Wednesday 28 November 2012

PENGHAYATAN SUNNAH DI YAUMUL 'ASYURA'


24 NOVEMBER 2012 bersamaan 10 Muharram, Badan kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengadakan "Sambutan Yaumul 'Asyura" sempena menyambut hari sambutan islam iaitu 10 muharram. Tujuan majlis ini diadakan bagi memperingati sejarah-sejarah yang berlaku pada hari tersebut dan galakkan mengamalkan sunnah Rasullah S.A.W untuk berpuasa juga amalan-amalan lain yang disarankan pada hari tersebut.
Majlis bermula dengan Solat Maghrib berjemaah dan seterusnya bacaan Qasidah. Majlis diteruskan lagi dengan ceramah yang disampai oleh Ustaz Muhd Shahir Bin Shahbudin yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK).Antara pengisian yang disampaikan ialah mengenai fadhilat-fadhilat yang begitu banyak disarankan oleh Rasulullah S.A.W. Selain itu, isu yang berlaku kepada Umat Islam umumnya terutama isu Palestin khasnya yang mana umat islam perlu cakna dengan isu tersebut.
Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video daripada Unit Nadi Ukkaz Unit Pendidikan BKKIMM. Antara tujuan tayangan tersebut ialah bagi memupuk semangat ahli BKKIMM untuk bersama beberapa minit mendengar kisah pendek berbentuk tauladan  yang menggunakan bahasa arab sebagai bahasa perantaraan.
Majlis diakhiri dengan Solat Isya' berjemaah dan seterusnya menjamu bubur lambuk yang telah disediakan oleh Unit Dakwah BKKIMM. Semoga majlis ini dapat memupuk kasih-sayang ahli BKKIMM untuk memperingati sejarah Islam disamping melakukan amalan sunnah yang terdapat pada hari tersebut. Tidak dilupakan juga, ucapan ribuan terima-kasih kepada ahli BKKIMM yang banyak membantu menjayakan majlis ini dari sudut tenaga mahupun kewangan. Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan.


"MEMAJU PRESTASI MEMBUMI BAKTI"
"BKKIMM PILIHAN KAMI"

Sunday 18 November 2012

PENGHAYATAN MAAL HIJRAH 1434H


Khamis 15 November 2012: Unit dakwah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2012/2013 telah mengadakan program tazkirah sempena penghayatan maal hijrah. Program tersebut diadakan di surau Wisma Seri Melaka dan program bermula selepas solat maghrib.

Selain itu, pentazkirah yang kami jemput pada program itu adalah ustaz Wan Muhammad Abdul Hayy kuliah syariah dari Kelantan. Sambutan dari penghuni Wisma Seri Melaka amat menggalakkan ikhwah mahupun akhawat. Kesimpulan yang boleh kami ambil dari tazkirah yang disampaikan adalah penghijrahan  rasulullah s.a.w dari kota makkah ke madinah bagaimana rasulullah s.a.w  mempersaudarakan muhajirin dan ansar, membina masjid quba’ dan piagam madinah.
 
Sebagai umat islam ,kita hendaklah menghayati maal hijrah ini kerana dengan penghijrahan ini islam dapat sampai kepada kita pada hari ini dengan izin Allah Taala. Penghijrahan ini amat bermakna pada rasulullah s.a.w kerana beliau sanggup meninggalkan kampung halamannya hanya semata-mata untuk menegakkan agama islam tetapi kita sebagai umat rasulullah s.a.w  adakah kita pernah terfikir bagaimana perit dan deritanya islam yang dibawa oleh rasululllah s.a.w ini sampai kepada kita pada hari ini dengan selamat.

Sehubungan dengan itu,penghijrahan juga adalah salah satu cara untuk kita keluar dari kesempitan hidup  pemerintahan yang zalim pada ketika itu kepada kehidupan yang bebas merdeka dari segi diri dan harta. Program tersebut berakhir dengan solat isyak berjemaah dan alunan qasidah dari ikhwah anak-anak Melaka.
 
Akhir kata, kami dari unit dakwah ingin mengucapkan terima kasih kepada penghuni Wisma Seri Melaka kerana memberi kerjasama yang baik dan marilah sama-sama kita menjayakan tema bkan pada tahun ini iaitu “BKKIMM pilihan kami”.




DISEDIAKAN OLEH UNIT DAKWAH BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR (BKKIMM) SESI 2012/2013

Sunday 4 November 2012

MENYELUSURI PENGORBANAN MENYEMARAK UKHWAH “RAIHAN’12”



KAHERAH, 27 Oktober 2012: Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengadakan program sambutan hari raya Aidil Adha dan Haflah Najihin (RAIHAN’12). Majlis berlangsung selama tiga hari bermula 25-27/10 /2012. Majlis ini disambut dengan begitu meriah oleh seluruh ahli BKAN Melaka.

Majlis ini bermula pada 25/10/2012 pada hari khamis bermula jam 7.30pm, dimulakan dengan takbir hari raya Aidil Adha dan perutusan hari raya Aidil Adha oleh yang berbahagian Tuan Presiden PMRAM Ustaz Abdul Aziz Bin Ali. Semua ahli BKAN Melaka bertakbir dari rumah ke rumah, akhawat dibahagian akhawat dan ikhwah di bahagian ikhwah. Bagi memeriahkan lagi suasana, majlis ini turut dihadiri oleh BP dan HEWI angkat negeri Melaka,iaitu Ustaz Norkhalis Syafiq Bin Ahmad, Ustazah Siti Sarah Binti Bushari dan Ustazah Siti Hajar Aisyah Binti Sakdon. Majlis diakhiri dengan sedikit ucapan oleh BP dan Hewi angkat Bkan Melaka serta jamuan ringan.


Pada 26/10/2012, Hari Jumaat,pada jam 6.00 am, ahli BKAN Melaka bergerak ke masjid Musa bagi menunaikan solat sunat Hari Raya Aidil Adha. Selepas solat sunat Aidil Adha pada jam 7.30am semua ahli Bkan Melaka ikhwah bergerak ke hayyu asyir di rumah Pahang bagi menyempurnakan majlis gotong- royong penyembelihan haiwan korban sebanyak 10 ekor kambing dan 3 ekor khoruf. Dengan ketangkasan serta sifat kerjasama yang berada di dalam diri anak-anak Melaka, gotong-royong dapat diselesaikan lebih awal daripada yang dijangka. Selesai gotong-royong penyembelihan, program diteruskan dengan pengagihan daging di peringkat akhawat. Majlis ini berjalan dengan lancar.

Sabtu, 27 Oktober 2012, majlis diteruskan dengan program Sambutan Hari Raya Aidiladha dan haflah Najihin (RAIHAN’12) bertempat di Wisma Seri Melaka. Bermula pada jam 8.00 pagi, seluruh penghuni Wisma Melaka bersama-sama bergoyong-royong membersihkan persekitaran Wisma Seri Melaka. Aturcara Majlis Jamuan Makan para tetamu VIP pada jam 2.30 pm sehingga jam 5.00 pm. Kehadiran Badan Pengerus PMRAM dan HEWI PMRAM, YDP BKAN serta pengiring disambut baik oleh ahli BKKIMM. RAIHAN 12’ diteruskan lagi dengan solat maghrib berjemaah disusuli dengan majlis perasmian pada jam 7.00 pm. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis Ustaz Azzamuddin Bin Zaharuddin, seterusnya ucapan yang Dipertua BKKIMM, Ustaz Khairul Fadli Bin Hussin dan ucapan perasmian oleh Naib Presiden 1 ( Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan) Ustaz Baihaqi Bin Rashid disusuli dengan gimik perasmian program. Majlis perasmian berakhir dan ditangguh dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.




Kemuncak RAIHAN’12 diteruskan lagi dengan diskusi kitab Jiilul Nasrul Mansyud yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Malik Bin Abdul Karim. Pihak penganjur tidak ketinggalan menyediakan kuiz yang menarik untuk para hadirin. Seterusnya, majlis dihangatkan lagi dengan penyampaian hadiah Haflah Najihin dan pemenang pertandingan yang telah disediakan. Persembahan kebudayaan oleh mahasiswa baru dengan dua buah nasyid yang disampaikan begitu menarik perhatian para hadirin. Majlis diakhiri dengan tayangan video daripada Malacca Multimedia Center (MMC) dan ditangguhkan dengan surah Al-Asr dan tasbih kaffarah. Dan para tetamu dijemput untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.

Friday 2 November 2012

PELANCARAN KEMPEN BIAH SOLEHAH


24 oktober 2012 Unit Biah Solehah (UBS) dibawah Unit Dakwah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah melancarkan Kempen Biah Solehah. Program tersebut diadakan bertujuan memberi penerangan mengenai lima pembawakan UBS BKKIMM dibawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) Pusat.
Program dimulakan dengan Qasidah ahli BKKIMM sementara menunggu ahli yang lain untuk turun ke surau. Seterusnya ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Baihaki bin Rashid selaku Naib Presiden 1 merangkap Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM yang berjudul "Let's Follow The Prophet". Antara pengisian yang diberi mengenai sirah junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi ikutan kita masa ini. Selain itu, isu semasa yang berlaku pada masa ini antaranya peperangan yang berlaku di negara-negara yang ditindas seperti Burma, Syiria, Palestin dan sebagainya.
Program diteruskan dengan tayangan video yang telah disediakan oleh UBS. Seterusnya pelancaran perasmian Unit Biah Solehah Pmram Cawangan Negeri Melaka yang dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Baihaki bin Rashid dan diiringi Yang Di-Pertua BKKIMM Ustaz Khairul Fadhli bin Husin dengan teknikal mengunting tali yang berada di banting UBS.
Program diakhiri dengan jamuan yang telah disediakan oleh ajk Unit Dakwah. Semoga program ini mendapat kesinambungan kepada ahli BKKIMM pada akan datang mengenai pembawakan UBS pada tahun ini. Iaitu 1. Memperkasakan Solat Jemaah 2. Manfaatkan media Elektronik 3. Tautan Ukhwah 4. Pembentukan Fikrah dan Syakhsiah 5. Mengetahui dan Mendalami Sejarah Islam.

"BKKIMM PILIHAN KAMI"
"MEMAJU PRESTASI MEMBUMI BAKTI"