Wednesday 27 July 2011

BKKIMM Menziarahi Fatin Fasihah




Selasa, 26hb Julai: Meneruskan komitmen mendukung matlamat kebajikan, BKKIMM telah mengambil inisiatif menziarahi keluarga Saudari Fatin Fasihah bte Hanafi yang kini masih koma sejak 11 Julai yang lalu akibat pendarahan dalam otak. 5 orang AJKT BKKIMM, dan seorang AJK Unit Kebajikan BKKIMM telah sama-sama ke Sayyidah Zainab untuk melawat ibu dan ayah saudari Fatin Fasihah.Turut hadir juga HEWI Angkat Melaka,Ustzh Juhaidah Abd Hamid serta bendahari HEWI PMRAM Pusat, Ustzh Nadhirah. En Hanafi b Muhammad dan Puan Zaleha bt Abdul Rahim serta seorang lagi anak mereka telah sampai ke Mesir sejak 16hb yang lalu. Difahamkankan, keadaan Saudari Fatin Fasihah masih lagi belum berubah dan tindakan serta rawatan seterusnya masih lagi dinanti.


Dalam kunjungan tersebut, BKKIMM juga menghulurkan hasil kutipan sumbangan berjumlah LE2000.00.
Saudari Fatin Fasihah merupakan mahasiswi tahun 2 Perubatan di Universiti Kaherah tajaan JPA. Beliau menghidapi SLE yang menyebabkan penyakit auto-immune disorder yang mendedahkan beliau kepada jangkitan penyakit. Menurut Pn. Zaleha juga, penyakitnya itu turut menyebabkan jangkitan di jantung beliau.

16hb yang lalu, YDP BKKIMM,Ust Harman b Hassan serta 5 orang lagi AJKT BKKIMM telah menziarahi Saudari Fatin Fasihah di Hospital Qasrul Aini serta memberi sumbangan sebanyak LE200 kepada keluarga beliau.
  
 Kutipan untuk Saudari Fatin Fasihah masih lagi diteruskan dan ahli dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan.


1 comment:

  1. teruskan menjaga kebajikan ahli, jenguk2 slalu mereka nie,kekdg mereka tidak menilai sejauhmana kita mampu mentadbir bkan, tapi mereka lebih melihat sejauhmana pimpinan mengambil berat kebajikan mereka..

    ReplyDelete