Saturday, 25 February 2012

Jaulah Ikhwah ke Al-Ahram (Jaulah Kaherah)


Pada 11 feb. 2012 Unit Perhubungan Sambutan dan Rehlah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir  telah mengadakan satu jaulah kaherah iaitu  Giza Al-Ahram.Program ini disertai seramai 15 orang anak-anak Melaka yang diketuai Ustaz  Aidil bin Md Hassim,turut sama Yang Dipertua BKKIMM Dr.Amir Al-Amin bin Mustaff dan timb.Yang  Dipertu Ustaz Khairul Fadli Bin Husin.




Program ini bertujuan bagi merehatkan minda mahasiswa selepas selesai menghadapi peperiksaan penggal pertama serta memupuk semangat ukhwah antara  pelajar-pelajar markas Al-Azhar dan pelajar Al-Azhar selepas masing-masing  sibuk dengan jadual belajar  yang padat .Maka dikesempatan cuti ini dapatlah mereka  meluangkan masa bersama-sama  untuk beriadah.



Antara aktiviti yang dijalankan ialah bersiar-siar disekitar pyramid dan Sphinx,bergambar di panorama pyramid  serta menunggang kuda dan unta di sekitar tersebut.


Program ini berakhir selepas waktu Zohor dan makan tengahari.Pihak UPSR Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir mengharapkan peserta terhibur dengan jaulah tersebut disamping memupuk semangat yang dibawa oleh gagasan  BKKIMM yang kedua iaitu ‘Ukhwah dan Wahdah’.

Disediakan oleh:-
Unit Perhubungan, Sambutan dan Rehlah 2011/2012.
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir..

BKKIMM terus bergerak,
BKKIMM milik semua..




LAPORAN FUTSAL (KFWC)



Pada 11 dan 12 Febuari 2012,Unit Kebudayaan,Kesenian dan Sukan ( UKKS ) telah menghantar satu pasukan futsal selaku wakil BKKIMM  ke Damanhur untuk menyertai Pertandingan Futsal Piala Summer Cup yang dianjurkan oleh Dewan Perwakilan Mahasiswa  DPM ) cawangan DAMANHUR.



BKKIMM amat berbangga sekali apabila seorang pemain iaitu Mohd Farid Bin Mohd Zaid ditabalkan sebagai pemain terbaik pertandingan .Justeru itu,ini membuktikan bahawa BKKIMM terus akan maju dan 
mara kehadapan melalui kesatuan yang telah terbina di antara BKKIMM dan DPM.





Disediakan oleh:-
Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan 2011/2012.
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir..

BKKIMM terus bergerak,
BKKIMM milik semua..


LAPORAN PERTANDINGAN PING PONG



Pada 13 dan 15 Februari  2012,Unit Kebudayaan,Kesenian dan Sukan (UKKS) telah menganjurkan satu program pertandingan ping pong peringkat BKKIMM.Seramai 13 peserta telah menyertai dalam acara ping pong kategori perseorangan dan sebanyak 8 kumpulan dalam acara ping pong bagi kategori beregu.



Program ini bertemakan ' BERIADAH SAMBIL BERIBADAH '.Objektifnya berlandaskan kepada salah satu gagasan BKKIMM iaitu ukhuwah dan wahdah dikalangan mahasiswa Melaka, seterusnya  memastikan BKKIMM terus bergerak dan BKKIMM milik semua.



Kategori perseorangan telah dijuarai oleh saudara Ahmad Muhsin Bin Abd Hamid, manakala kategori beregu telah dimenangi oleh kumpulan The Reds yang diwakili oleh saudara Zulhilmi Bin Suboh dan saudara Muhammad Syazwan Bin Johal.



Majlis penutup dijayakan dengan ucapan daripada Ketua UKKS, saudara Mohd Aidil Bin Md Hassim. Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh YDP BKKIMM 2011/2012 ,Saudara Amir Al-Amin Bin Mustaff.Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

Disediakan oleh:- 
Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan 2011/2012.
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir..

BKKIMM terus bergerak,
BKKIMM milik semua.. 


Thursday, 23 February 2012

Misi Ukhuwah dan Wahdah : Jaulah AJKT ke Iskandariah dan Mansourah

18 & 19 Februari  : Misi Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir dalam menyalurkan kebajikan kepada anak-anak Melaka  diteruskan lagi apabila barisan kepimpinan BKKIMM sesi 2011/2012 mengadakan jaulah ke muhafazah untuk bertemu dengan anak-anak Melaka khususnya ahli BKKIMM.

Program ini antara tujuannya adalah untuk mengeratkan dan memperkukuhkan hubungan silaturrahim di antara AJKT dan ahli-ahli BKKIMM sejajar dengan gagasan yang dibawa oleh BKKIMM iaitu ukhuwah dan wahdah. Sepertimana hadis nabi S.A.W. yang bermaksud : “Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai  dirinya sendiri”, ulas Yang Di Pertua dalam ucapannya.

Jaulah ini juga lebih memfokuskan kepada perbincangan daripada hati ke hati mengenai segala permasalahan, cadangan dan juga muhasabah berkenaan kebajikan, pendidikan serta sebarang isu-isu semasa setelah genap setahun BKKIMM melalui pelbagai dugaan  dan tribulasi.

Destinasi pertama jaulah bermula di Iskandariah, bertempat di Dewan Zajlatul ‘Abidah pada jam 9.30 pagi. Majlis tamat sekitar jam 12.00 tengah hari.


Jaulah diteruskan lagi ke Mansoura, bertempat di dewan rasmi Perubatan Cawangan Mansoura, Darul Rahmah. Majlis bermula sekitar 8.30 malam, agak lewat dari yang dirancang atas beberapa masalah teknikal, namun ianya tidak mematahkan semangat anak Melaka di Mansoura untuk hadir ke majlis tersebut.


Di antara pengisian yang diadakan sepanjang jaulah ialah ucapan dari mandub atau mandubah, wakil DPM, serta ucapan Yang Dipertua BKKIMM seterusnya memimpin sesi ramah mesra bersama ahli.

Pelbagai persoalan dan cadangan telah dibangkitkan antaranya ialah berkenaan isu pinjaman TAPEM, serta beberapa perkara berkaitan kebajikan. Antara permasalahan yang timbul bagi pelajar-pelajar perubatan terutamanya, mereka tidak dapat menyertai program-program yang dianjurkan BKKIMM kerana kekangan masa dan bertembung dengan hari kuliah.


“Cadangan saya agar pihak pimpinan mengadakan satu program di muhafazah untuk meraikan ahli di sini”,cadangan daripada salah seorang ahli BKKIMM.

Sebarang muhasabah dan cadangan telah diterima oleh pimpinan sebaiknya. Semua persoalan dapat dijawab dengan baik oleh AJKT.

Majlis di akhiri dengan tayangan slideshow oleh unit Penerangan dan Penerbitan BKKIMM serta penyampaian cenderhati BKKIMM kepada DPM yang terlibat.

Barisan kepimpinan BKKIMM mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala komitmen, cadangan dan muhasabah yang telah diberikan oleh ahli yang hadir. Ini menunjukkan bahawa sokongan ahli  tidak pernah pudar kepada BKKIMM dalam misi untuk memastikan agar survival dan agenda kebajikan dapat diteruskan.

Bagi mana-mana ahli yang tidak dapat menyertai  kunjungan AJKT ke muhafazah masing-masing, pihak kepimpinan sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda ke majlis ramah mesra bersama ahli yang akan diadakan di kaherah nanti, Insyaallah.



Laporan Oleh,
Jabatan Setiausaha Agung BKKIMM
Sesi 2011/2012
                

Gotong Royong Perdana sempena Kempen 'Jom Benci Sampah'


Kaherah, 10 Februari - Unit Perumahan BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR (BKKIMM) telah mengadakan aktiviti gotong royong perdana  sempena kempen “Jom Benci Sampah”. 

Sebelum aktiviti gotong royong bermula Yang Di Pertua BKKIMM saudara Amir Al-Amin Bin Mustaff telah menyampaikan sedikit tazkirah dan ucapan perasmian kempen “Jom Benci Sampah”. Aktiviti tersebut telah berlangsung pada pukul 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 9.30 pagi.


Hal ini, merupakan takwim tahunan  bagi BKKIMM bagi setiap sesi kenaikan AJKT. Aktiviti gotong royong perdana ini telah disertai oleh anak-anak Melaka di Wisma Seri Melaka dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.

Kerjasama  gotong-royong antara ikhwah
“Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk  menyedarkan mahasiswa dan mahasiswi betapa pentingnya kita untuk menjaga kebersihan kerana kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman dan mendidik diri dan jiwa supaya lebih mengambil cakna tentang kebersihan”, ujar Yang Di Pertua BKKIMM dalam tazkirahnya.


Seluruh ahli Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program gotong royong perdana ini sekaligus melancarkan kempen ‘Jom Benci Sampah’.


Laporan oleh,
Unit Perumahan BKKIMM 2011/2012