Wednesday 27 February 2013

Muhadharah Ammah bersama Al-Fadhilatus Syeikh Asyraf Azhar Hamid Hasanain.


Selasa, 19.2.2013 : Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2012/2013 dibawah Unit Pendidikan telah mengadakan Muhadharah Ammah bersama Syeikh Asyraf dan muhadharah telah diadakan di Musolla Wisma Seri Melaka.

Oleh itu, majlis yang bermula sekitar jam 8.00 malam itu telah dipengerusikan sendiri oleh Ketua Unit Pendidikan Saudara Mohd Shabaney b. Ahmad Jafri. Di dalam majlis muhadharah bagi mengelakkan ahli Melaka dari hadir tidak memahami apa-apa pihak syeikh telah meminta untuk menyediakan seorang penterjemah iaitu Ustaz Muhammad Daud b. Asyaari, Bendahari Agung merangkap Ketua Unit Kebajikan (BKKIMM).

Selain itu, majlis muhadharah diserikan dengan bacaan qasidah yang disediakan oleh Unit Keseniaan, Kebudayaan dan Sukan (UKKS) sesi 2012/2013 dikelolai oleh Ustaz Mohamad Noralif b. Radani selaku ketua (UKKS). Sambutan daripada ahli sangat menggalakkan dan dapat menarik minat ahli untuk meningkatkan lagi ilmu dan thaqafah mereka. Dan majlis muhadharah telah berakhir pada sekitar jam 10.00 malam.
Kesimpulannya, majlis ini diadakan adalah selari dengan salah satu gagasan Badan Kebajikan keluarga Islam Melaka Mesir pada tahun ini iaitu “Pemantapan Fikrah melalui Thaqafah dan Ilmiah”.

BKKIMM Pilihan Kami!
Pemantapan Fikrah melalui Thaqafah dan Ilmiah
Memaju Prestasi, Membumi Bakti.

Ketua Unit Pendidikan,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2012/2013.





KURSUS INDUKSI KEPIMPINAN (KIK)



          Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) adalah kursus bagi seorang yang bergelar pimpinan, kursus ini bertujuan untuk melatih serta melahirkan kepimpinan Islam  yang berkualiti, berkredibiliti dan berkeyakinan tinggi dalam mengurus atau mentadbir kehidupan bermulalah daripada individu, keluarga, masyarakat, Negara selaras dengan pandukan Al-Quran dan As-Sunnah,  supaya dapat memastikan risalah islam yang suci tersebar ke seluruh alam. Oleh itu, Jabatan Setiausaha Agung  BKKIMM adalah unit yang bertanggungjawab dalam mengendalikan kursus ini dengan kerjasama penasihat supaya kepimpinan BKKIMM akan menjadi terbaik dalam pengurusan pentadbiran.

17 Oktober 2012– Jabatan Setiausaha Agung  telah mengadakan Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) siri pertama di rumah Saudara Syarul Hafiz Bin Abd Hamid, 'Asyir. Kursus berlangsung jam 5.30 petang dan berakhir jam 10.00 malam dihadiri semua pimpinan BKKIMM. Slot pertama disampaikan oleh Ustaz Nur Ahmad wafiy Bin Noor Azri Bertajuk “Polisi Kepimpinan”. Slot kedua pula disampaikan oleh Ustaz Ahmad Taufiq Bin Mohd Dahlan dibawah tajuk “Fiqh Aulawiyat”. Kedua-dua tajuk ini merupakan perkara utama yang perlu diketahui oleh setiap pimpinan supaya merasai seorang yang bergelar pimpinan, perlu berasa amanah dan tanggungjawab dalam melakukan tugasan.
 
27 November 2012 – Jabatan Setiausaha Agung telah mengadakan Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) siri 2 di MarkazPerubatan, Hayyu Sabi`e. Kursus berlangsung jam 5.30 petang dan berakhir 11.30 malam dihadiri semua pimpinan BKKIMM. Slot pertama disampaikan oleh Ustazah Nurul Hasanah Binti Yahuza, Timbalan Pengerusi Hewi Pmram dibawah tajuk“ Pengurusan Diri sebagai Ahli Jawatan Kuasa atau Pimpinan”. Slot kedua Ustaz Norhalis Syafiq Bin Ahmad, Setiausaha Agung Pmram Pusat dibawah tajuk“ Pelan Strategik”. Objektif dalam kursus ini adalah memastikan bahawasanya pimpinan perlu bersistematik, bijak dalam menguruskan kehidupan seharian, bermulalah dengan masa belajar, berpersatuan serta bijak menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku.



16 Februari 2013 – Jabatan Setiausaha Agung telah mengadakan Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) siri 3 di Surau Wisma Seri Melaka. Program bermula jam 6.00 malam dan berakhir jam 11.00 malam. KIK kali ini gabungan pimpinan danjuga ahli Melaka, seramai 23 Ikhwah dan 28 akhawat yang terlibat. Slot pertama disampaikan oleh Ustaz Jamal Najmuddin Bin Sulaiman, mantan Yang Dipertua Kelantan bertajuk “Sinkronisasi 3 Ukhuwwah”. Objektifnya supaya pimpinan dan juga ahli memahami erti kebersamaan dalam berpersatuan iaitu hubungan Pmram Pusat dengan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) cawangan dan juga Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN). Slot kedua" talk show" bertajuk “Komunikasi Adam dan Hawa” disampaikan oleh sepasang suami isteri iaitu saudara Muhammad Syafiq Bin Mat Moor,Penasihat Perubatan dan isterinya saudari Nur Madihah Binti Kamalul Sahar, merupakan mantan Timbalan Pengerusi Perubatan. Program gabungan ini bertujuan supaya pimpinan dan ahli Melaka memahami cara bagaimana berkomunikasi dalam bekerja supaya tidak ada berlaku perselisihan atau perkelahian sama ada di peringkat bawahan mahu punatasan.

Disediakan oleh:

Jabatan Setiausaha
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2012/2013

Monday 4 February 2013

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H




Kaherah, 4 Februari - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) berjaya melaksanakan program sambutan Maulidur Rasul 1434H pada 28 dan 31 Januari. Program yang berlangsung selama dua hari di bawah kelolaan Unit Dakwah dengan kerjasama Unit Kesenian, Kebudayaan dan Sukan BKKIMM dihadiri oleh anak-anak Melaka di Mesir dan turut disertai wakil kepimpinan PMRAM.

 Majlis alunan qasidah dari rumah ke rumah yang diadakan pada 28 Januari, bermula sejurus selepas solat Isyak.Di sebelah ikhwah, bacaan selawat di meriahkan lagi dengan paluan kompang dan sebagainya. Majlis selawat di setiap rumah diakhiri dengan tazkirah ringkas oleh wakil rumah, manakala diperingkat akhawat pula dihidangkan dengan sedikit tayangan video tentang kisah perjuangan dakwah Rasulullah Sallallahua’laihiwasallam dan para sahabat radiAllahuanhum.

Program kemudiannya diteruskan lagi dengan pengisian ilmiah, iaitu diskusi kitab yang berlangsung pada 31 Januari selepas Maghrib. Pendiskusi jemputan ialah Ustaz Mohd Shafiq bin Sahimi. Beliau merupakan graduan Al-Azhar Tanta, dan sekarang menuntut dalam tahun 1 Master Usuluddin di American Maftuh University Cairo.  
Program diskusi yang diadakan di Surau Wisma Seri Melaka ini berkisar tentang kitab yang bertajuk مقومات الرجل العقيدة على طريق الدعوة. Kitab tersebut memperincikan berkaitan sifat individu Muslim yang perlu ada dalam diri setiap pemuda seperti yang digariskan oleh Imam as-Syahid Hassan Al-Banna.

 Program berakhir pada jam 8.30 malam diikuti penyampaian cenderahati oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM), Ustaz Khairul Fadhli bin Hussin kepada penceramah  Ustaz Mohd Shafiq bin Sahimi.