MAT-28 Manifestasi Amalan Syura dalam Islam
Showing posts with label 2014-2015. Show all posts
Showing posts with label 2014-2015. Show all posts
Friday, 13 November 2015
MAT-28 MANIFESTASI AMALAN SYURA DALAM ISLAM
Tuesday, 3 November 2015
KENYATAAN RASMI BKKIMM BERHUBUNG BORANG KEMASUKAN KE WISMA SERI MELAKA
KENYATAAN RASMI BKKIMM BERHUBUNG BORANG KEMASUKAN KE WISMA SERI MELAKA
Pada 6 Oktober 2015 , Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka Ustaz Mohd Anuar bin Idris telah mengadakan perjumpaan bersama anak-anak Melaka yang bertempat di Rumah Melaka Sementara.
Dalam perjumpaan tersebut, pihak pegawai telah memaklumkan beberapa perkara antaranya isu kebajikan dan kemasukan semula ke Wisma Seri Melaka.
Saturday, 31 October 2015
BKKIMM SALURAN SUARA AHLI
BKKIMM SALURAN SUARA AHLI
KAHERAH, 29 Oktober 2015 - Sebuah pertemuan antara wakil pimpinan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2014/2015 bersama Encik Muhd Anwar bin Idris selaku pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka di pejabat beliau telah diadakan bagi membincangkan isu kebajikan dan pendidikan anak-anak Melaka di Mesir.
Antara isu utama yang dibawa ialah:
Friday, 23 October 2015
SUKMA ’15 Mengerat Kebersamaan Anak-Anak Melaka Mesir
SUKMA ’15 Mengerat Kebersamaan Anak-Anak Melaka Mesir
Monday, 5 October 2015
SAHRA'15 - “PENGORBANAN DIHAYATI UKHUWAH DIPATERI
“PENGORBANAN DIHAYATI UKHUWAH DIPATERI
KAHERAH, 28 September 2015 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir tidak melepaskan peluang meraikan hari yang penuh bermakna bagi umat Islam yang mengerjakan ibadah Haji dengan menganjurkan satu program yang saban tahun dilakukan di peringkat Cawangan Melaka yang diberi nama Sambutan Hari Raya Aidiladha atau singkatannya SAHRA ’15. Program pada kali ini yang bertemakan “Menyelusuri Tadhiyyah Menyemarak Ukhuwwah” telah dilaksanakan pada tarikh 22, 23, 24 dan 26 September 2015 bertempat di Rumah Melaka Sementara (RMS), Hayyu Sabi’e, Kaherah dan telah disambut baik oleh ahli BKKIMM sendiri mahupun tetamu luar yang hadir.Sunday, 6 September 2015
KEBAJIKAN AHLI TERUS DISUARAKAN
KEBAJIKAN AHLI TERUS DISUARAKAN
KAHERAH, 27 Ogos 2015 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengadakan perjumpaan bersama Pegawai Atase Pendidikan Melaka Mesir, Ustaz Mohd Anuar bin Idris di Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka sementara bagi meneruskan agenda kebajikan kepada anak-anak Melaka di Pelembahan Nil.
Perjumpaan yang telah diketuai oleh Timbalan Yang Di-Pertua, Saudara Ahmad Razin bin Mohd Fauzi telah membincangkan beberapa permasalahan dalam kalangan anak-anak Melaka terutama di kediaman Rumah Melaka Sementara (RSM). Antaranya ialah laporan kerosakan yang diserahkan kepada pegawai. Beliau mengambil serius akan perkara tersebut dan aka mengambil tindakan susulan bagi mengatasinya demi keselesaan penghuni.Saturday, 29 August 2015
PENYERAHAN DUIT ZAKAT KEPADA MAHASISWA/WI MELAKA MESIR
Penyerahan Duit Zakat Kepada Mahasiswa/wi Melaka Mesir.
Seramai 6 orang mahasiswa/wi yang menerima sumbangan tersebut. Mereka terdiri daripada 3 mahasiswa dan 3 mahasiswi dari pengajian Islam yang telah menerima sumbangan zakat.
Tujuan sumbangan zakat tersebut diberikan khusus kepada mahasiswa/wi Melaka Mesir yang memerlukan kewangan atas sebab faktor kesempitan duit, serta meringankan kos pembelajaran mahasiswa/wi.
Sunday, 23 August 2015
DAN KEPADA-NYA AKU KEMBALI
Dan Kepada-Nya Aku Kembali
Firman Allah SWT dalam al-quran yang bermaksud: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka menyembah kepada-Ku.” – Surah az-Zariyat, ayat ke-56.
Sahabat-sahabat…
Bukti-bukti kekuasaan Allah SWT disekeliling kita merupakan penafian kewujudan tuhan selain-Nya dan kita selaku hamba-Nya yang dikurniakan segala pemberian yang tidak ternilai, apakah bentuk balasan yang mampu dipersembah bagi menyatakan kesyukuran? Tidak lain melainkan melaksanakan segala tuntutan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW serta menghindari segala larangan-Nya. Maka dari itu, terdapat tujuan dalam kehidupan manusia di dunia ini. Kejarlah tawaran-tawaran yang Allah sediakan berbekalkan ‘modal’ yang kita dapat secara percuma sementara masih brrnafas. Jangan pula disebabkan percuma, diri alpa dan tidak menghargai sehingga diuji dengan ditarik nikmat-Nya lalu terpesong sehingga hilang arah daripada matlamat dan kebenaran hakiki.
KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR
KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR
SUSULAN ISU DAKWAAN PENYELEWENGAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH
Mesyuarat Yang Di-Pertua (YDP) Badan Kebajikan Anak Negeri pada hari Sabtu bertarikh 22 Ogos 2015 di Wisma Perak Baitul Ridzuan, Kaherah yang dipengerusikan oleh Saudara Muhammad Asri bin Mohd Salim, YDP Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir adalah bertujuan membincangkan tindakan susulan hasil perjumpaan YDP-YDP BKAN bersama pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) pada 17 Julai 2015 bertempat di Asrama Sementara Wilayah Persekutuan yang lepas. Mesyuarat telah mencapai kata sepakat seperti berikut :
Sunday, 16 August 2015
MAHA '15 | Hari Tautan Silaturrahim
MAHA '15 | Hari Tautan Silaturrahim
MELAKA - Pada tanggal 8 Ogos 2015 bersamaan 23 Syawal 1436H yang lalu telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidifitri 2015 (MAHA '15) bersama Mahasiswa/wi Melaka Mesir dan Pelancaran Persatuan Ibu Bapa Mahasiswa Melaka Mesir (PIBMMM). Program tersebut bertempat di Dewan Auditorium Masjid Al-Azim dan mendapat sambutan meriah dengan kehadiran hampir 300 orang yang terdiri daripada mahasiswa Melaka Mesir dan keluarga serta bekas pelajar Melaka Mesir. Bertemakan 'Aidilfitri Dirai, Silaturrahim Ditauti', program ini bertujuan menjalinkan hubungan baik di antara pelajar, ibu bapa, kerajaan negeri dan bekas pelajar serta menggambarkan suasana sambutan Aidilfitri berpandukan batasan syarak.Thursday, 13 August 2015
HTS : PERKUKUH SILATURAHIM

Ahad, 2 Ogos 2015
Komuniti USMB telah mengadakan jaulah makam yang berada sekitar Kaherah, Mesir. Ia bertujuan untuk memberikan maklumat berkenaan dengan para ulama Islam yang muktabar yang berada di Mesir. Selain pendedahan tersebut , ia juga dapat menanamkan kecintaan dan kesungguhan dalam menuntut ilmu di bumi anbiya ini. Turut menyertai, Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka, Ustaz Mohd Anwar bin Idris dan Yang Dipertua BKKIMM, Ustaz Ahmad Rabbani bin Ismail.
Saturday, 1 August 2015
IMTIHAN QABUL 2015 : ANTARA USAHA DAN KEJAYAAN
IMTIHAN QABUL 2015 : ANTARA USAHA DAN KEJAYAAN
30 Julai 2015 khamis. Seramai 26 orang mahasiswa/wi baru yang terdiri daripada 18 orang lelaki dan 8 orang perempuan telah menduduki peperiksaan imtihan qabul yang diadakan di Markaz Bahasa, Universiti Al Azhar di Hayyu Sadis, Kaherah.
Turut mengiringi Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka, Ustaz Mohd Anwar bin Idris, Yang Dipertua BKKIMM, Ustaz Ahmad Rabbani bin Ismail, Pengarah Urus Setia Sambutan Mahasiswa/wi Baru 2015 (USMB), Ustaz Muhammad Ikhram bin Samsudin serta AJK Pelaksana USMB ke Markaz Bahasa bagi memantau mahasiswa/wi baru yang bakal menduduki peperiksaan.AHLAN WASAHLAN MAHASISWA DAN MAHASISWI BARU 2015
AHLAN WASAHLAN KEPADA MAHASISWA BARU 2015
Mesir, 23 Julai 2015 -Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) Mesir telah menyambut ketibaan mahasiswa/wi baru seramai 26 orang. Rombongan ini diiringi oleh seorang Pegawai Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM), Ustaz Md Said bin Mohd Amin. Rombongan ini telah tiba jam 4.50 petang di terminal 1, Cairo International Airport.
Wednesday, 22 July 2015
GAMIT'15 - KEMERIAHAN AIDILFITRI TETAP DIRAI
Keherah, 20 Julai 2015 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir tidak ketinggalan meraikan kehangatan sambutan bulan Syawal dengan menganjurkan satu program hari raya yang dinamakan Gurindam Hati Di Aidilfitri (GAMIT ’15) pada tarikh 19 Julai 2015 bertempat di Rumah Melaka Sementara, Hayyu Sabie’, Kaherah. Program Sambutan Hari Raya pada kali ini bertemakan Walau Jauh Di Oversea, Namun Ukhwah Tetap Di Hati dan telah mendapat sambutan yang baik samada di kalangan ahli mahupun tetamu luar yang hadir.
Tujuan program ini diadakan untuk merapatkan lagi ukhuwah yang telah terjalin antara ahli BKKIMM dan juga memberi ruang untuk berkenalan kepada ahi BKKIMM yang masih belum mengenali antara satu sama lain. Selain itu, tujuannya juga adalah untuk mengubat rasa rindu ahli terhadap kampung halaman dan keluarga serta mengingatkan ahli bahawa seluruh mahasiswa/wi Melaka yang berada di Mesir ibarat keluarga sendiri.
Tuesday, 21 July 2015
TARBIAH RAMADAN MEMBINA JATI DIRI GRADUAN BERTAQWA
KAHERAH, 21 Julai 2015 – Bersempena meraikan bulan Ramadan yang
mulia, Komuniti Ihya’ Tarbawi Ramadan (IHTIRAM’ 15) di bawah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang bulan ini. IHTIRAM’ 15 yang telah bermula pada 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadan 1436 Hijriah telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Haziq Bin Zainal Abidin selaku Penasihat BKKIMM’14/15 dalam Majlis Pembukaan IHTIRAM’15 dan selamat melabuhkan tirai pada 14 Julai 2015 bersamaan 27 Ramadan 1436 Hijrah. Objektif IHTIRAM’15 kali ini adalah untuk mengajak seluruh anak-anak Melaka menghayati Ramadan serta berlumba-lumba mengerjakan ibadah di samping mengeratkan ukhwah sesama ahli dalam melahirkan graduan yang bertaqwa seiring dengan tema “Universiti Ramadan Melahirkan Generasi Badar"
Monday, 20 July 2015
GENIUS ’15 PLATFORM ASAS MEMBENTUK GENERASI BERTHAQAFAH
GENIUS ’15 PLATFORM ASAS MEMBENTUK GENERASI BERTHAQAFAH
Wednesday, 15 July 2015
KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR
KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR
14 JULAI 2015
ISU DAKWAAN BERLAKU PENIPUAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH
Mesyuarat Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) pada hari ini yang dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad ‘Asri Bin Mohd Salim Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2014/2015 telah mengambil beberapa pertimbangan dalam isu berkenaan dengan dakwaan berlaku penipuan bayaran asrama di Kaherah yang telah tersebar berikutan kenyataan media Kedutaan Besar Malaysia Ke Kaherah dan Palestin bertarikh pada 13 Julai 2015 dan telah mencapai kesepakatan seperti berikut :
Friday, 10 July 2015
EME DAN BKKIMM : MEMPERERAT HUBUNGAN BERSAMA
KAHERAH, 6 Julai 2015 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) terus mengorak langkah dengan mengadakan kunjung hormat ke pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) di Mohandeseen yang diketuai oleh Saudara Ahmad Rabbani bin Ismail selaku Yang Di-Pertua BKKIMM'14/15. Perjumpaan khusus bersama Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Radhi bin Hj. Ibrahim ini bertujuan merealisasikan seruan dalam Ucaptama YDP melalui item ke-5 iaitu Menjalinkan Hubungan Luar dan Antarabangsa.
Monday, 6 July 2015
JALINAN KERJASAMA TERUS DIPERTINGKAT
KAHERAH, 1 Julai 2015 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir 2014/2015 (BKKIMM'14/15) meneruskan lagi jalinan kerjasama bersama Encik Muhd Anwar bin Idris, Pegawai Atase Pendidikan Melaka Mesir selepas tamat musim peperiksaan bagi Pengajian Islam dengan mengadakan pertemuan yang merupakan kesinambungan daripada perjumpaan bersama beliau bertarikh 30 April 2015.
Tuesday, 23 June 2015
IHTIRAM ’15 I GRADUAN TARBIAH RAMADHAN YANG DINANTI
Subscribe to:
Posts (Atom)













