Wednesday 25 February 2015

Wonderful Of Malacca Hometown 2015 (WOAH '15)

25 Februari 2015 : Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah berjaya mengadakan program Hari Keluarga yang telah diberi nama Wonderful Of Malacca Hometown 2015 (WOAH '15). Seramai hampir 130 peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi menyertai program ini yang telah dijalankan selama 3 hari. Dengan bertemakan “ We Stay Together”, program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama anak-anak Melaka yang berada di perlembahan nil baik pelajar pengajian Islam mahupun pelajar sains perubatan.

Tuesday 17 February 2015

Majlis Penyerahan Sumbangan BKKIMM Kali Ke-2

Kaherah, 18 Februari 2015: Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) di bawah kelolaan Unit Kebajikan telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Kali Ke-2 pada 11 Februari 2015 kepada mahasiswa/wi Melaka Mesir sesi lepas yang tidak mendapat mana-mana tajaan atau pinjaman.

Seramai 29 mahasiswa/wi yang menerima sumbangan tersebut. Mereka terdiri daripada 19 mahasiswa dan 10 mahasiswi dari pengajian Islam dan sains perubatan yang telah menerima sumbangan. Majlis tersebut telah diceriakan lagi dengan kehadiran ahli-ahli BKKIMM yang lain dan bertempat di surau Rumah Melaka Sementara (RMS).

Wednesday 11 February 2015

SUMBANGAN KEPADA PASANGAN KELUARGA PENUNTUT MELAKA DI MESIR

Kaherah, 11 Februari 2015 (Rabu) -  Unit Bait Muslim(UBM) Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengadakan Majlis sumbangan kepada pasangan keluarga penuntut Melaka di Mesir. Tujuan diadakan sumbangan ini adalah untuk merapatkan lagi ikatan di antara pasangan keluarga anak-anak Melaka  yang berada di Mesir dan saling bertanya khabar sesama pasangan di bawah UBM Melaka yang dikelolai oleh Saudara Khairul Fadhli bin Husin selaku Ketua UBM BKKIMM .

Tuesday 10 February 2015

Ambang WOAH '15 : Jaulah Ke Iskandariah

2 Februari 2015 : Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) di bawah komuniti Wonderful Of Malacca Hometown (WOAH '15) telah mengadakan jaulah ke Iskandariah. Jaulah ini diadakan pada 1 dan 2 februari 2015. Ia merupakan Ambang WOAH 15 bagi program hari keluarga yang akan diadakan pada 18,19 dan 21 februari 2015 akan datang. Seramai 100 orang mahasiswa dan mahasiswi menyertai  jaulah ini. Semua peserta bertolak dari kaherah pada jam 8.30 pagi dan sampai di iskandariah sekitar jam 1 petang.

Sunday 8 February 2015

PERMOHONAN DERMASISWA TABUNG AMANAH PENDIDIKAN ANAK NEGERI MELAKA DIBUKA

Makluman kepada seluruh mahasiswa/wi Melaka, pihak Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) telah membuka permohonan Dermasiswa Kerajaan Negeri Melaka. Dermasiswa ini bertujuan membantu mahasiswa Mesir yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (Mesir)  yang diperakui oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Bagi mahasiswa/wi Melaka yang ingin memohon, sila rujuk Ketua/Timbalan Unit Kebajikan BKKIMM atau Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka untuk mendapatkan borang permohonan.

Sehubungan itu, pihak TAPEM telah menggariskan beberapa syarat  permohonan dermasiswa ini :

Wednesday 4 February 2015

SANAH HELWAH FEBRUARI 2015

MENGERATKAN JALINAN HUBUNGAN DI ANTARA BKKIMM DAN KERAJAAN NEGERI

4 Februari 2015 : Pada 26 Januari yang lepas, telah diadakan perjumpaan antara wakil pelajar Muhammad Hatin Bin Mohd Yusof selaku Bendahari Agung merangkap Ketua Unit Kebajikan, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2014/2015 bersama Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Encik Mohd Yusof Bin Abu Bakar.

Tujuan perjumpaan tersebut diadakan adalah untuk menyerahkan laporan program dan aktiviti sepanjang awal kenaikan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2014/2015 sehingga bermulanya peperiksaan fasa pertama. Penyerahan tersebut adalah untuk memaklumkan kepada wakil kerajaan negeri selaku salah satu penaung anak-anak atau mahasiswa/wi Melaka yang berada di Mesir di bawah persatuan BKKIMM.