Sunday 27 December 2009

Pertandingan Rumah Bersih dan Indah di Wisma Melaka

oleh: Nurul Hidayah binti Mohd Anas

KAHERAH
, 27 Disember – Pemarkahan bagi Pertandingan Rumah Bersih dan Indah anjuran Pegawai Melaka dengan kerjasama Unit Perumahan telah pun bermula di Wisma Melaka, kelmarin (Jumaat) jam tiga petang. Pengadil pertandingan ini terdiri daripada pengurus pelajar, Pn. Norlijah dan dua orang penghuni Wisma Melaka sendiri iaitu Ust. Harman bin Hassan dan Ustz. Nurul Hayat binti Abd. Hadi. Menurut penganjur, proses pengadilan dan peninjauan setiap rumah di Wisma Melaka bermula pada hari Jumaat (kelmarin) dan akan berterusan sehingga bulan Februari 2010. Turut mengiringi pengadil-pengadil semasa sesi pemeriksaan dan pemarkahan kelmarin adalah En. Roslan dan Ustz. Rohayu selaku Timbalan Unit Perumahan BKKIMM. Pelbagai komen dan pujian telah diberikan kepada penghuni Wisma Melaka terhadap usaha dan respon mereka terhadap pertandingan tersebut yang bermula penghujung November lalu. Para pengadil dan penganjur berharap agar keadaan yang sedia ada ketika pemeriksaan dijalankan dapat dikekalkan dan ditambah baik pada masa hadapan. Tahniah diucapkan kepada rumah yang mampu membuatkan para pengadil tersenyum puas hati dan selamat berusaha kepada rumah yang kurang memuaskan. Harapan agar seluruh penghuni Wisma Melaka khususnya, dan seluruh mahasiswa Melaka yang lain amnya, dapat sama-sama menjaga Wisma Melaka.

No comments:

Post a Comment