Wednesday 22 July 2015

GAMIT'15 - KEMERIAHAN AIDILFITRI TETAP DIRAI


Keherah, 20 Julai 2015 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir tidak ketinggalan meraikan kehangatan sambutan bulan Syawal  dengan menganjurkan satu program hari raya yang dinamakan Gurindam Hati Di Aidilfitri (GAMIT ’15) pada tarikh 19 Julai 2015 bertempat di Rumah Melaka Sementara, Hayyu Sabie’, Kaherah. Program Sambutan Hari Raya pada kali ini bertemakan Walau Jauh Di Oversea, Namun Ukhwah Tetap Di Hati dan telah mendapat sambutan yang baik samada di kalangan ahli mahupun tetamu luar yang hadir.

Tujuan program ini diadakan untuk merapatkan lagi ukhuwah yang telah terjalin antara ahli BKKIMM dan juga memberi ruang untuk berkenalan kepada ahi BKKIMM yang masih belum mengenali antara satu sama lain. Selain itu, tujuannya juga adalah untuk mengubat rasa rindu ahli terhadap kampung halaman dan keluarga serta mengingatkan ahli bahawa seluruh mahasiswa/wi Melaka yang berada di Mesir  ibarat keluarga sendiri.

Tuesday 21 July 2015

TARBIAH RAMADAN MEMBINA JATI DIRI GRADUAN BERTAQWA

KAHERAH, 21 Julai 2015 – Bersempena meraikan bulan Ramadan yang
mulia, Komuniti Ihya’ Tarbawi Ramadan (IHTIRAM’ 15) di bawah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang bulan ini. IHTIRAM’ 15 yang telah bermula pada 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadan 1436 Hijriah telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Haziq Bin Zainal Abidin selaku Penasihat BKKIMM’14/15 dalam Majlis Pembukaan IHTIRAM’15 dan selamat melabuhkan tirai pada  14 Julai 2015 bersamaan 27 Ramadan 1436 Hijrah. Objektif IHTIRAM’15 kali ini adalah untuk mengajak seluruh anak-anak Melaka menghayati Ramadan serta berlumba-lumba mengerjakan ibadah di samping mengeratkan ukhwah sesama  ahli dalam melahirkan graduan yang bertaqwa seiring dengan tema “Universiti Ramadan Melahirkan Generasi Badar"

Monday 20 July 2015

GENIUS ’15 PLATFORM ASAS MEMBENTUK GENERASI BERTHAQAFAH


GENIUS ’15 PLATFORM ASAS MEMBENTUK GENERASI BERTHAQAFAH





MELAKA – 18 Julai 2015 bersamaan 2 Syawal 1436H. Pada 14 Julai yang lalu, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah menganjurkan program GENIUS ’15 yang telah berlangsung pada bulan Ramadan yang lalu. Program tersebut yang bertemakan 'Membimbing Generasi Berthaqafah Menjana Kesatuan Ummah'  diadakan adalah khusus bagi pelajar yang akan melanjutkan pengajian di Mesir. Antara objektif yang ingin dicapai adalah memberikan pendedahan kepada peserta mengenai gambaran awal kehidupan di Mesir dan mengeratkan silaturrahim antara para peserta dan mahasiswa/wi Mesir serta membantu pelajar dalam memudahkan segala urusan mereka. 

Wednesday 15 July 2015

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR


KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR

14 JULAI 2015

ISU DAKWAAN BERLAKU PENIPUAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH

Mesyuarat Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) pada hari ini yang dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad ‘Asri Bin Mohd Salim Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2014/2015 telah mengambil beberapa pertimbangan dalam isu berkenaan dengan dakwaan berlaku penipuan bayaran asrama di Kaherah yang telah tersebar berikutan kenyataan media Kedutaan Besar Malaysia Ke Kaherah dan Palestin bertarikh pada 13 Julai 2015 dan telah mencapai kesepakatan seperti berikut :

Friday 10 July 2015

EME DAN BKKIMM : MEMPERERAT HUBUNGAN BERSAMA

KAHERAH, 6 Julai 2015 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) terus mengorak langkah dengan mengadakan kunjung hormat ke pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) di Mohandeseen yang diketuai oleh Saudara Ahmad Rabbani bin Ismail selaku Yang Di-Pertua BKKIMM'14/15. Perjumpaan khusus bersama Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Radhi bin Hj. Ibrahim ini bertujuan merealisasikan seruan dalam Ucaptama YDP melalui item ke-5 iaitu Menjalinkan Hubungan Luar dan Antarabangsa.

Monday 6 July 2015

JALINAN KERJASAMA TERUS DIPERTINGKAT

KAHERAH, 1 Julai 2015 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir 2014/2015 (BKKIMM'14/15) meneruskan lagi jalinan kerjasama bersama Encik Muhd Anwar bin Idris, Pegawai Atase Pendidikan Melaka Mesir selepas tamat musim peperiksaan bagi Pengajian Islam dengan mengadakan pertemuan yang merupakan kesinambungan daripada perjumpaan bersama beliau bertarikh 30 April 2015.