Thursday 29 May 2014

Isu Pengislahan WSM : BKKIMM Bawa Suara Anak Melaka kepada Pihak Pegawai

KAHERAH, 29 Mei 2014 : Ahmad Rabbani Bin Ismail Yang Di-pertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2013/2014 dan 3 orang wakil Ahli Jawatankuaa Tertinggi (AJKT) BKKIMM serta 2 orang wakil penghuni Wisma Seri Melaka (WSM) telah mengadakan perjumpaan bersama Encik Anuar Bin Idris, Pegawai ATASE (Pendidikan) Melaka buat kali kedua bagi membincangkan isu pengislahan rumah Wisma Seri Melaka. Perjumpaan yang berlaku pada 28 Mei 2014 jam 10 pagi ini diadakan untuk menyatakan pendirian di peringkat BKKIMM selaku wakil suara anak Melaka agar mempertimbangkan semula pengislahan WSM di peringkat kerajaan Negeri Melaka. Hal ini kerana beberapa faktor yang menyebabkan pihak BKKIMM selaku wakil anak Melaka di bumi Mesir menyatakan pendirian tersebut.

Hasil daripada perjumpaan yang lalu, Unit Perumahan (UPER) BKKIMM telah mengambil inisiatif untuk membuat culaan pandangan dan pendirian penghuni WSM terutama anak Melaka. Culaan ini dibuat bagi menyatakan persetujuan atau sebaliknya tentang pengislahan WSM. Natijah culaan ini menunjukkan bahawa 80 peratus termasuk mahasiswa/wi samada pengajian Islam mahupun sains kesihatan tidak bersetuju dengan pengislahan rumah ini berdasarkan beberapa faktor.

Pada perjumpaan kali ini, BKKIMM telah memaklumkan kepada pihak pegawai bahawa 80 peratus penghuni Wisma Seri Melaka tidak bersetuju dengan pengislahan rumah yang akan dijalankan disebabkan beberapa faktor yang dinyatakan oleh penghuni WSM seperti aspek keselamatan terkini, kebajikan dan relevensi pengislahan WSM. Selaku wakil suara penghuni WSM dan anak Melaka, pihak BKKIMM memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pegawai agar perkara ini dapat dipertimbangkan. Respon yang diberikan oleh Encik Anuar B Idris, beliau tidak dapat melakukan apa-apa tindakan memandangkan beliau tiada kuasa untuk mengambil sebarang keputusan dan perlu merujuk kepada kerajaan negeri.

Encik Anuar menyatakan bahawa tiada sebarang permasalahan seandainya terdapat pihak yang ingin menyampaikan isu kebajikan dan suara anak Melaka di Mesir ini kepada kerajaan Negeri Melaka dan beliau sekadar menjalankan tugas sebagai pegawai Melaka. 

Beliau berkata bahawa surat pengesahan atau surat hitam putih berkaitan pengislahan WSM ini belum dikeluarkan dan masih menunggu di peringkat kerajaan Negeri Melaka meskipun dikatakan bahawa pengislahan WSM akan bermula Jun 2014 semasa fatrah mahasiswa/wi di perlembahan Nil samada pengajian Islam mahupun sains kesihatan menghadapi peperiksaan. 

Encik Anuar menyatakan bahawa beliau tidak ketahui secara mendalam berkenaan kerosakan yang berlaku di WSM memandangkan beliau bukanlah orang yang mahir dalam bidang infrastruktur terutama bangunan WSM. Kerosakan ini hanya diketahui secara mendalam oleh kontraktor WSM.

Justeru, pihak BKKIMM menyatakan beberapa cadangan kepada beliau selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Anak Melaka di Mesir dan WSM agar pengislahan rumah Melaka ini dilakukan secara berperingkat. Pengislahan secara berperingkat ini pernah berlaku kepada rumah Negeri Sembilan pada sekitar tahun 2008. Kerja-kerja pembaikan dan pengislahan di rumah Negeri Sembilan bermula pada bahagian kiri bangunan atau syaqah (rumah) bahagian kiri kemudian ia diteruskan pada bahagian kanan bangunan. Secara tidak langsung, penghuni tidak perlu keluar daripada bangunan rumah negeri meskipun pengislahan berlangsung. Proses pengislahan seperti ini sekaligus dapat membantu meringankan beban anak negeri tersebut antaranya dari segi kewangan dan keselamatan pelajar.

“Ada perkara yang kita boleh buat rujukan dan ada perkara yang tidak boleh dibuat rujukan. Kita bukan ahlinya untuk menentukan pelan rumah ini.” Respon beliau apabila dilontarkan cadangan tersebut.

Perjumpaan kali ini telah menatijahkan respon yang tidak menyebelahi harapan dan pandangan anak Melaka. Meskipun cadangan dan pandangan yang dilontarkan oleh wakil anak Melaka, namun Encik Anuar b Idris selaku Pegawai ATASE (Pendidikan) Melaka tidak dapat melakukan apa-apa tindakan. 

BKKIMM selaku wadah kesatuan anak Melaka berusaha menyampaikan permasalahan dan harapan anak Melaka kepada pihak yang terbabit agar kebajikan, keselamatan dan kesatuan anak Melaka akan terus dipelihara. BKKIMM berharap kepada anak-anak Melaka khususnya penghuni Wisma Seri Melaka supaya tetap dengan pendirian untuk tidak membuat sebarang tindakan terburu-buru berkenaan pengislahan ini dan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada  imtihan yang sedang ditempuhi. Bersamalah memohon doa kepada Allah SWT agar memberikan jalan keluar dan penyelesaian bagi segala masalah dan urusan.

“MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN”
“MELESTARIKAN KESATUAN MERENTASI PERJUANGAN”

18 comments:

  1. Mantapkan tatabahasa dan kosa kata Bahasa Melayu supaya para pengunjung blog ini lebih faham apa yang cuba disampaikan dan dapat mengelakkan daripada salah faham. Macam mana hendak menjadi mahasiswa yang serba boleh kalau bahasa sendiri tunggang-langgang ? Sekadar teguran. Rujuk balik subjek Bahasa Melayu semasa alam persekolahan dahulu

    ReplyDelete
  2. Bakal Mahasiswa: Nasihat yang berguna disertakan dengan membantunya penuh bermakna..

    ReplyDelete
  3. Kalau komen macam ini, lagi buruk daripada tatabahasa...(tak membina langsung)...kan elok kalau PM kepada YDP BKKIMM sendiri, lebih ikhlas saya rasa...

    ReplyDelete
  4. Owh..komen teguran dikira tk membina la eh ? Tunjukkan ayat mana yg nampak tk membina tu. Kalau tk boleh ditegur, tak perlu rasanya buat posting dalam blog yang sememangnya terdedah dengan pelbagai perkara positif dan negatif.
    Lagi satu,perlukah pengunjung biasa yang tak tahu pun ape itu BKKIMM dan siapa YDP mencari YDP tu utk membuat teguran ? Saya hanya tegur penggunaan bahasa.

    -pengguna tak ikhlas mcm awak

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas teguran saudara/ri td.
    Rasanya bg sesiapa yang mengikuti kronologi isu pengislahan wisma seri melaka ni akan tahu ape too BKKIMM dan siapa YDP kn.
    BKKIMM: BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR. Yang menaungi anak melaka di mesir sejak tahun 1976.
    YDP BKKIMM: AHMAD RABBANI BIN ISMAIL.

    ReplyDelete
  6. pejuang_selatan8030 May 2014 at 22:52

    Aik. Igtkan dah tkde dah BKKIMM ni. Ana dgr dulu BKKIMM tak diiktiraf kan ? Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benarkah perkara itu? Betul rasanya..bahkan anak jati negeri sendiri pun Melaka tidak iktiraf, lihat sahaja apa yang terpampang di media massa kini. Mereka yg sepatutnya tidak mendapat zakat. Kesian bukan.. ( #Bahasa Melayu) (ke perlu dijawab dalam Bahasa Malaysia?)

      Delete
    2. pejuang_selatan8031 May 2014 at 03:54

      Oh. Boleh beritahu tak kenapa BKKIMM tak diiktiraf kerajaan negeri Melaka ? Ana kurang pasti. Huhu.

      Yang berkaitan zakat tu, ana ada baca jugak. Lepas isu tu timbul, MAIM ada keluarkan jawapannya.

      Delete
    3. Entalah enta. Nampak enta semacam lbh arif ceritanya. Ana ini nak dikatakan org melaka pun tak,macam tak layak cerita . Tp duk lah melaka. Rasanya ada saja pengtidak-iktirafan yang berlaku pada anak-melaka. Pelajar-Pelajar baru pun tak di iktiraf untuk tinggal kat wisma. Maim ada keluar 'statement' apa apa tak? Ana ni tak 'follow' sangat kenyataan-kenyataan mereka. Tak tau lah Andai mereka tak perasaan pasal mereka ini. Ke maqam mana?

      Delete
    4. Ter 'maqam' pula. Sebetulnya " ke macam mana?" nanti ada pulak yang kata salah tata bahasa. Kan...huhu

      Delete
    5. Tentang pelajar-pelajar melaka yg duduk di wisma yg diiitifar too memang betul. N alasan yg diberikan oleh pihak berwajib adalah sbb mereka ni dtg dgn agensi yg tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri dalam masa yang sama kerjaan negeri sendiri tidak mnyediakan altenatif atau agensi bg meneruskan kesinambungan penghntaran anak2 melaka ke mesir. Dan pihak yg berwajib pula bg alasan bhwa mereka mengikut arahan kerajaan negeri, sdgkn klu dilihat pd kekosongan penempatan dirumah melaka masih ad kekosongan dan anak2 melaka bukanlah seramai anak2 negeri lain..

      Delete
    6. Tentang pelajar-pelajar melaka yg duduk di wisma yg tidak diiktiraf too mmg btol, tp kytaan too kurang tepat, yg lebih tepat adalah "DINAFIKAN PENGIKTIRAFAN". N alasan yg diberikan oleh pihak berwajib adalah sbb mereka ni dtg dgn agensi yg tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri dalam masa yang sama kerjaan negeri sendiri tidak mnyediakan altenatif atau agensi bg meneruskan kesinambungan penghntaran anak2 melaka ke mesir. Dan pihak yg berwajib pula bg alasan bhwa mereka mengikut arahan kerajaan negeri, sdgkn klu dilihat pd kekosongan penempatan dirumah melaka masih ad kekosongan dan anak2 melaka bukanlah seramai anak2 negeri lain..
      (pembetulan dari post yang atas, takut ad owg tgur lak, hehe)

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. pejuang_selatan8031 May 2014 at 12:00

    Maim ada keluar statement dan jawapan balas penuh pasal laporan dlm akhbar tu. Cubalah cari di laman web MAIM, sy tk igt kt bahagian mana.kenapa pelajar-pelajar baru tk diiktiraf tinggal di wisma ? Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada baiknya enta tanya mereka yang sepatutnya. Mungkin admin boleh terangkan. Ana nie siapa lah sangat. Ke enta sudah tahu?huhu

      Delete
  9. Salam...kepada Pembaca2 yang dihormati sekalian.
    pertamanya syukur kpd Allah Swt Pemberi Petunjuk kpd manusia yg senantiasa membuka hati dan meredhai akan ketetapan nya.

    BKKIMM adalah Persatuan anak-anak melaka yg menaungi seluruh mahasiswa melaka di Perlembahan Nil dan ditubuhkan pd thun 1976

    Tanggal 28/12/2010 BKKIMM telah di tarik pengiktirafan ...
    meskipun ditarik pengiktirafan itu bukanlah satu permasalahan bg anak2 melaka, kerana apa??? sebabnya majoriti suara anak melaka masih memerlukan BKKIMM bertapak di Bumi Mesir nie sebagai sebuah persatuan yang senantiasa memandang pelbagai bentuk kebajikan..

    saya juga hairan kenapa BKKIMM ditarik pengiktirafan??apa salahnya??
    rasanya tidak ada sebab yg kukuh..cuma sangkaan sy xtahu la btul ke x, yg sy tahu ada makhluk yg memberi laporan yg tidak benar..persoalan nya spe mkhluk tu??

    apa yg sy amati dri jauh, wlupun BKKIMM ditarik pengiktirafan tp BKKIMM masih bergerak dan mnjadi suara anak2 melaka...kenapa dikekalkn?? mgkin Allah swt nk mguji mreka yg bnr2 ikhlas dalam melakukan kerja kbajikan.

    Sy dgr ade Persatuan lain di WSM tu??btul ke??mana mereka??
    adekah ade agenda lain disebalik pertubuhan tu??

    apa2 pun sy mndoakan adik2 di mesir supaya stay dgn BKKIMM wlu cmne pun, sbb mreka bnr2 ikhlas, dan sy menyeru pihak yg berwajib akan lebih serius dlm menangani permasalahn pelajar disana..

    kepada para Pembaca boleh doakan mreka dan bantulah mreka apa yg termampu, mge2 dgn usaha yg kcil nie mndpt gnjran di kmudian hari..wsslm.

    ReplyDelete