KAHERAH,
14 September 2019 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah
menjayakan satu program separa mega yang diberi nama Ilmuan Kontemporari Anak
Melaka 2019 (IKON ’19) khusus buat anak-anak Melaka di Perlembahan Nil ini.
Tema yang dibawa oleh komiti program pada kali ini adalah “ Membina Modal Insan
Profesional ” yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Solihin bin Ahmad Tamrin Zakry
selaku pengarah dan timbalan pengarah, Ustazah Nurul Afifa binti Yazid yang
telah berlangsung pada 14 september 2019.
Komiti
IKON ’19 sebulat suara telah menggariskan beberapa objektif untuk program kali
ini iaitu menyediakan persiapan dan persediaan asas kepada mahasiswa Islam
untuk menguasai Ilmu semasa. Di samping itu, pihak komiti program mensasarkan
supaya dapat melahirkan pelapis yang berilmu dan beramal dalam bidang
pengurusan kewangan dan kemahiran selari dengan acuan Islam. Seterusnya antara
objektif lain dapat memperkukuhkan ikatan ukhuwah Islamiah sesama peserta
khususnya dalam kalangan ahli BKKIMM.
Antara
pengisian yang telah disusun oleh komiti IKON ’19 pada kali ini adalah Forum “
Ideologi Barat, Perancangan atau Kebetulan?
” yang dikendalikan oleh Ustaz Nor Hasif bin Norazlan, Ketua Unit Perumahan
BKKIMM sesi 2018/2019, serta panel pertama Ustaz Mohamad Yusran Azim bin Mohd
Berkuri, Koordinator Bendahari MG BKAN dan panel kedua Ustazah Aisyah binti Mhd
Shukeri, Penasihat BKASM sesi 2018/2019. Kemudian, program diteruskan dengan
pengisian yang kedua iaitu Bengkel Fotografi yang telah disampaikan oleh Ustaz
Aiman Syahmi bin Azhari, Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM sesi
2018/2019 dan dibantu oleh beberapa orang mentor. Di sebelah petang pula,
pengisian diteruskan dengan pembentangan kemahiran menggunakan Microsoft Excel yang
dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Ikhram bin Samsudin, Penasihat BKIMM sesi
2018/2019 kemudian disusuli dengan pengisian yang terakhir iaitu Bengkel
Penulisan daripada Ustaz Zulhilmi Aziz bin Abdul Hannan selaku Koordinator Pengetahuan
dan Pendidikan MG BKAN. Program Ilmuan Kontemporari Anak Melaka 2019 (IKON’19)
diakhiri dengan majlis perasmian penutup yang telah disempurnakan oleh Yang
Dipertua BKKIMM sesi 2018/2019, Ustaz Muhammad Audi bin Ismail di Markaz Darul
Hamka, Hayyu Sabi’ dengan kehadiran 60 orang Ikhwah mahupun Akhawat.
Akhir
sekali, selain dapat memperkukuhkan ukhuwah antara anak-anak Melaka, harapan
komiti IKON ‘19 agar semua ahli Melaka sedar akan kepentingan ilmu turathi dan
kontemporari mengikut landasan dan ketetapan yang telah digariskan oleh Islam
itu sendiri. Ini juga bertujuan supaya dapat membentuk kekuatan yang jitu dalam
segala tindakan sekaligus terbinanya Mahasiswa Islam yang produktif dan
berpengetahuan luas dalam segala aspek.
“Membina Modal Insan Profesional”
“Memurnikan Fikrah, Membina Sahsiah”
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
#BKKIMMKeluargaKita
#BersamaBersatu
Disediakan oleh: Setiausaha (Promosi dan Teknikal) |
IKON’19 | BKKIMM sesi 2018/2019
No comments:
Post a Comment