UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Saturday, 3 January 2015

SALAM IMTIHAN DARIPADA BKKIMM


الحمدلله رب العالمين والصلوة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، 

أما بعد. قال رسول الله صلى عليه السلام : ...من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له طريقا إلى الجنة...

Menuntut ilmu merupakan satu tanggungjawab yang besar bagi setiap individu muslim sehingga Rasulullah SAW  menjanjikan dalam hadis baginda kemudahan menuju ke syurga bagi mereka yang bergelar penuntut ilmu. Menjadi satu kewajipan bagi seseorang pelajar untuk diuji dengan peperiksaan bagi mengetahui tahap kefahamannya dalam memahami setiap subjek yang dipelajari di kuliah.

Fatrah peperiksaan semakin hampir bagi semua penuntut ilmu di perlembahan Nil sama ada pelajar Pengajian Islam mahupun Sains Kesihatan. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk mengoptimumkan segala usaha bagi memastikan kecemerlangan terus menjadi milik kita. Setiap program yang disusun di peringkat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mahupun Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) seperti kelas tutorial, senat fakulti, motivasi kecemerlangan dan study group mestilah disertai dengan penuh ketekunan dan kesungguhan.

Di samping itu, sebagai seorang mahasiswa, kita mestilah bijak membahagikan masa yang ada dengan sebaiknya agar semua tanggungjawab yang digalas  dapat dilaksanakan tanpa culas di samping menumpukan perhatian dalam mengejar kecemerlangan akademik. Ikatan ukhuwah antara ahli BKKIMM haruslah terus dijaga dalam memastikan kejayaan yang dimilki adalah kejayaan bersama dan bukanlah milik individu semata-mata. Sikap toleransi, saling membantu dan hormat-menghormati sewajarnya menjadi budaya dan amalan dalam kalangan anak-anak Melaka.

Selain menjaga hubungan dengan manusia hubungan dengan Allah SWT perlu dititikberatkan melalui amalan-amalan fardhi seperti qiammulail, puasa dan bersedekah. Hubungan dengan Allah merupakan aspek yang penting dalam memastikan kejayaan yang diperoleh mempunyai keberkatan di dunia dan di akhirat.
Akhir sekali, kami ahli jawatakansuasa tertinggi BKKIMM mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan buat semua anak-anak Melaka yang berada di bumi Mesir. Semoga segala usaha yang dilakukan akan membuahkan satu natijah yang baik dan cemerlang.

سيروا على بركت الله

"MEMARTABAT KEILMUAN MERIBAT KESATUAN"
"BKKIMM TETAP DI HATI"
"BERAMAL BERILMU"

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.