Friday 20 May 2016

BKKIMM MEMBAWA SUARA DAN HARAPAN ANAK MELAKA KEPADA PIHAK BERWAJIB



KAHERAH, 16 MEI 2016 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengadakan pertemuan bersama Pegawai Atase Pendidikan Melaka, Encik Haji Muhd Anwar bin Idris di Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka demi meneruskan agenda kebajikan anak-anak Melaka. Pertemuan pada kali ini telah diketuai oleh saudara Ahmad Razin bin Mohd Fauzi selaku Yang Dipertua BKKIMM 15/16.

Wednesday 11 May 2016

KENYATAAN BERSAMA WAKIL SETIAP BATCH ANAK-ANAK MELAKA DI MESIR



Perjumpaan wakil setiap Batch anak-anak Melaka di Mesir pada hari Isnin bertarikh 09 Mei 2016 di Sutuh Rumah Melaka Sementara, Kaherah adalah bertujuan membincangkan permasalahan yang dihadapi anak-anak Melaka di Mesir dan mencari solusi terbaik bagi memastikan kebajikan anak Melaka di sini terus terjaga.

Perjumpaan telah mencapai kata sepakat seperti yang berikut :

1- Merujuk kepada ucapan Ustaz Muhammad Anwar bin Idris, Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka semasa pertemuan dengan anak Melaka pada 6 Mei 2016 berkaitan kedatangan Delegasi Ketua Menteri Melaka ke Mesir bagi merasmikan bangunan Wisma Seri Melaka yang telah siap dibaikpulih semasa tempoh peperiksaan fasa dua Mahasiswa/wi pengajian Islam dan sains kesihatan.

Saturday 7 May 2016

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA DELEGASI KERAJAAN NEGERI MELAKA


Kaherah, 17 April 2016 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah menerima kedatangan kunjungan Delegasi Negeri Melaka pada 14 April di teratak Rumah Melaka Sementara, Hayyu Sabi'. Kesemua Delegasi Kerajaan Negeri Melaka yang hadir ke bumi anbiya' ini terdiri daripada Encik Muhammad Ikram bin Ibrahim, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) , Encik Mustafa bin Musa, Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Melaka , Encik Samian bin Johari, Ketua Penolong Pengarah Ukur Bahan Melaka Tengah, Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka, Encik Mohd Rizalman bin Syed, PSU Bahagian Pentadbiran MAIM, dan Encik Shuhaimi bin Dolah, Pembantu Tadbir Kanan MAIM.