
Turut serta dalam kunjung hormat tersebut, Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) saudara Ahmad Rabbani bin Ismail yang mewakili suara anak-anak Melaka di Mesir. Beliau telah menyuarakan masalah para pelajar berkaitan isu arahan berpindah keluar daripada Wisma Seri Melaka (WSM) disebabkan proses pengubahsuaian bangunan tersebut.
Beliau menzahirkan kebimbangan terhadap masalah yang bakal dihadapi para penghuni WSM terutamanya daripada sudut kewangan, keselamatan dan pendidikan sekiranya terpaksa keluar daripada bangunan tersebut.
Dato’ Duta turut memberikan pandangan serta perhatian serius terhadap masalah tersebut. Beliau akan memanjangkan masalah ini kepada Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir, Encik Muhd Anwar bin Idris yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap kebajikan para pelajar. Beliau akan mengambil tindakan terhadap isu yang berlaku serta membantu sedaya upaya bagi menangani masalah tersebut.
Pihak BKKIMM merakamkan jutaan terima kasih kepada PMRAM kerana memberikan peluang bagi menyatakan permasalahan yang berlaku kepada peringkat kedutaan. BKKIMM juga mengharapkan seluruh mahasiswa Mesir memberi sokongan padu kepada PMRAM dalam mengetengahkan masalah-masalah yang dihadapi oleh semua pelajar di Mesir.
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
"MELESTARI KESATUAN MERENTASI PERJUANGAN"
"MELESTARI KESATUAN MERENTASI PERJUANGAN"
No comments:
Post a Comment