Berikut merupakan keputusan nilaian undian 7 Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang memenangi Pilihanraya BKKIMM 2012 :
Showing posts with label 2011-2012. Show all posts
Showing posts with label 2011-2012. Show all posts
Friday, 17 August 2012
Saturday, 4 August 2012
PEMANGKUAN AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI
PEMANGKUAN AHLI
JAWATANKUASA TERTINGGI (HEWI)
BADAN KEBAJIKAN
KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR (BKKIMM)
SESI 2011 / 2012
TIMBALAN BENDAHARI AGUNG (UNIT
KEBJIKAN & EKONOMI)
USTAZAH AFIQAH BINTI BASHIR AHMAD
DIPANGKU OLEH:
1. USTAZAH NURULAIN BINTI MOHD ZAID : TIMBALAN BENDAHARI AGUNG
(UNIT KEBAJIKAN)
(UNIT KEBAJIKAN)
2. USTAZAH
NURUL ATIQAH BINTI AHMAD : TIMBALAN UNIT
EKONOMI
Thursday, 2 August 2012
Jemputan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 25 BKKIMM
Dijemput semua AHLI BKKIMM dari seluruh muhafazah untuk menghadiri
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 25
BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR
Tarikh : 14 Ogos 2012 | 26 Ramadhan 1433H
Hari : Selasa
Tempat Hayyu Sabi' Kaherah,Mesir
"Memartabat Keilmuan, Memimpin Kesatuan"
"Berilmu, Beramal"
Wednesday, 1 August 2012
Pembukaan Usul Dan Cadangan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 25 BKKIMM
Maklumat kepada Ahli BKKIMM :
Pembukaan Usul Dan Cadangan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 25 BKKIMM
Pembukaan Usul Dan Cadangan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 25 BKKIMM
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir 2011/2012
telah membuka kepada mana-mana ahli untuk mengemukakan sebarang usul mengikut Fasal Ke 21 Ceraian 1 dan 2 Undang-Undang Tubuh BKKIMM.
Usul tersebut mestilah dihantar kepada Setiausaha Agung beserta nama penuh,tandatangan dan nombor keahlian BKKIMM.
Penutup usul ialah pada :
Tarikh : 3 Ogos 2012
Masa : 6 Petang
"BKKIMM Terus Bergerak, BKKIMM Milik Semua"
Sunday, 29 July 2012
Majlis Penutup Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan serta Majlis Sambutan Harijadi sesi 2011/2012.PMRAM Cawangan Melaka.
12 julai
2012 – Unit Kebudayaan,
Kesenian dan Sukan (UKKS) telah
mengadakan majlis penutup segala program sepanjang sesi 2011/2012. Majlis
bermula dengan solat maghrib secara berjamaah, kemudian bacaan yaasin,
berqasidah, solat isya`, seterusnya solat hajat. Alhamdulillah dengan kerjasama
Unit Dakwah, majlis dapat berjalan dengan lancar.
Seterusnya majlis
bermula secara rasminya dengan ucapan kata alu-aluan pengerusi majlis Saudara
Muhammad Muzammil bin Abu Bashah. Kemudian dijemput Saudara Mohd Aidil bin Md
Hassim selaku pengarah program dan wakil ukks. Beliau mengucapkan ribuan terima
kasih kepada mahasiswa/-mahasiswi dan memohon maaf atas segala kesalahan dan
kelemahan dalam mengendalikan apa jua program sepanjang sesi kenaikan.
Majlis diteruskan lagi
dengan ucapan Ydp Bkkimm, Saudara Amir Al-Amin bin Mustaff. Beliau menasihati
kepada semua mahasiswa/siswi dikalangan pengajian islam dan juga perubatan
supaya bersama-sama dalam jamaah untuk memastikan mottopersatuan berjaya iaitu ”Bkkimm
terus bergerak, Bkkimm milik semua”.
Kemudian, acara
perasmian gimik pelancaran Tabung Ihya` Ramadan yang dirasmikan oleh Ydp Bkkimm
Saudara Amir Al-Amin bin Mustaff dengan kerjasama Unit Dakwah. Seterusnya acara
yang dinanti-nantikan oleh semua mahasiswa-mahasiswi iaitu acara penyampaian
hadiah kepada para pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan oleh ukks dalam
bulan julai.
Penyampaian hadiah
bagi mahasiswa disampaikan oleh Ydp Bkkimm Saudara Amir Al-Amin bin Mustaff
diiringi oleh Saudara Mohd Aidil bin Md hassim selaku wakil ukks. Bagi
mahasiswi Saudari Nurul Ain binti Mohd Zaid diiringi Saudari Nadhirah binti
Aziman. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Majlis berakhir
dengan bacaan doa dan majlis jamuan sempena sambutan kelahiran bagi seluruh
mahasiswa-mahasiswi di apartment 3.1 . Alhamdulillah dengan berakhirnya majlis
ini maka berakhirlah segala program ukks sesi 2011/2012. Sekali lagi ukks
memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan dalam menganjurkan sebarang
aktiviti.
Akhir kalam,
diharapkan kepada mahasisiwa/siswi Melaka yang berada di Perlembahan Nil supaya
sentiasa memberikan komitmen kepada Bkkimm, sejurus itu memastikan Bkkimm terus
bergerak, Bkkimm milik semua.
“BKKIMM terus bergerak,BKKIMM milik semua”..
Mohd Aidil b. Md Hassim,
Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan
Sukan,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka
Mesir sesi 2011/2012.
Bazaria Karnival Simpulan Hati 2012 (KASIH'12)..
15-17 Julai, Dataran Hayyu ‘Asyir, Kaherah - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2011/2012 telah bersama-sama menjayakan Bazaria Karnival Simpulan Hati 2012(KASIH ‘12) yang bertempat di Dataran Hayyu ‘Asyir baru-baru ini. Program tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim sesama Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) taakhi Zon D antara Negeri Melaka, Selangor dan Pahang. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti pertandingan sepak raga bulatan, sepak bola, permainan video dan banyak lagi selari dengan jualan gerai-gerai bermula dari jam 8 pagi sehingga jam 11 malam.
Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada
mereka yang telah sama-sama bertungkus-lumus mengerah tenaga dalam menjayakan jualan
gerai di bawah Lajnah Ekonomi dan HEWI BKKIMM di Bazaria KASIH ’12. Hanya Allah
sahaja yang dapat membalas jasa dan tenaga yang telah disumbangkan. Semoga ukhuwah
yang terjalin berkekalan dan terus utuh dalam perjuangan mempertahankan BKKIMM
serta menegakkan syariat Allah yang tercinta.
"Ekonomi Pemangkin Kegemilangan Ummah"
"BKKIMM terus bergerak,
BKKIMM milik semua"..
Mohd Zawawy bin Zainal Khan
(Ketua Unit Ekonomi BKKIMM 11/12)
Thursday, 26 July 2012
Laporan operasi pembersihan “ OPS BERSIH” 2011/2012
KAHERAH – 15 Julai
2012 - Setelah berlalunya pilihan raya Presiden
Republik Arab Mesir yang lepas dengan kemenangan calon daripada ‘IKHWAN
MUSLIMIN‘ iaitu Dr Mursi, beliau telah diberi mandat oleh rakyat mesir untuk
menjadi presiden seterusnya selepas kejatuhan presiden yang sebelumnya. Maka
pihak PMRAM telah menganjurkan kempen kebersihan di seluruh Bkan dan Dpm secara
serentak pada tanggal 15 julai 2012. Operasi pembersihan ini berikutan sebagai
tanda sokongan pihak PMRAM bagi menjayakan manifesto 100 hari selepas kenaikan
daripada presiden mesir yang baru. Antara salah satu manifesto 100 hari selepas
kenaikan adalah ingin menjadikan Mesir sebagai bandar yang bersih. Bersesuaian
dengan tuntutan di dalam islam iaitu menggalakkan pengganutnya untuk menjaga
kebersihan dari segala aspek.
Tidak ketinggalan
juga bagi BKKIMM dalam turut serta untuk merealisasikan manifesto 100 hari
Presiden Republik Arab Mesir, dengan bersama-sama mengadakan ‘Ops Bersih’ di
peringkat cawangan Melaka yang dikawal selia oleh Unit Perumahan BKKIMM. Gotong
royong bermula sekitar jam 6.45 pagi, dan antara kawasan yang dibersihkan
adalah di sekitar Wisma Seri Melaka dan juga kawasan sekitar rumah yang
berjiranan dan bertentangan dengan Wisma Seri Melaka. ‘Ops Bersih’ di peringkat
bkan Melaka turut dihadiri oleh badan pengurus angkat Melaka iaitu Ustaz
Norhalis Syafiq bin Ahmad dan juga Yang Di Pertua BKKIMM Ustaz Amir Al Amin bin
Mustaff beserta dengan beberapa orang ahli BKKIMM bagi menjayakan ‘Ops Bersih’.
Gotong royong tamat pada jam 7.45 pagi.
Setelah tamat jam
7.45 pagi, majlis penutup diteruskan dengan hidangan sarapan pagi dan jamuan
yang telah disediakan. Dimulai dengan ucapan dari badan pengurus angkat Melaka
dan ramah mesra antara ahli BKKIMM dengan badan pengurus angkat Melaka.
Mohd Fuad Mojd Lizah
Ketua Unit Perumahan BKKIMM 11/12
Ketua Unit Perumahan BKKIMM 11/12
Tuesday, 24 July 2012
REHLAH ke 'AIN SUKHNAH dan ASFOUR..
Pada 4 Julai2012 Unit Perhubungan Sambutan Dan Rehlah (UPSR) dbawah
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengadakan rehlah
kepada ikhwah ke Pantai Ain Sukhnah.
Seramai 10
orang yang telah menyertai program ini
bersama ketua unit rehlah iaitu Dr. Hafizuddin bin Hanafiah.Program ini
diadakan antaranya bertujuan merehatkan minda para mahasiswa selepas menghadapi
peperiksaan semesta dua.
Semoga program ini dapat mnyatukan ukhwah sesama ahli BKKIMM dengan
erat lagi dan kenang-kenangan sepanjang keberadaan mereka dibumi anbia’
ini.Dengan gagasan yang dibawa oleh BKKIMM “Ukhwah Dan Wahdah”.
Aktiviti di bawah Unit Perhubungan, Sambutan dan Rehlah diteruskan lagi dengan Jaulah ke Asfour khusus untuk mahasiswi Melaka pada 1 Julai 2012. Seramai 14 orang mahasiswi yang menyertai jaulah ini. Turut mengiringi jaulah ini ialah Timbalan Ketua Unit Perhubungan
Sambutan Dan Rehlah Ustazah Nur Atiqah Binti Ahmad dan Ketua Unit Perhubungan
Ust Syazwan bin Johal.
Tujuan utama jaulah
adalah memberi peluang kepada mahasiswa Melaka untuk membeli barang-barang perhiasan cenderamata untuk dibawa pulang ke
Malaysia khas kepada keluarga yang tercinta.
Mudah-mudahan apa yang
dihajati terlaksana dan tidak lupa
diucapkan kepada ahli-ahli
Melaka yang pulang ke
Malaysia agar thabat ukhwah bersama
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir. “BKKIMM Terus Bergerak BKKIMM
Milik semua”
Disediakan oleh :
Unit Perhubungan, Sambutan dan Rehlah
BKKIMM 2011/2012..
Unit Perhubungan, Sambutan dan Rehlah
BKKIMM 2011/2012..
Monday, 23 July 2012
Saturday, 30 June 2012
Struktur Organisasi AJKT Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ) Sesi Pentadbiran 2011 / 2012:
Struktur Organisasi AJKT Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM )
Sesi Pentadbiran 2011 / 2012:
Bil
|
Jawatan
|
Nama
|
No. Hp
|
E-mail
|
1
|
Penasihat
|
Ust.Muhammad Husaini bin Saleh
Ust. Ahmad Muhsin bin Abd Hamid
|
0111-6227257
0111-6822927
|
|
2
|
Yang Di Pertua
|
Ust. Amir Al-Amin bin Mustaff
|
0111-7746830
0111-6689994
|
cricket_baller@hotmail.
com |
3
|
Timbalan Yang Di Pertua
|
Ust. Khairul Fadhli bin Husin
|
0111-6896331
|
kheir_daeman@yahoo.
com |
4
|
Setiausaha Agung ( Unit Pendaftaran & Muhafazah )
|
Ust. Mohamad Syafiq bin Aziz
|
011-25075969
|
syafiq_alhafiz87@yahoo.
com |
5
|
Timbalan Setiausaha Agung ( Unit Pendidikan )
|
Ust. Muhammad Daud bin Ashaari
|
0111-6721442
|
daud_jihad@yahoo.com
|
6
|
Bendahari Agung ( Unit Kebajikan )
|
Ust. Ahmad Syahir bin Ismail
|
011-03036083
|
mdahmadsyahirismail
@yahoo.com |
7
|
Ketua Unit Penerangan & Penerbitan
|
Ust. Mohd Shabaney bin Ahmad Jafri
|
0111-9757806
|
baney1990@yahoo.com
|
8
|
Ketua Unit Ekonomi
|
Ust. Mohd Zawawy bin Zainal Khan
|
0114-6980979
|
|
9
|
Ketua Unit Perumahan
|
Ust. Ahmad Fuad bin Mohd Lizah
|
0111-6721355
|
heart89_damanhuri
@yahoo.com |
10
|
Ketua Unit Perhubungan, Sambutan & Rehlah
|
Ust. Ahmad Rabbani bin Ismail
|
0111-2998330
|
ahmadrabbaniismail
@yahoo.com |
11
|
Unit Kebudayaan, Kesenian & Sukan
|
Ust. Mohd Aidil bin Md Hassim
|
0111-9813541
|
aidilhassim@yahoo.com
|
Struktur
Organisasi AJKT HEWI Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
( BKKIMM )
( BKKIMM )
Sesi
Pentadbiran 2011 / 2012:
Bil
|
Jawatan
|
Nama
|
No. Hp
|
E-mail
|
1
|
Yang Di Pertua ( Ketua HEWI
)
|
Ust. Amir Al-Amin bin
Mustaff
|
0111-7746830
0111-6689994
|
cricket_baller@yahoo.com
|
2
|
Timbalan Ketua HEWI
|
Ustzh. Siti Iziatul Hawa
binti Mohd Yusof
|
0111-9449464
|
ansakurayo89@yahoo.com
|
3
|
Naib Setiausaha Agung (
Unit Pendaftaran & Muhafazah )
|
Ustzh. Zakiatun Nazneen
binti Abdul Hannan
|
0111-3482173
|
nazreen_latahzan@yahoo.com
|
4
|
Timbalan Bendahari Agung (
Unit Kebajikan , Unit Ekonomi )
|
Ustzh. Afiqah binti Bashir
Ahmad
|
011-41674533
|
afiqah_basyir@yahoo.com
|
5
|
Timbalan Ketua Unit Dakwah
|
Ustzh. Suhaila binti Abd
Shukor
|
0114-40041828
|
nisyan_yuniiru12@yahoo.
com.my |
6
|
Timbalan Ketua Unit
Pendidikan ( Unit Penerangan & Penerbitan )
|
Ustzh. Nurulain binti Mohd
Zaid
|
0114-6239583
|
Ibtisam_namz91@yahoo.
com.my |
7
|
Timbalan Ketua Unit
Perumahan ( Unit Perhubungan, Sambutan & Rehlah,
Unit Kebudayaan, Kesenian
& Sukan)
|
Ustzh. Nurul Atiqah binti
Ahmad
|
0114-6239583
|
ysboseyr_eiqa91@yahoo.
com |
Subscribe to:
Posts (Atom)








