Saturday 30 November 2019

KENYATAAN TAWAQUF PROGRAM DAN PEMAKLUMAN FAMILY BREAK AMALI

   Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan pencipta alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Baginda Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga Baginda, para sahabat serta penyambung risalah Baginda ﷺ. Semoga Allah S.W.T merahmati dan memberi perlindungan kepada seluruh umat Islam di seantero dunia, Amin.

     Pada tempoh ini memperlihatkan seluruh mahasiswa/wi pengajian Islam Universiti Al-Azhar sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan fasa pertama bagi pengkuliahan sesi 2019/2020. Mahasiswa/wi Pengajian Islam Universiti Al-Azhar bertungkus lumus dalam mempersiapkan diri bagi imtihan yang bakal ditempuhi. Majlis Gabungan BKAN (MGB) dan setiap Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) juga tidak terlepas dalam menyusun semaksima mungkin pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan bagi membantu mahasiswa/wi untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. 

     Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) di bawah kelolaan Unit Pendidikan telah merangka beberapa inisiatif kecemerlangan antaranya Subject Booster, Kelas Tutorial, Examination Schedule dan Study Group bagi memastikan ahli BKKIMM dapat bersedia untuk menghadapi imtihan yang bakal menjelma. 

    Sehubungan itu, pemakluman kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Melaka di perlembahan Nil bahawa tanggal 4 Rabi'ul Akhir 1441 Hijrah bersamaan 1 Disember 2019 Masihi adalah tarikh penangguhan sebarang program di peringkat BKKIMM kecuali program-program berbentuk pendidikan. Manakala 9 Rabi'ul Akhir 1441 Hijrah bersamaan 6 Disember 2019 Masihi adalah tarikh bermulanya ‘Family Break Amali’.

     Akhir sekali, pihak BKKIMM amat mengharapkan kepada semua ahli untuk menghadiri dan memberikan komitmen kepada ‘Family Break Amali’ yang dijalankan serta memanfaatkan setiap ruang masa yang berbaki bagi menghadapi imtihan yang bakal menjelma dengan sebaiknya supaya dapat memastikan kecemerlangan yang diimpikan tercapai. Warga BKKIMM mendoakan agar seluruh anak Melaka yang akan menghadapi imtihan diberikan kemudahan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat.

"Memurnikan Fikrah, Membina Sahsiah"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMMKeluargaKita
#BersamaBersatu

Disediakan oleh : 
MUHAMMAD AKRAM BIN MAMAD
Timbalan Yang Dipertua
(Ketua Unit Perancang dan Panitia) BKKIMM sesi 2018/2019

No comments:

Post a Comment