Thursday 6 February 2014

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1435H







Pada bulan Rabi'ul Awal 1435 yang lepas, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dibawah anjuran Unit Dakwah (UD) telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul dengan menganjurkan pelbagai program secara berperingkat.
Tujuan sambutan ini diadakan tidak lain dan tidak bukan hanya semata-mata untuk menambahkan kecintaan terhadap junjungan besar nabi Muhammad S.A.W dan menghayati sirah baginda bagi dikalangan ahli dan Ajkt BKKIMM. Program pertama yang diadakan ialah pada 17 Januari 2014 bersamaan 16 Rabi'ul Awal 1435.
Majlis bermula dengan Solat Maghrib berjemaah dan seterusnya bacaan ke atas Nabi Muhammad SAW dan bacaan Qasidah dikalangan ahli dan Ajkt. Majlis diteruskan dengan tazkirah yang disampai oleh naqib-naqib usrah bagi sesi 2013/2014. Antara pengisian yang disampaikan ialah mengenai biodata nabi S.A.W, Sirah perjuangan Rasullullah dan hukum menyambut Maulidur Rasul di sisi ulama.Selepas itu,majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh BP Ustaz Ahmad bin Jaafar Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video yang disediakan pihak Unit Dakwah BKKIMM. 
Majlis diakhiri dengan Solat Isya' berjemaah dan seterusnya jamuan bubur lambuk yang telah disediakan oleh Unit Dakwah BKKIMM. Program seterusnya yang diadakan ialah program secara berskala setiap hari iaitu bacaan Sirah Nabawi dan Qasidah selepas Solat Fardu Maghrib.
 Pada setiap hari Khamis dan Sabtu pula, program Bait Berselawat dan tazkirah Ketua Rumah diadakan. Semua ahli Wisma Melaka akan berqasidah di tingkat yg ditentukan oleh pihak UD dan selepas itu Ketua Rumah bagi setiap tingkatan akan menyampaikan tazkirah ringkas.Program Sambutan Maulidur Rasul ini telah melabuhkan tirainya pada 1 Februari 2014 yg lepas.
 Semoga sambutan Maulidur Rasul ini dapat menambahkan lagi kasih dan cinta ahli BKKIMM terhadap junjungan nabi Muhammad S.A.W serta menghayati sirah perjuangan Rasullullah. Tidak dilupakan juga, ucapan ribuan terima-kasih kepada ahli BKKIMM yang banyak membantu menjayakan majlis ini dari sudut tenaga mahupun kewangan. Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan.

Wednesday 5 February 2014

AJKT & HEWI KEKAL BKKIMM SESI 2013/2014



Sehubungan dengan itu, AJKT & HEWI kekal tidak layak dicalonkan.

"BERSIH DAN AMANAH"

Saturday 1 February 2014

Takwim Perjalanan Suruhanjaya Pilihanraya BKKIMM 2013 (SPR )


Takwim Perjalanan Suruhanjaya Pilihanraya BKKIMM 2013:-

- 4 Februari 2014: Taklimat dan Pengumuman SPR
- 6 & 8 Februari 2014: Pembukaan Borang Pencalonan
- 9 Februari 2014: Tempoh Bantahan
-11 Februari 2014: Malam Pengenalan Calon
-16 Februari 2014: Hari Pembuangan Undi

"BERSIH DAN AMANAH"