Wednesday 4 February 2015

MENGERATKAN JALINAN HUBUNGAN DI ANTARA BKKIMM DAN KERAJAAN NEGERI

4 Februari 2015 : Pada 26 Januari yang lepas, telah diadakan perjumpaan antara wakil pelajar Muhammad Hatin Bin Mohd Yusof selaku Bendahari Agung merangkap Ketua Unit Kebajikan, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2014/2015 bersama Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Encik Mohd Yusof Bin Abu Bakar.

Tujuan perjumpaan tersebut diadakan adalah untuk menyerahkan laporan program dan aktiviti sepanjang awal kenaikan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2014/2015 sehingga bermulanya peperiksaan fasa pertama. Penyerahan tersebut adalah untuk memaklumkan kepada wakil kerajaan negeri selaku salah satu penaung anak-anak atau mahasiswa/wi Melaka yang berada di Mesir di bawah persatuan BKKIMM. 

Selain itu, ada juga beberapa isu yang telah diperbincang dan dipertanyakan oleh wakil pelajar kepada Setiausaha MAIM secara ringkas mengenai status “Dermasiswa” Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) dan isu kebajikan anak-anak Melaka Mesir. Kerjasama yang baik telah diberikan Encik Mohd Yusof Bin Abu Bakar selaku Setiausaha MAIM kepada wakil kepimpinan BKKIMM. 

Perjumpaan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar di antara wakil persatuan BKKIMM bersama Setiausaha MAIM selaku wakil kerajaan negeri Melaka dan disertai dengan penyerahan Carta Organisasi BKKIMM sesi 2014/2015.

Untuk akhirnya, kami di peringkat Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir berharap hubungan antara wakil Kerajaan Negeri dengan pihak BKKIMM selaku penaung anak-anak Melaka di Mesir terus terjalin dengan baik bagi memastikan kebajikan dan pendidikan anak-anak Melaka Mesir terus terjamin. Mudah-mudahan usaha ini dinilai dan dikira oleh Allah SWT sebagai amal soleh serta diberi ganjaran sewajarnya. Semoga taufik dan inayah-Nya diiringi bersama dalam menggerakkan persatuan ini. 

"BERILMU DAN BERAMAL"
"MEMARTABAT KEILMUAN MERIBAT KESATUAN"
"BKKIMM TETAP DI HATI"

No comments:

Post a Comment