Tuesday 5 August 2014

HARAPAN RAMADAN, INSPIRASI KEHIDUPAN

Kaherah, 5 Ogos 2014 - Bersempena bulan Ramadan yang mulia, komuniti Ihya’ Tarbawi Ramadan
(IHTIRAM ‘14) Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah melaksanakan beberapa program sepanjang bulan yang mulia ini. IHTIRAM ‘14 telah bermula pada 29 Jun 2014 bersamaan 1 Ramadan 1435 Hijriah dan berakhir pada 27 Ramadan bersamaan 25 Julai 2014. Pembukaan IHTIRAM ‘14 telah dirasmikan oleh Ustaz Muhd Faishal bin Razlan selaku Badan Pengurus angkat PMRAM cawangan Melaka pada 28 Jun 2014. Segala program yang telah  dirancang bertujuan untuk memastikan anak-anak Melaka menghayati Ramadan al-Mubarak dengan penuh penghayatan di samping memanfaatkan peluang di dalam bulan yang mulia ini dengan beribadah yang bukan sahaja mampu menghidupkan jasmani yang lemah bahkan mampu menghidupkan hati yang tandus.

Komuniti IHTIRAM ‘14 telah menyusun pelbagai aktiviti mengikut aktiviti harian, mingguan dan separa mega. Solat tarawih dan tadarus al-Quran merupakan aktiviti harian yang telah dilaksanakan sepanjang Ramadan. Di samping itu, kelas pengajian kitab Bidayatul Hidayah dan Safinatun Najah telah dijalankan secara mingguan bagi mengisi kekosongan waktu sepanjang Ramadan.

IHTIRAM ‘14 telah mewujudkan satu kelainan pada tahun ini dengan mengadakan program Ihtifal Ilmiah khusus buat anak-anak Melaka. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pertandingan hafazan Hadis 40, tilawah al-Quran, debat, dan kuiz. Objektif utama Ihtifal Ilmiah ini adalah untuk mencungkil bakat anak-anak Melaka di samping menajamkan kemahiran yang sudah tersedia ada.

Di samping itu, IHTIRAM ‘14 juga telah melaksanakan hari memperingati Badar al-Kubra, ceramah isu semasa, Sambutan Nuzul al-Quran dan Majlis Katam al-Quran. Bagi mengeratkan ukhuwah anak- anak Melaka, pihak IHTIRAM ‘14 telah mengambil inisiatif dengan melaksanakn iftar dan sahur Jam’ie. Kursus menbuat kuih turut dilaksanakan khas bagi akhawat hasil kerjasama HEWI BKKIMM selain kelas pengajian Fiqh Wanita. Di peringkat ikhwah pula telah diadakan pertandingan Pro Evolution Soccer (PES) hasil kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (UKKS) BKKIMM.

IHTIRAM ‘14 melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutup yang telah dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Razin selaku Ketua Unit Dakwah BKKIMM sesi 2013/2014 pada 25 Julai 2014. IHTIRAM ‘14 mengaharapkan semoga aktiviti yang dijalankan mampu menjadi bekal bagi melahirkan pelapis kepimpinan yang bertaqwa hasil tarbiah Ramadan. Semoga aktiviti yang dijalankan dapat dilaksanakan dan diteruskan bagi memastikan aktiviti yang dijalankan tidaklah tertumpu di dalam bulan Ramadan bahkan bulan-bulan yang lain. 

Taqabbalallahu minna wa minkum. Kullu ‘am wa antum bikhair.

"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
"MELESTARI KESATUAN MERENTASI PERJUANGAN"
"BKKIMM PILIHAN KAMI"

No comments:

Post a Comment