Wednesday 27 April 2016

IKIM '16 PLATFORM PERBINCANGAN DUA HALA DAN PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN



KAHERAH, 19 April 2016 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2015/2016 telah mengadakan program muhasabah separuh penggal yang diberi nama "Ijtima’ Kabir & Imtihan Motivation 2016" (IKIM '16) yang bertempat di Rumah Melaka Sementara (RMS) Hayyu Sabie’. Program ini saban tahun telah diadakan setiap kali selepas separuh sesi kenaikan pimpinan bertujuan untuk membentangkan laporan perjalanan BKKIMM kepada semua ahli. Antara kelainan program pada kali ini, para hadirin dibentangkan slot motivasi sebagai persediaan sempena menghadapi peperiksaan fasa kedua bagi mahasiswa/wi Pengajian Islam mahupun Sains Kesihatan.

Monday 25 April 2016

LAPORAN AKADEMI DA’IE QIADATUL UMMAH 2016 (ADQ ’16) SIRI 1


    Alhamdulillah, segala puji-pujian ke atas Tuhan Semesta Alam serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, tidak dilupakan juga kepada keluarga baginda ,para sahabat dan golongan-golongan yang mengikuti jejak perjuangan Rasulullah SAW. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ALLAH SWT sekali lagi, kerana dengan izin dan pertolonganNya,program ADQ ’16 siri pertama kali ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Friday 15 April 2016

TARIKH FAMILY BREAK AMALI BKKIMM SESI 2015/2016

   

Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir BKKIMM membawa salah satu usul pada tahun ini iaitu berusaha menjadi ahli yang berkarisma dengan menolak anasir perpecahan. Justeru itu, BKKIMM amat memandang tinggi sistem pengislahan diri menerusi jalan pentarbiahan dan menerapkan dalam setiap diri ahli berkenaan dengan thaqafah dan ilmiah.

Saturday 9 April 2016

PENANGGUHAN PROGRAM DI PERINGKAT BKKIMM


Persediaan menghadapi peperiksaan fasa kedua bagi sesi 2015/2016 semakin dirasai. Semua mahasiswa/wi bertungkus lumus bagi memastikan memperolehi kecemerlangan dalam peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

JOURNEY IS THE PART OF SUNNAH

Isnin 21 Mac 2016 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2015/2016 di bawah pengurusan Unit Perhubungan, Sambutan dan Rehlah (UPSR) telah menganjurkan jaulah khas untuk mahasiswi Melaka Mesir yang dinamakan Sinai Extreme Dahab. Discover 2016 (SEED'16) yang bertemakan Journey is The Part Of Sunnah. Jaulah ini disertai seramai 33 orang mahasiswi,10 orang mahasiswa sebagai pemantau keselamatan (musyrif)  dan sepasang suami isteri (mutazawwijin) yang berlangsung selama 3 hari 2 malam. Objektif jaulah ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhuwah, menggalakkan ahli mempraktikkan sunnah mengembara dan menambah thaqafah untuk menghayati sejarah islam.