KAHERAH, 17 Oktober 2019 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-32 (MAT-32) dan Haflah
Najihin, dengan kerjasama Unit Pendidikan pada sesi kali ini. Program tersebut diketuai oleh Ustaz Muhammad Azery bin Syed Hussin
dan timbalannya, Ustazah Siti Mariam binti Mohamed Ishak bersama barisan pelaksana MAT-32.
Program yang bertemakan
“Muafakat Syura, Pemangkin Kesatuan” ini merupakan satu medium yang terbaik
bagi ahli untuk melontarkan idea-idea yang bernas mahupun muhasabah bagi
mengukuhkan lagi kedudukan serta halatuju BKKIMM pada masa akan datang
disamping menghargai kecemerlangan akademik anak-anak Melaka di Perlembahan Nil ini.
Pada 17 Oktober 2019 telah diadakan perasmian MAT-32 dengan dimulai Talkshow yang bertajuk
“Syura dan Demokrasi dari Perspektif Islam” yang disampaikan oleh ahli-ahli
panel yang pertama iaitu, Ustaz Abdul Wafi bin Abdul Aziz selaku Penasihat
BKKIMM sesi 2018/2019 dan panel kedua Ustazah Nor Farhana binti Abd Aziz selaku
Penasihat BKPPPM sesi 2018/2019. Setelah itu,, pengisian
diteruskan dengan Majlis Perasmian MAT' 32 yang dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah,
Penasihat BKKIMM sesi 2018/2019. Program diteruskan
dengan
Haflah Najihin dan Kempen Pendidikan “Jom Najah Bersama” oleh Unit Pendidikan
BKKIMM sesi 2018/2019. Seramai 16 pelajar cemerlang yang telah menerima
anugerah kecemerlangan dan 5 orang graduan iaitu Ustaz Muhammad Lutfi Hadi bin Abdul Hannan, Ustaz Muhammad Wafiuddin bin Md Razif, Ustazah Wafa Alia binti Mohd Zaid, Ustazah Nurul Atiqah binti Ahmad, dan Ustazah
Nurul Fatin Syazana binti Mohd Fauzi.
Pada 19 Oktober 2019, Mesyuarat Agung
Tahunan diteruskan lagi dengan semakan laporan minit Mesyuarat Agung Tahunan
kali ke 31 yang dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Rohaizad bin Mohd Noh selaku
Setiausaha Agung BKKIMM. Kemudian,
Mesyuarat
diteruskan dengan pembentangan laporan aktiviti tahunan BKKIMM setiap unit dan
laporan kewangan BKKIMM sesi 2018/2019, oleh Ustaz Ahmad Solihin bin Ahmad
Tamrin Zakry sebagai Bendahari Agung. Minit mesyuarat serta
laporan kewangan tersebut telah dicadangsah dan disokong oleh ahli sidang yang hadir
. Seterusnya, mesyuarat diteruskan dengan slot
khas
yang dikendalikan oleh Yang Dipertua BKKIMM, Ustaz
Muhammad Audi bin Ismail bagi
membincangkan isu sekitar yang berlaku dan mencapai resolusi yang disepakati
bersama. Program seterusnya diteruskan dengan ucapan pergulungan dari wakil ahli
sidang mesyuarat dan disambung dengan slot Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) yang dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Mahyuddin bin Zanudin untuk menyampaikan berkenaan beberapa makluman. Akhir
sekali, MAT-32 menutup tirainya dengan penyampaian cenderahati serta tayangan
video sepanjang sesi dan kehadiran ahli BKKIMM adalah seramai 97 orang Ikhwah mahupun Akhawat.
Pihak komiti mengucapkan ribuan terima kasih bagi ahli yang hadir dan
memberikan komitmen yang baik dalam mesyuarat kali ini. Semoga resolusi yang diambil daripada cadangan-cadangan ahli dan
pimpinan dapat diterima dan dibawa secara bersama dengan baik oleh semua ahli
dan pimpinan BKKIMM. Tambahan lagi, semoga ukhuwah Islamiah anak-anak Melaka
yang dibina akan terus kukuh dan erat serta terus cemerlang dalam pelajaran
pada masa akan datang.
Wallahua’lam
“Muafakat Syura,
Pemangkin Kesatuan”
“Memurnikan Fikrah,
Membina Sahsiah”
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
#MemacuHalatujuKesatuan
#BKKIMMKeluargaKita
#BersamaBersatu
Disediakan oleh :
Setiausaha (Promosi dan Publisiti) | MAT-32 | BKKIMM sesi 2018/2019
No comments:
Post a Comment