisi Allah juga diuji dengan ujian yang maha dahsyat.

Memang benarlah bahawa setiap kebaikan dan dakwah yang dibawa tidak lekang daripada tangan-tangan jahat musuh yang sentiasa dengki dan tidak senang dengan perkara baik tersebut. Sejarah terdahulu memperlihatkan bahawa setiap perkara kebenaran pasti akan ada batil yang menentangnya.

Hari ini kita melihat keluarga kita daripada BKPJM sedang diuji dan mendapat tentangan di dalam gerak kerja dakwah mereka. Tidak cukup dengan disulitkan aktiviti dan program dakwah, hak mereka turut dicabul dan dinafikan.

Bagi BKKIMM, isu yang melanda teman-teman BKPJM merupakan suatu lumrah perjuangan yang menjadi tanda bahawa mereka sedang membawa risalah kebenaran.

Oleh itu, janganlah kalian berasa lemah dan  takut dengan ujian ini. Teruskan gerak kerja mulia ini, kembali mengumpul kekuatan melalui kesatuan yang jitu, selain tidak mengabaikan kebergantungan dengan pemilik sekalian alam yang maha berkuasa menetapkan segala sesuatu.

Kita juga menyatakan ketidaksetujuan dan membantah tindakan yang tidak profesional dan bersifat jahat yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Semoga Allah sentiasa membimbing dan merahmati setiap langkahan BKPJM dan menghancurkan tangan-tangan jahat yang sentiasa hasad dengan kesatuan dan kebaikan yang kalian bawa!

"MEMAJU PRESTASI, MEMBUMI BAKTI"

KHAIRUL FADHLI B HUSIN
Yang Di-Pertua
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2012/2013

Thursday 23 August 2012

Simfoni Aidilfitri 2012 (SAMPRIT'12)




Kaherah,20 Ogos 2012 : Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah menganjurkan Simfoni Aidilfitri 2012 (SAMPRIT’12). Majlis yang diadakan di Rumah Kedah Lama Hayyu Sabie’ itu telah berlangsung pada hari raya kedua. Ketibaan VIP pada jam 1.30 petang antara yang hadir ialah Ustaz Zulhafeez bin Ahmad Zahidi, Timbalan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan diserikan lagi dengan kehadiran Badan Pengurus Angkat Melaka Iaitu Ustaz Norkhalis Syafiq bin Ahmad dan Badan Pengurus yang lain serta Hewi PMRAM. Tidak ketinggalan juga wakil dari setiap Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang turut sama memeriahkan lagi SAMPRIT’12. Serta tidak dilupakan kepada semua ahli BKKIMM yang telah turun padang untuk menjaya SAMPRIT’12.

Majlis diteruskan lagi dengan majlis perasmian yang dipengerusikan oleh Saudara Zulkifli bin Ab Rahob, bagi memberkati lagi majlis ulanan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dialunkan oleh Saudara Muhamad Nuralif bin Radani, seterusnya ucapan dari Pengarah SAMPRIT’12, Saudara Mohd Shabaney bin Ahmad Jafri dan ucapan alu-aluan dari Ustaz Khairul Fadhli bin Husin, selaku Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2012/2013. Dan akhirnya kemuncak majlis perasmian SAMPRIT’12 telah disempurnakan oleh al-Fadhil Ustaz Zulhafeez bin Ahmad Zahidi Timbalan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Dengan bacaan Ummul Kitab,SAMPRIT’12 telah berjaya dirasmikan. Gimik perasmian pula ada dua yang pertama memotong bunga di atas replica rumah kampong dan kedua meletupkan meriam. Majlis perasmian tamat pada jam 3.00 petang.

Seterusnya,majlis diteruskan dengan sesi fotografi bersama-sama dengan semua tetamu yang hadir pada SAMPRIT’12. Dan akhirnya, sesi tayangan video yang telah disediakan oleh Unit Teknikal. Siaraya dan Rakaman, Saudara Muhammad Daud bin Ashaari. Dan seterusnya, agenda diteruskan lagi dengan solat asar berjemaah yang diimamkan oleh Saudara Mohamad Syafiq bin Aziz.

Seterusnya,majlis diteruskan dengan majlis jamuan hari raya yang telah disediakan oleh Saudara Zulhilmi bin Suboh berrsama-sama dengan timbalan Unit Jamuan dan Hidangan. Sambil-sambil tetamu menjamu selera Kumpulan Soutul Azim telah membuat persembahan sebagai halwa telinga buat tetamu yang hadir. Dengan majlis jamuan itu tadi maka berakhirlah sudah SAMPRIT’12 untuk tahun ini. Dan SAMPRIT’12 telah melaburkan tirai kira-kira pada jam 6.00 petang.

Terima kasih diucapakan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan SAMPRIT’12. Sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak.

“ Ramadan Dirindui, Mahabbah di Aidilfitri “

“ Memaju Prestasi, Membumi Bakti “

BKKIMM pilihan kami!!!

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 25


14 OGOS ,Surau Wisma Sultan Muhammad IV,KAHERAH.Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke 25 (MAT)BKKIMM,telahpun berjaya dilaksanakan seusai tamatnya proses pembuangan undi dibawah pantauan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR 2012) yang bermula pada jam 6.00pagi sehingga jam 8.30pagi. Tema MAT sesi 2012 ini adalah “GENERASI RABBANI PENCETUS GELOMBANG PEMBAHARUAN”. Selain meningkatkan mutu gerak kerja dan menanamkan sikap ambil berat terhadap konsep berorganisasi serta cinta akan konsep syura yang dibawa oleh baginda Rasulullah,mesyuarat ini juga bertujuan memberi peluang kepada ahli untuk mencetuskan idea-idea bernas lagi membina bagi mengukuhkan lagi kedudukan,hala tuju dan kesatuan BKKIMM pada masa hadapan. MAT  BKKIMM, dirasmikan oleh presiden PMRAM saudara Abdul Aziz bin Ali kemudian diserikan lagi  dengan bacaan gema wahyu oleh saudara Mohd Nur Alif bin Radani. Mesyuarat mula bersidang pada jam 10.00 pagi diketuai oleh YDP sesi 2011/2012 Ustaz Amir Al-Amin Bin Mustaff sehinggalah berakhir dengan ucapan penangguhan dan pembubaran AJKT SESI 2011/2012. Mesyuarat berjalan dengan suasana yang sangat baik sehingga mendapat kata sepakat sesame ahli dalam menerima 2 usul.                                                                                    

  Usul pertama dibawa oleh saudari Nur Hidayah Binti Sulaiman dengan matan :
 Membuat Pindaan dalam buku Undang- Undang Tubuh bab ketujuh/fasal ke 20 ;pilihanraya / perkara 20.11: “Undi wakil adalah ditolak dan tidak diterima pakai”menjadi “Undi wakil adalah dibenarkan dan diterima pakai dalam pilihanraya”..

Usul kedua pula dibawa oleh saudara Ahmad Muhsin Bin Abdul Hamid dengan matan :
Ahli BKKIMM bersama menggembeling kekuatan bagi menjayakan usul muktamar sanawi PMRAM kali ke-79:
1)Mengembalikan hak PMRAM di ARMA.
2) memperkasa hubungan baik antara mahasiswa pengajian islam dan sains kesihatan.
3)Bersama menjayakan slogan “Kita PMRAM” dengan tindakan :
-mempertahankan hak mahasiswa islam
-memperkasa kesatuan di seluruh cawangan.

Mesyarat agung tahunan berlabuh tirai dengan agenda pengishtiharan barisan AJKT baru sesi 2012/2013,dan ucapan muqaddimah YDP BARU  2012/2013 serta diakhiri dengan bacaan doa selamat dan edaran juadah berbuka puasa.

“BKKIMM pilihan kami”..

.."Memaju Prestasi, Membumi Bakti"..

MAKLUMAN PEMANGKUAN AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI DAN HEWI BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR

MAKLUMAN PEMANGKUAN 
AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI
BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR


PEMANGKUAN AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI
HAL EHWAL WANITA ISLAM ( HEWI )
BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR

DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI DAN HAL EHWAL WANITA ISLAM,BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR SESI 2012/2013


AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI 
BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR 
SESI 2012/2013 

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI HAL EHWAL WANITA ISLAM
BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR
SESI 2012 / 2013

Friday 17 August 2012

Statistik Pengundi Pilihanraya BKKIMM 2012

Statistik Pengundi Pilihanraya BKKIMM 2012

Keputusan Nilaian Undian Calon AJKT BKKIMM (Ikhwah)

Berikut merupakan keputusan nilaian undian 7 Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang memenangi Pilihanraya BKKIMM 2012 :

Saturday 4 August 2012

PEMANGKUAN AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI





PEMANGKUAN AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (HEWI)

BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR (BKKIMM)
SESI 2011 / 2012


TIMBALAN BENDAHARI AGUNG (UNIT KEBJIKAN & EKONOMI)

USTAZAH AFIQAH BINTI BASHIR AHMAD


DIPANGKU OLEH:


1. USTAZAH NURULAIN BINTI MOHD ZAID    : TIMBALAN BENDAHARI  AGUNG 
                                                           (UNIT KEBAJIKAN)

2. USTAZAH NURUL ATIQAH BINTI AHMAD   : TIMBALAN UNIT EKONOMI

Thursday 2 August 2012

Jemputan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 25 BKKIMM




Dijemput semua AHLI BKKIMM dari seluruh muhafazah untuk menghadiri 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 25
BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR

Tarikh : 14 Ogos 2012 | 26 Ramadhan 1433H
Hari : Selasa
Tempat Hayyu Sabi' Kaherah,Mesir

"Memartabat Keilmuan, Memimpin Kesatuan"
"Berilmu, Beramal"

Wednesday 1 August 2012

Pembukaan Usul Dan Cadangan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 25 BKKIMM


Maklumat kepada Ahli BKKIMM :


Pembukaan Usul Dan Cadangan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 25 BKKIMM

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir 2011/2012
telah membuka kepada mana-mana ahli untuk mengemukakan sebarang usul mengikut Fasal Ke 21 Ceraian 1 dan 2 Undang-Undang Tubuh BKKIMM.

Usul tersebut mestilah dihantar kepada Setiausaha Agung beserta nama penuh,tandatangan dan nombor keahlian BKKIMM.

Penutup usul ialah pada :

Tarikh : 3 Ogos 2012
Masa : 6 Petang

"BKKIMM Terus Bergerak, BKKIMM Milik Semua"