Showing posts with label 2010-2011. Show all posts
Showing posts with label 2010-2011. Show all posts
Saturday, 15 October 2011
Thursday, 13 October 2011
Monday, 10 October 2011
Pembukaan Usul
MAKLUMAN PENTING
PEMBUKAAN USUL
PEMBUKAAN USUL
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir 2010/2011 telah membuka kepada mana-mana ahli untuk mengemukakan sebarang usul mengikut Fasal 21 Ceraian 1 dan 2 Undang-undang Tubuh BKKIMM.
Penutupan usul pada:
Tarikh: 11 Oktober 2011
Masa: 4.00 petang
Usul tersebut mestilah dihantar kepada pemangku Setiausaha Agung beserta dengan nama penuh, tandatangan dan nombor keahlian BKKIMM.
Wednesday, 5 October 2011
Sunday, 2 October 2011
Tuesday, 20 September 2011
Sunday, 18 September 2011
KEBAJIKAN gagasan BKKIMM.
BKKIMM menekankan aspek kebajikan
15/9/2011 - Khamis - Mansurah
Aspek kebajikan merupakan antara penekanan yang amat dititikberatkan oleh Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir, terutamanya dalam memberikan apa jua khidmat berbentuk kebajikan kepada ahli-ahli BKKIMM serta seluruh mahasiswa/wi Islam Melaka yang berada di Mesir.
Baru-baru ini, seorang daripada mahasiswa Islam Melaka yang merupakan ahli BKKIMM iaitu Ustaz Khairul Asraf Bin Hamzah, mahasiswa Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah telah disahkan menghidap penyakit Hepatitis A ( sakit bengkak hati ).
Yang Di-Pertua BKKIMM, Ustaz Harman Hassan beserta Ketua Unit Kebajikan BKKIMM, Dr.Amir Al-Amin telah mengambil inisiatif untuk turun melawat Ustaz Asraf di rumah beliau di kawasan Salam, Mansurah.
Perjalanan ke Mansurah dari Kaherah mengambil masa hampir 3jam dengan menaiki bas.Setibanya di Mansurah, YDP dan Ketua Unit Kebajikan telah
15/9/2011 - Khamis - Mansurah
Aspek kebajikan merupakan antara penekanan yang amat dititikberatkan oleh Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir, terutamanya dalam memberikan apa jua khidmat berbentuk kebajikan kepada ahli-ahli BKKIMM serta seluruh mahasiswa/wi Islam Melaka yang berada di Mesir.
Baru-baru ini, seorang daripada mahasiswa Islam Melaka yang merupakan ahli BKKIMM iaitu Ustaz Khairul Asraf Bin Hamzah, mahasiswa Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah telah disahkan menghidap penyakit Hepatitis A ( sakit bengkak hati ).
Yang Di-Pertua BKKIMM, Ustaz Harman Hassan beserta Ketua Unit Kebajikan BKKIMM, Dr.Amir Al-Amin telah mengambil inisiatif untuk turun melawat Ustaz Asraf di rumah beliau di kawasan Salam, Mansurah.
Perjalanan ke Mansurah dari Kaherah mengambil masa hampir 3jam dengan menaiki bas.Setibanya di Mansurah, YDP dan Ketua Unit Kebajikan telah
Monday, 5 September 2011
“MEMORI DIRASA,MAHABBAH TERBINA,AIDILFITRI BERMAKNA”
“MEMORI DIRASA, MAHABBAH TERBINA, AIDILFITRI BERMAKNA”
| Bergambar seusai solat hari raya |
Wisma Seri Melaka, Kaherah, 31 Ogos 2011:
Walaupun berada jauh diperantauan dari tanah air tercinta Malaysia dan keluarga
tersayang serta suasana sambutan aidilfitri di kampung, tidak sama sekali membuatkan
mahasiswa/wi Islam Melaka di bumi Mesir ini keseorangan ketika menyambut ketibaan
bulan syawal. Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sekali lagi dengan
kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar Melaka Mesir berjaya menganjurkan rumah
terbuka sempena sambutan aidilfitri dan program IHTIFAL KESATUAN, HAFLAH
AIDILFITRI DAN MEMORI 35 TAHUN BKKIMM
( IKTIRAF 35’) pada 31 Ogos 2011 bersamaan 2 Syawal 1432 H.
( IKTIRAF 35’) pada 31 Ogos 2011 bersamaan 2 Syawal 1432 H.
Majlis rumah terbuka aidilfitri yang
bermula seawal pukul 10 pagi telah dihadiri oleh tetamu-tetamu dari Kedutaan
Besar Malaysia di Kaherah termasuk Duta Besar Malaysia ke Kaherah, Datuk
Fakhruddin Bin Abd Mukti beserta Datin, Pegawai-pegawai agensi kerajaan dari Shell, Petronas dan lain-lain serta Pegawai-pegawai dari Education Malaysia Egypt. Turut hadir memeriahkan majlis ialah pimpinan Badan Pengurus dan pimpinan Hal Ehwal Wanita Islam Persekutuan
Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ). Majlis rumah terbuka ini juga turut
dihadiri oleh pimpinan pelajar dari setiap negeri dan juga rakyat Malaysia yang
bekerja di Mesir.
Manakala program IHTIFAL KESATUAN,HAFLAH
AIDILFITRI DAN MEMORI 35 TAHUN BKKIMM ( IKTIRAF 35’ ) yang berlangsung selama 2
hari telah dirasmikan pada hari selasa, 31 Ogos
jam 5.30 petang oleh Menteri Penasihat merangkap Ketua Canseri Kedutaan
Besar Malaysia di Kaherah, Encik Shaiful Anuar Bin Mohamad. Dalam ucapan En.
Shaiful Anuar beliau menyatakan berbesar hati dengan jemputan perasmian ini
kerana dengan cara ini para pelajar dapat bersua muka dengan pegawai kedutaan
serta beramah mesra dan dipihak beliau dapat menerangkan dasar-dasar kerajaan
Malaysia serta polisi pentadbiran kerajaan Malaysia. Dalam ucapannya juga
beliau berbangga dengan kerjasama antara Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka
Mesir ( BKKIMM ) dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar Melaka Mesir serta berharap dengan
kerjasama ini dapat mengeratkan hubungan dan merapatkan jurang perbezaaan
antara satu sama lain. Seterusnya Program Haflah Aidilfitri diteruskan selepas
solat maghrib dengan beberapa acara antaranya solat hajat sempena sambutan
kemerdekaan Malaysia ke 54, persembahan lakonan oleh ahli-ahli BKKIMM, pertandingan menghias kek antara kumpulan ikhwah dan akhawat serta ucapan ahli-ahli
BKKIMM sempena sambutan hari raya aidilfitri.
| Wajah-wajah kegembiraan |
Manakala program hari keluarga BKKIMM pula diteruskan
pada keesokan paginya, hari khamis 1 September
2011 di padang Mukhayyam Daim , Madinah Nasr bagi ikhwah untuk permainan
outdoor. Untuk akhawat pula di kawasan atas Wisma Seri Melaka. Beberapa acara
telah diaturkan oleh unit pengisian dan persembahan untuk permainan outdoor ini
antaranya ialah lari lipas kudung.,bola sepak dan tarik tali.seterusnya acara
outdoor yang tamat sekitar jam 12.30 tengah hari diteruskan dengan acara indoor
yang bermula jam 2.30 petang di surau Wisma Seri Melaka, Kaherah dan berakhir
sekitar jam 6.30 malam.
Pada malamnya, majlis penutup yang
berlangsung telah diceriakan dengan beberapa acara menarik antaranya
pertandingan menghias buah tembikai, persembahan kumpulan, persembahan AJKT
BKKIMM serta pertukaran hadiah sesama ahli-ahli BKKIMM. Majlis yang berakhir
sekitar jam 11.00 malam ditutup dengan tasbih kaffarah dan surah al-‘asr serta
doa penutup yang dibacakan oleh Al-Fadhil Ustz. Aidil Bin Hashim.
Disediakan oleh:
Muhamad Firdaus Bin Abdul Hamid
Setiausaha Kerja,
Program IKTIRAF 35,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir,
(BKKIMM) 2010/2011.
Saturday, 3 September 2011
Seusai Ramadhan, Aidilfitri dan IKTIRAF 35
Seusai Ramadhan, Aidilfitri dan
IKTIRAF 35
Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Nya, yang
telah menjadikan setiap sesuatu itu lengkap dengan hikmahnya. Selawat dan salam
ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. juga kepada ahli kerabat Baginda dan para
sahabat Baginda seluruhnya.
Alhamdulillah baru-baru ini kita telah pun meraikan Hari Raya Aidilfitri
1432H. Aidilfitri yang menggambarkan perlunya kita kembali kepada fitrah insani
selepas 29 hari kita mentarbiah diri menjadi hamba yang taat kepada Allah s.w.t.
Juga pengajaran dan pedoman Badar Al-Kubra dan Nuzul Al-Quran yang telah
menyemarakkan semangat kita dalam menegakkan agama Allah s.w.t perlu
diteruskan.
Bagi saf pimpinan BKKIMM, kami mengambil kesempatan ini menghulurkan
sepuluh jari memohon jutaan kemaafan di atas kekurangan serta segala salah
silap kami sepanjang kami memimpin BKKIMM pada sesi ini. Untuk seluruh ahli
BKKIMM dan anak-anak Melaka yang berada di Mesir, sama-sama kita bermaafan dan
terus mempertautkan ukhuwah di kalangan kita agar perjalanan kita menuju
matlamat Al-Quran dan Al-Sunnah dapat disusun serapi mungkin walau pelbagai
ancaman dan tribulasi bakal kita tempuhi.
Di kesempatan ini, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada seluruh ahli BKKIMM yang telah menjayakan program-program
BKKIMM bermula di awal ramadhan hingga berakhirnya IKTIRAF 35. Khusus kepada
seluruh adhoc dan AJK yang terlibat bagi menjayakan Ihya Ramadhan dan IKTIRAF
35, kami ucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan kalian dan hanya Allah
sahaja yang mampu membalas jasa kalian. Juga kepada semua yang telah menghulurkan
sumbangan kewangan sama ada yang berada di Mesir mahupun di Malaysia serta
semua individu yang telah berusaha menjayakan program ini, kami ucapkan jutaan
terima kasih, jazakumuLlahu khairan jazak.
Semoga titik peluh kalian dikira sebagai usaha membantu agama Allah s.w.t.
Akhirnya, sama-sama kita berdoa agar kita dipertemukan lagi dengan
ramadhan al-mubarak dan aidilfitri untuk tahun-tahun mendatang insya Allah. Jangan
lupa akan ukhuwah yang telah terpatri perlu sama-sama kita pelihara agar tidak mudah
dirobek oleh musuh-musuh agama Allah. Wa Allahu Ta’ala A’lam…
Harman Bin Hassan
YDP BKKIMM
Sesi 2010/2011
Sunday, 28 August 2011
BKKIMM MENGHARAPKAN KONVOKESYEN PMRAM TERLAKSANA
BKKIMM MENGHARAPKAN KONVOKESYEN PMRAM TERLAKSANA
Sejurus selepas Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
mengumumkan kesediaan bagi mengadakan konvokesyen bagi mahasiswa/i Malaysia di
Mesir pada tahun ini, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM)
telah membuat culaan kasar dan tidak langsung berkenaan hal tersebut. Hasilnya kami
mendapati suara-suara ahli menginginkan terlaksananya
konvokesyen anjuran PMRAM yang sudah 2 tahun tidak dijalankan atas beberapa faktor.
Justeru, besar harapan kami agar pihak PMRAM dapat melaksanakan
majlis konvokesyen tersebut sebagai tanda kesatuan mahasiswa/i Malaysia di Mesir. Bagi pihak BKKIMM, kami
sedia berkerjasama dengan pihak PMRAM dari sudut tenaga dan sebagainya bagi
memastikan majlis konvokesyen ini terlaksana sebaik mungkin.
Harman Bin
Hassan
Yang Dipertua
Badan
Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2010/2011
Saturday, 27 August 2011
Melakar Mahabbah di Hujung Ramadhan
Melakar Mahabbah di
Hujung Ramadhan
Kaherah, 26 Ogos 2011:
Ramadhan yang bakal melabuhkan tirai tidak sekalipun membawa erti agenda
kebajikan dan kesatuan BKKIMM wajar dihentikan. Malahan, 2 agenda besar ini
terus didukung BKKIMM dan cuba digenggam dengan erat untuk kemaslahatan ahli
khususnya, sejajar dengan matlamat Persekutuan yang menaungi BKKIMM selama ini,
iaitu, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir Mesir (PMRAM). Oleh itu, pada
26hb Ogos yang lalu, kepimpinan BKKIMM sempat mengadakan majlis berbuka puasa
bersama kepimpinan PMRAM Pusat. Pimpinan pusat diketuai Presiden PMRAM, Ust
Zuhaili b. Saiman dan Timbalan Pengerusi Hewi PMRAM, Ustzh Nurain bt Yaacob
tiba di WSM lebih kurang jam 6.15 petang disambut oleh AJKT dan AJKT HEWI
BKKIMM. Majlis ringkas ini bermula dengan iftar ringan serta disusuli dengan
solat maghrib secara berjemaah. Barisan kepimpinan Pusat kemudiannya
dihidangkan dengan makanan berat berupa masakan tradisi di Negeri Melaka, iaitu
asam pedas. Masa bersama ini digunakan oleh barisan kepimpinan cawangan dan
pusat untuk saling beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan. Diharap aktiviti
sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara BKKIMM dengan PMRAM dalam
menggalas amanah kebajikan dan kesatuan khasnya untuk anak-anak Melaka di
Mesir. Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan solat isyak, terawih dan witir
berjemaah.
Barisan kepimpinan
PMRAM Pusat dan AJKT BKKIMM yang hadir
Friday, 26 August 2011
IKTIRAF 35 Bakal Menemui Anda!!!
Julung-julung kalinya pada sesi ini BKKIMM akan mengadakan gabungan 3 program mega iaitu Ihtifal Kesatuan, Hari Keluarga dan Haflah Aidilfitri Anak-anak Melaka (IKTIRAF 35).
Tarikh & Hari : 31 Ogos dan 1 Sept 2011 | Rabu dan Khamis
Tempat cadangan : WSM | Mukhayyam Daim | Hadiqah Dauliyah
Tema : Memori dirasa, Mahabbah terbina, Aidilfitri bermakna
Tema warna : Hijau dan Kuning
Dijemput kepada semua anak-anak Melaka di Mesir untuk turun beramai-ramai bagi memeirahkannya. Pelbagai acara menarik menanti anda!
Maklumat akan diberitahu dari semasa ke semasa.Jangan lepaskan peluang berUKHUWWAH kita bersama. JOM BERUKHUWWAH! :)
Saturday, 20 August 2011
Daurah Kutaib Al-Imam Syeikj Yusuf Qardawi
Daurah Kutaib al-Imam Syeikh Yusuf al-Qaradhawi
"Al-Sahwah Al-Islamiah Baina al-Aamal wal-Mahazir"
Tarikh: 20 Ogos 2011
Masa: 9.30 malam (selepas solat tarawikh
Tempat: Surau Wisma Seri Melaka
Anjuran: Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM)
Semua sahabat dijemput hadir.
Sunday, 14 August 2011
PROGRAM IFTAR MAHABBAH TAAKHI (MELAKA,SELANGOR,PAHANG,TERENGGANU)
Tempat: Dataran Hayyu Asyir
Hari: Isnin
Tarikh:15 Ogos 2011Masa :5.30 pm-11.00pmTentatif : -Qasidah
-Solat Maghrib
-Iftar dan Tayangan
-Solat Isyak-Tarawih & Tazkirah
-Majlis penutup
Dijemput semua Anak-anak Melaka dan ahli Bkkimm hadir untuk merapatkan silaturrahim antara ahli Bkan dan memeriahkan lagi majlis...
"Ukhuwah Dibina,Ramadhan Bermakna"
Saturday, 13 August 2011
Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) 2011 Siri I dan II Berjalan Lancar
10-11 Ogos :
Bagi merealisasikan hasrat kepimpinan peringkat pusat sekaligus menjayakan
gagasan ke-6 BKKIMM iaitu melatih dan melahirkan pelapis kepimpinan, Jabatan
Setiausaha Agung BKKIMM dengan kerjasama penuh komuniti pelaksana telah
berjaya mengadakan Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) siri I dan II pada 10 dan
11 Ogos 2011 yang lalu. Bertempat di Wisma Sultan Muhammad V,
Hayyu Sabie’, Kaherah, dua siri terawal kali ini telah menggabungkan
kehadiran peserta dikalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa
Kecil Unit BKKIMM yang berjumlah kira-kira 40 orang peserta.
Dimulai dengan
majlis perasmian oleh wakil Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Aziz bin Ali, selaku
Timbalan Presiden merangkap Badan Pengurus Lajnah Perancang dan Panatia PMRAM
2011, peserta kemudiannya didedahkan
dengan beberapa slot yang memugar kembali semangat kepimpinan samada
diperingkat AJKT mahupun AJK Unit. Rata-rata yang menyertai mengakui
kepentingan program seperti KIK ini diadakan selain daripada melatih gerak
kerja dalam memacu organisasi, malah memberi nilai tambah kepada seorang
mahasiswa untuk berhadapan dengan masyarakat umum dan menceburkan diri dalam
bidang pekerjaan apabila pulang ke tanah air kelak. Oleh yang demikian, pihak
penganjur mengharapkan peserta akan terus konsisten dalam memberikan tumpuan
pada KIK siri III (khusus untuk penyertaan AJKT) dan siri terakhir
(dibuka kepada AJK Unit) yang akan diadakan pada 17 dan 18 Ogos 2011
akan datang.
JSUA BKKIMM
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran Pegawai Kebajikan dan
Hal Ehwal Pelajar Kelantan Mesir serta kepada barisan kepimpinan Keluarga
Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) yang bekerjasama dan sudi memberikan
ruang khusus kepada anak-anak Melaka mengadakan program ini di permis mereka, serta
seluruh tenaga pengisi yang telah menjayakan setiap slot yang diadakan. Semoga
segala amalan perbuatan baik yang kalian lakukan diterima Allah S.W.T terutama
dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, InsyaAllah.
“Kepimpinan
Islamik Tunggak Ketelusan Pengurusan”
Laporan Oleh,
Komuniti Pelaksana
Pelancaran Ihya Ramadhan
Ihya Ramadhan 1432H
8/8/2011- Kedatangan Ramadhan adalah satu nikmat anugerah Allah kepada umatNya. Ini kerana, pahala-pahala ibadah yang dilakukan akan digandakan oleh Allah pahalanya berlipat kali ganda. Di sinilah peluang yang patut dikejar oleh setiap umat Islam.
BKKIMM sebuah badan kebajikan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah turut tidak ketinggalan dalam mempertingkatkan thaqafah serta kesedaran ahlinya untuk beramal ketika bulan Ramadhan yang mulia ini.
![]() |
| Ramadhan dan BKKIMM |
Berikutan daripada itu, baru-baru ini, iftar jami'e antara semua ahli BKKIMM yang berada di Kaherah telah diadakan di Wisma Seri Melaka.Sambutan yang diterima amat menggalakkan.Majlis iftar kali ini dimulakan dengan bacaaan Yaasin dan tahlil ringkas serta solat sunat hajat sebelum hadirin dijamu dengan juadah berbuka puasa yang disediakan sendiri oleh Unit Masakan Ihya Ramadhan.
| Majlis Perasmian Ihya Ramadhan BKKIMM 2010/2011 |
| Dari kanan : Us Harman Bin Hassan ( YDP BKKIMM). En Anwar Bin Idris ( Pegawai Kebajikan dan Hal Ehwal Pelajar Melaka ).Us Ridwan Ab Rahman ( Pengarah Ihya Ramadhan BKKIMM 2010/2011) |
| Kempen Biah Solehah |
Diharapkan segala aktiviti yang disusun dapat diambil manfaatnya oleh setiap ahli BKKIMM.
BKKIMM bergerak dalam Ramadhan
Pendokong berkualiti menjadi harapan
Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan
Sirah Nabi menjadi panduan
Laporan oleh :
Unit Dakwah BKKIMM
Sesi 2010/2011
Tuesday, 9 August 2011
Sunday, 7 August 2011
Mahabbah yang berpanjangan
Mahabbah yang berpanjangan
5/8/2011 ( Jumaat ) - Pemergian Saudari Fatin Fasihah Bt Hanafi pada malam 1 Ramadhan 1432H yang lalu memberikan kesan yang mendalam kepada keluarga beliau terutamanya ayah beliau, Us.Hanafi.
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ) sebelum ini sentiasa mengikuti perkembangan kes yang terjadi ke atas Allahyarhamah Fatin Fasihah yang disahkan menghidapi Systemic Lupus Erythymatous (SLE) yang menyebabkan komplikasi jantung dan pendarahan dalam otak sehingga beliau koma semenjak 11/7/2011 sehinggalah beliau dijemput oleh Allah untuk kembali ke sisiNya pada malam 31/7/2011 yang lalu bersamaan malam 30 Sya`ban 1432H. Allahyarhamah merupakan pelajar tahun 2 perubatan Universiti Kaherah, merupakan anak kelahiran Melaka dan turut berdaftar sebagai ahli BKKIMM.
Beberapa siri kutipan derma dan sumbangan telah dijalankan oleh Unit Kebajikan BKKIMM bagi membantu keluarga beliau dari segi kewangan.Alhamdulillah,semangat membantu para ahli BKKIMM dan mahasiswa/wi negeri lain telah berjaya mengumpulkan sumbangan berjumlah LE 2000 dan USD 151.Sumbangan telah diserahkan kepada Ayah saudari Fatin Fasihah oleh YDP BKKIMM, Us Harman Bin Hassan.
Baru-baru ini, BKKIMM sekali lagi mengambil kesempatan bagi meneruskan mahabbah yang sudah terjalin dengan mengadakan iftar bersama Us Hanafi di penginapan sementara beliau di Kasr El-Ainy sebelum beliau pulang ke Malaysia.Iftar kali ini disertai oleh YDP BKKIMM, EXCO Kebajikan dan 2 orang AJK Kecil Kebajikan BKKIMM. Turut hadir ialah Penasihat BKKIMM, Dr.Ahmad Syahir Bin Md Ismail dan Presiden PERUBATAN, Dr.Syafiq Hamdani beserta seorang EXCO PERUBATAN.
Pihak BKKIMM dimaklumkan oleh Us Hanafi bahawa kebetulan kedatangan kami pada hari tersebut bertepatan dengan tarikh kelahiran Allahyarhamah Fatin Fasihah.Manik-manik jernih kelihatan di mata Us hanafi beserta tetamu yang hadir.Semoga Allah memberikan kesejahteraan ke atas roh beliau.Al-Fatehah.
Tahlil ringkas diadakan selepas solat maghrib.
Iftar diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama ayah Fatin Fasihah,Us Hanafi.
Laporan oleh :
Unit kebajikan BKKIMM
sesi 2010/2011
5/8/2011 ( Jumaat ) - Pemergian Saudari Fatin Fasihah Bt Hanafi pada malam 1 Ramadhan 1432H yang lalu memberikan kesan yang mendalam kepada keluarga beliau terutamanya ayah beliau, Us.Hanafi.
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ) sebelum ini sentiasa mengikuti perkembangan kes yang terjadi ke atas Allahyarhamah Fatin Fasihah yang disahkan menghidapi Systemic Lupus Erythymatous (SLE) yang menyebabkan komplikasi jantung dan pendarahan dalam otak sehingga beliau koma semenjak 11/7/2011 sehinggalah beliau dijemput oleh Allah untuk kembali ke sisiNya pada malam 31/7/2011 yang lalu bersamaan malam 30 Sya`ban 1432H. Allahyarhamah merupakan pelajar tahun 2 perubatan Universiti Kaherah, merupakan anak kelahiran Melaka dan turut berdaftar sebagai ahli BKKIMM.
Beberapa siri kutipan derma dan sumbangan telah dijalankan oleh Unit Kebajikan BKKIMM bagi membantu keluarga beliau dari segi kewangan.Alhamdulillah,semangat membantu para ahli BKKIMM dan mahasiswa/wi negeri lain telah berjaya mengumpulkan sumbangan berjumlah LE 2000 dan USD 151.Sumbangan telah diserahkan kepada Ayah saudari Fatin Fasihah oleh YDP BKKIMM, Us Harman Bin Hassan.
| Sumbangan diserahkan kepada ayah Fatin Fasihah, Us Hanafi oleh YDP BKKIMM |
Baru-baru ini, BKKIMM sekali lagi mengambil kesempatan bagi meneruskan mahabbah yang sudah terjalin dengan mengadakan iftar bersama Us Hanafi di penginapan sementara beliau di Kasr El-Ainy sebelum beliau pulang ke Malaysia.Iftar kali ini disertai oleh YDP BKKIMM, EXCO Kebajikan dan 2 orang AJK Kecil Kebajikan BKKIMM. Turut hadir ialah Penasihat BKKIMM, Dr.Ahmad Syahir Bin Md Ismail dan Presiden PERUBATAN, Dr.Syafiq Hamdani beserta seorang EXCO PERUBATAN.
Pihak BKKIMM dimaklumkan oleh Us Hanafi bahawa kebetulan kedatangan kami pada hari tersebut bertepatan dengan tarikh kelahiran Allahyarhamah Fatin Fasihah.Manik-manik jernih kelihatan di mata Us hanafi beserta tetamu yang hadir.Semoga Allah memberikan kesejahteraan ke atas roh beliau.Al-Fatehah.
Tahlil ringkas diadakan selepas solat maghrib.
Iftar diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama ayah Fatin Fasihah,Us Hanafi.
Laporan oleh :
Unit kebajikan BKKIMM
sesi 2010/2011
| Sementara menanti waktu berbuka puasa |
| Bergambar kenangan bersama Us Hanafi |
Subscribe to:
Posts (Atom)













