Showing posts with label SPR 2009. Show all posts
Showing posts with label SPR 2009. Show all posts

Friday, 28 August 2009

AJKT yang MENANG

TAHNIAH dan SYABAS daripada kami Komuniti SPR 2009.


AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI yang menang dalam pilihanraya BKKIMM 2009.



*** *** ***

TIMBALAN KETUA HEWI yang menang dalam pilihanraya BKKIMM 2009.

Nurul Hidayah Binti Abas
No. Keahlian : 479


"Pemimpin Berdedikasi Pendokong Aspirasi"

Calon Timbalan Ketua HEWI

Pihak SPR 2009 telah membuka 3 unit borang pencalonan bagi kerusi Timbalan Ketua HEWI. Ini Bermakna ada 3 orang calon dipertandingkan pada Hari Pengundian 27 Ogos 2009.


CALON-CALONNYA ADALAH :


NURUL HIDAYAH BINTI ABAS
NO. KEAHLIAN : 479



KHAIRUNNISA' BINTI YUSOF
NO. KEAHLIAN : 455



NURLIA BINTI YUSOPE
NO. KEAHLIAN : 497


Untuk pengetahuan semua, undian ini HANYA dibuka kepada ahli-ahli HEWI BKKIMM sahaja.
Harap maklum.


"Pemimpin Berdedikasi Pendokong Aspirasi"

Calon AJKT

Seramai 10 orang Ahli JawatanKuasa Tertinggi telah tercalon pada kali ini oleh
ahli-ahli BKKIMM. Ini bermakna akan diadakan Hari Pengundian pada :

Hari : Khamis
Tarikh : 27 Ogos 2009
Masa : 7.00 pagi - 8.20 pagi
Tempat : Dewan Mua'llim, Wisma Melaka


Diminta semua ahli-ahli BKKIMM yang layak mengundi untuk turun mengundi bagi menentukan pemimpin yang akan datang pada sesi 2009/2010.


CALON-CALONNYA ADALAH:












Dijemput semua ahli BKIMM hadir pada Hari Pengundian. Hanya 7 calon dipilih untuk kerusi AJKT pada kali ini.
Harap Maklum.

"Pemimpin Berdedikasi Pendokong Aspirasi"

Hari Penamaan Calon.

Pada hari penamaan calon, dua kerusi MENANG tanpa bertanding iaitu:
- Kerusi Yang DiPertua
- Kerusi Setiausaha HEWI.

Manakala, kerusi Ahli JawatanKuasa Tertinggi dan Timbalan Ketua HEWI dipertandingkan pada hari pengundian pada 27 ogos 2009.


Yang DiPertua BKKIMM sesi 2009/2010


*** *** ***

Setiausaha HEWI sesi 2009/2010

Nor Hidayah Binti Sulaiman
No. Keahlian : 531



Kedua-dua calon diatas telah memperolehi kemenangan tanpa bertanding.
TAHNIAH dan SYABAS daripada kami komuniti SPR 2009.


"Pemimpin Berdedikasi Pendokong Aspirasi"

Tuesday, 25 August 2009

TAZKIRAH PILIHANRAYA

بسم الله الرحمن الرحيم
TAZKIRAH PILIHANRAYA
FIRMAN ALLAH S.W.T :
ان الله يأمركم أن تؤدوا الأمنت الى أهلها واذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل ان الله نعما يعظكم به ان الله كان سميعا بصيرا
SESUNGGUHNYA ALLAH MENYURUH KAMU SUPAYA MENYERAHKAN SEGALA JENIS AMANAH KEPADA AHLINYA (YAKNI YANG BERHAK MENERIMANYA), DAN APABILA KAMU MENJALANKAN HUKUM DI ANTARA MANUSIA (ALLAH MENYURUH) KAMU MENGHUKUM DENGAN ADIL.SESUNGGUHNYA ALLAH DENGAN (SURUHAN-NYA) ITU MEMBERI PENGAJARAN YANG SEBAIK-BAIKNYA KEPADA KAMU.SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA MENDENGAR, LAGI SENTIASA MELIHAT.
FIRMAN ALLAH S.W.T :
يأيها الذين ءامنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم فان تنزعتم فى شىء فردوه الى الله والرسول ان كنتم تؤمنون بالله واليوم الأخر ذلك خير وأحسن تاويلا
WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN,TAATLAH KAMU KEPADA ALLAH DAN TAATLAH KAMU KEPADA RASULULLAH DAN KEPADA ‘ULIL-AMRI’ (ORANG YANG BERKUASA) DARI KALANGAN KAMU.KEMUDIAN JIKA KAMU BERBANTAH-BANTAH (BERSELISIHAN) DALAM SESUATU PERKARA,MAKA HENDAKLAH KAMU MENGEMBALIKANNYA KEPADA (KITAB) ALLAH (AL-QURAN) DAN (SUNNAH) RASUL-NYA JIKA KAMU BENAR BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT.YANG DEMIKIAN ADALAH LEBIH BAIK (BAGI KAMU), DAN LEBIH ELOK PULA KESUDAHANNYA.
PEMIMPIN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Pemimpin pada pandangan Islam merupakan seorang wakil daripada masyarakat dan menjadi hak bagi masyarakat untuk menilai kerja mereka terutama apabila berlakunya penyelewengan pada tugas dan kewajipan mereka.
Pemimpin dalam Islam bukanlah seorang yang maksum (tidak melakukan sebarang kesilapan) bahkan mereka merupakan manusia biasa seperti kita yang melakukan kebaikan dan kadangkala tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.Menjadi hak kepada masyarakat dan individu muslim memperbetulkan apabila berlakunya penyelewengan,kesalahan dan kesilapan.Inilah yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin agung Khulafa Ar-Rasyidin selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w.Baginda mengajar kita mengikut sunnah Khulafa Ar-Rasyidin serta mengamalkannya dengan sebenar-benar amalan berlandaskan sunnah Baginda s.a.w.
Sabda Rasullullah s.a.w:
.... فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين , عضوا عليها بالنواجذ , واياكم ومحدثات الأمور , فان كل بدعة ضلالة
( رواه أبو داود , والترمذي , وابن ماجه , وابن حبان فى صحيحه , وأحمد , وقال الترمذى : حديث حسن صحيح )
Maksudnya : …… wajiblah ke atas kamu mengikut sunnahku dan sunnah Khulafa’ Ar-rasyidin dan gigitlah ia dengan gigi geraham (amalkanlah ianya dengan sebenar-benar amalan), berjaga-jagalah kamu pada perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama, sesungguhnya perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama adalah sesat.
Khalifah Islam yang pertama,Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah berkata dalam khutbahnya yang pertama selepas perlantikannya sebagai Khalifah “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku dilantik sebagai pemimpin di kalangan kamu dan aku bukanlah orang yang terbaik yang ada di kalangan kamu,jika kamu melihat aku berada di jalan yang hak, maka bantu dan sokonglah aku, dan jikalau kamu melihat aku berada dalam kebatilan, maka betulkanlah aku.Taatilah aku selagi mana aku mentaati perintah Allah, jikalau aku tidak mentaati perintah-Nya maka tidak perlulah kamu mentaati aku”.
Dan telah berkata Khalifah Islam yang kedua,Saidina Umar Al-Farouk “Semoga Allah merahmati orang yang menunjukkan kepada aku akan kesalahan aku”.Dan berkata Saidina Umar lagi “Wahai sekalian manusia jikalau kamu semua melihat aku menyeleweng dari suruhan Allah maka perbetulkanlah aku”.Kemudian berteriaklah seorang daripada kalangan yang mendengar khutbahnya dengan berkata “Demi Allah wahai anak Khattab, jikalau kami melihat engkau menyeleweng dari suruhan Allah s.w.t nescaya kami akan memperbetulkan engkau dengan pedang kami ini”.


HADIS RASULULLAH S.A.W YANG MENCERITAKAN KHABAR GEMBIRA KEPADA PEMIMPIN YANG MEMIMPIN URUSAN UMAT ISLAM DENGAN ADIL.
Hadis pertama:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل ألا ظله : الأمام العادل.....)) الحديث
( رواه البخاري , ومسلم )
Maksudnya:Tujuh golongan yang mendapat lindungan daripada Allah s.w.t pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripada-Nya: antaranya ialah pemimpin yang adil.
Hadis kedua:
وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حين يفطر, والأمام العادل.... )) الحديث
(رواه احمد والترمذي وابن ماجه وابن خزيمة وابن حبان )
Maksudnya:Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan menolak doa mereka : Orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka,pemimpin yang adil ……………………… (Al-hadis.)

HADIS RASULULLAH S.A.W YANG MENCERITAKAN ANCAMAN KEPADA PEMIMPIN YANG TIDAK ADIL DALAM URUSAN UMAT ISLAM
Hadis pertama:
وعن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ان أشد أهل النار عذابا يوم القيامة من قتل نبيا, أو قتله نبي, وامام جائر ))
( رواه الطبراني ورواه البزار باسناد جيد )
Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud r.a telah berkata, telah bersabda Rasulullah s.aw “Sesungguhnya sedahsyat-dahsyat azab bagi penghuni ahli neraka pada hari kiamat ialah orang-orang yang memerangi nabi ataupun orang-orang yang nabi peranginya dan pemimpin yang zalim”.




Hadis kedua:
وعن أبي موسى رضي الله عنه قال : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : (( ان في جهنم واديا , وفي الوادي بئر يقال له : هبهب , حق على الله أن يسكنه كل جبار عنيد ))
( رواه الطبراني باسناد حسن , وأبو يعلى , والحاكم وقال : صحيح الاسناد )
Maksudnya: Dari Abi Musa r.a sesungguhnya Rasulullah s.aw telah bersabda “Sesungguhnya di dalam neraka terdapat sebuah lembah dan di dalam lembah itu ada sebuah perigi yang di panggil ‘Hab-Hab’,menjadi hak bagi Allah s.wt untuk menghumbankan ke dalamnya pemimpin-pemimpin yang zalim.
KOMENTAR IMAM IBNU TAIMIYYAH MENGENAI KEPIMPINAN
Telah berkata Syeikh Al-Islam di dalam kitabnya ‘SIASAH SYAR’IAH’:
Hendaklah diketahui bahawasanya menguruskan urusan umat adalah merupakan sebesar-besar kewajipan dalam agama, bahkan tidak akan tertegaknya agama dan dunia melainkan dengannya.Sesungguhnya keturunan anak adam tidak akan sempurna kehidupan mereka melainkan mereka hidup secara bermasyarakat kerana mereka saling memerlukan di antara satu sama lain dan tidak dapat tidak ketika mana wujudnya masyarakat mestilah ada seseorang yang mengetuainya.Sehinggakan Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Apabila tiga orang keluar untuk bermusafir maka hendaklah dilantik seorang ketua dikalangan mereka.
(H.R Abu Daud daripada hadis Abi Sa’id dan Abi Hurairah)
Dan diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abdullah Bin Amru sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda “Tidak halal bagi tiga orang yang tinggal di satu kawasan yang lapang di atas muka bumi melainkan hendaklah dilantik salah seorang dikalangan mereka sebagai ketua”.
Ini merupakan satu peringatan daripada Rasulullah s.a.w tentang kewajipan melantik seorang ketua walaupun dalam kelompok masyarakat yang sedikit.
KOMENTAR IMAM AL-GHAZALI MENGENAI KEPIMPINAN
Telah berkata Hujjatul Islam di dalam kitabnya ‘IHYA’ ULUMUDDIN’:
Dunia merupakan tempat berladang untuk akhirat dan agama itu tidak akan sempurna melainkan dengan dunia.Pemerintahan dan agama merupakan saudara kembar.Agama merupakan dasar manakala pemerintah adalah penjaganya.Setiap perkara yang tiada dasarnya akan hancur dan setiap perkara yang tiada penjaga akan hilang.Tidak akan sempurnalah pemerintahan tanpa kekuasaan.
KOMENTAR IMAM AL-QARADHAWI MENGENAI KEPIMPINAN
Telah berkata Al-Imam Al-Bayan di dalam kitabnya ‘FIQH AD-DAULAH’:
Wajib dinyatakan dengan sejelas-jelasnya, sesungguhnya Islam yang sebenar sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah tidak dapat dilaksanakan melainkan dengan kepimpinan.Apabila kepimpinan dibuang dari ajaran Islam maka jadilah Islam agama yang lain, mungkin ia akan menjadi agama Buddha atau agama Nasrani ataupun selain daripada itu.Adapun Islam tidaklah begitu (mengasingkan kepimpinan dari ajaran Islam).


SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI PEMIMPIN DI DALAM ISLAM
Antara syarat-syarat yang diberikan oleh para ulama untuk menjadi calon pemimpin adalah seperti berikut:
1. Calon mestilah mempunyai ‘wilayah tam’ seperti berikut:
1.1 Calon mestilah seorang muslim (untuk ‘wilayah ammah’ sahaja).
1.2 Calon mestilah seorang yang merdeka
1.3 Calon mestilah seorang lelaki (untuk ‘wilayah ammah’ sahaja)
1.4 Calon mestilah seorang yang telah baligh
1.5 Calon mestilah seorang yang berakal
2. Calon mestilah seorang yang adil iaitu yang beragama dan mempunyai akhlak yang mulia.
3. Calon mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi.
4. Calon mestilah mempunyai akal yang bijaksana untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku.
5. Calon mestilah mempunyai jati diri yang mantap.
6. Calon mestilah mempunyai tubuh badan yang sihat dan sempurna.
PILIHANRAYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Apabila kita melihat sistem pilihanraya yang ada pada zaman sekarang,pada perspektif Islam ia merupakan satu penyaksian kepada calon-calon.Seorang pengundi wajib memberi undinya kepada calon-calon yang memenuhi syarat-syarat seorang saksi antaranya ialah calon mestilah seorang yang adil.
FIRMAN ALLAH S.W.T :
وأشهدوا ذوى عدل منكم ..... ( الطلاق : 2 )
Maksudnya : Dan adakanlah dua orang saksi yang adil di kalangan kamu….
Dan sesiapa yang memberi undian kepada calon yang tidak soleh,dengan mengatakan bahawa mereka itu soleh sesungguhnya dia telah melakukan jenayah penyaksian palsu dan keji (memberi suara sokongan kepada yang tidak layak).Sesungguhnya Al-Quran telah menyebut dalam ayat yang sama mengenai penyaksian palsu bersama-sama dengan syirik kepada Allah (ini menunjukkan penyaksian palsu amat besar dosanya kerana ia digandingkan dengan syirik kepada Allah).
FIRMAN ALLAH S.W.T :
فاجتنبوا الرجس من الأوثان وهجتنبوا قول الزور......( الحج : 30 )
Maksudnya: Maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan (penyaksian) palsu.
Dan sesiapa yang meninggalkan kewajipan dengan tidak mengundi sehingga kalahlah calon-calon yang soleh lagi jujur (yang layak) dan menanglah calon-calon yang tidak layak,yang tidak memenuhi kriteria sebagai seorang pemimpin maka sesungguhnya dia telah menyembunyikan penyaksiannya dengan tidak mengundi ketika mana umat memerlukan undiannya.
FIRMAN ALLAH S.W.T :
ولا يأب الشهداء اذا ما دعوا..... ( البقرة : 282 )
Maksudnya: Dan janganlah saksi-saksi (pengundi) itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi (pengundi).

FIRMAN ALLAH S.W.T :
ولا تكتموا الشهادة ومن يكتمها فانه آثم قلبه.... ( البقرة : 283 )
Maksudnya: Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu.Dan sesiapa yang menyembunyikannya,maka sesungguhnya ia adalah seorang yang berdosa hatinya.
Pilihanraya bertujuan memberi setiap individu yang layak untuk memilih pemimpin. Oleh kerana pilihanraya itu berjalan secara aman dan menurut asas-asas demokrasi, maka ia mestilah diberikan keutamaan dalam memilih calon pemimpin. Tujuannya ringkas tetapi penting:
MENGUNDI SEBAGAI IBADAT AMAR MA’ARUF NAHI MUNGKAR
Tugas amar ma’aruf, nahi mungkar ini terlalu panjang dan banyak kupasannya dalam kitab-kitab kajian Islam.Tetapi perlu ditegaskan bahawa dalam konteks bernegara dan berpesatuan, tugas ini WAJIB ke atas setiap individu umat Islam. Sebabnya ringkas, sekumpulan manusia sahaja tidak mampu melakukannya kerana pemerintah mesti mempunyai jentera yang kuat dan hebat. Oleh itu, rakyat dan umat Islamlah yang wajib memainkan peranannya.
Peranan amar ma’aruf nahi mungkar mesti berjalan sepanjang masa (bukan ketika pilihanraya dan pada hari mengundi sahaja) dan melalui berbagai-bagai cara (bukan melalui undi sahaja). Tetapi pilihanraya dan undi sangatlah mustahak kerana secara automatis pilihan raya dan undi memberi peluang rakyat dan umat Islam memilih pemimpin.
Cara-cara lain seperti berceramah, mengajar dan menulis juga tugas amar ma’aruf nahi munkar. Tetapi kesannya tidak sama dengan mengundi. Lagi pun, di sini kita mengundi hanya sekali dalam satu sesi. Sedangkan cara-cara lain boleh berlaku sepanjang masa mengikut kekuatan dan kesesuaian suasana semasa. Oleh itu, kita simpulkan WAJIBLAH UMAT ISLAM (ahli bkan) MENGUNDI BAGI MEMILIH PEMIMPIN YANG LEBIH BAIK untuk umat Islam,ahli dan BKAN ini.



Disediakan oleh :
MUHAMMAD MUZZAIRY BIN IDRIS

Sunday, 23 August 2009

Hari Penamaan Calon SPR 2009

MAKLUMAN!
Hari Penamaan Calon Suruhanjaya Pilihanraya 2009 BKKIMM


Tarikh: 25 Ogos 2009
Hari: Selasa
Masa: Selepas solat Tarawih
Tempat: Wisma Melaka, Kaherah

Tentatif:
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Ucapan Pengarah SPR 2009
- Ta'aruf calon AJKT
- Jamuan Ringan


Semua dijemput hadir.

Friday, 21 August 2009

Ramadhan Kareem...

Komuniti SPR 2009 ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua ahli-ahli BKKIMM. Semoga Madrasah Ramadhan kali ini dapat membina peribadi kita supaya lebih cemerlang dan sama-sama kita usaha...

Struktur Komuniti SPR 2009

Wednesday, 19 August 2009

Syarat-Syarat Am Pencalonan

1. Pencalonan dibuka 19-24 Ogos 2009 dari jam 10.00 pagi - 3.00 petang di Bilik Gerakan SPR 2009 (Maktabah).

2. PENCADANG
2.1 Pencadang hendaklah ahli tetap atau ahli bersekutu dan bukan ahli kehormat BKKIMM.
2.2 Pencadang hendaklah mengisi borang pencalonan yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya dengan lengkap.
2.3 Pencadang hanya dibenarkan membuat satu pencalonan sahaja.

3. PENYOKONG
3.1 Penyokong adalah ahli BKKIMM yang layak mengundi setelah disenaraikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya 2009 dan dibenarkan menyokong lebih dari satu calon.

4. CALON YANG BERTANDING
4.1 Calon hendaklah ahli tetap BKKIMM.
4.2 Pencalonan terbatal sekiranya calon adalah Komuniti Suruhanjaya Pilihanraya 2009.
4.3 Pencalonan juga terbatal sekiranya calon adalah dua Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) yang dikekalkan.
4.4 Pencalonan (2) atau salah satu daripada kerusi HEWI hanya layak dicadangkan oleh HEWI BKKIMM sahaja, manakala kerusi Yang Di pertua & tujuh (7) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) adalah bebas daripada kalangan ahli BKKIMM.
4.5 Calon boleh berada di Mesir atau di luar Mesir kecuali calon bagi kerusi Yang Di pertua.
4.6 Calon tidak berhak menarik diri setelah dicalonkan.
4.7 Calon di luar Mesir adalah dihadkan pencalonan.
4.8 Suruhanjaya Pilihanraya 2009 berhak mendapatkan gambar calon dengan apa jua cara sekalipun.


5. BORANG PENCALONAN
5.1 Borang pencalonan akan terbatal sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat (sila rujuk syarat 2,3,4 dan 5).
5.2 Borang pencalonan dikira sah apabila terdapat tandatangan pencadang, penyokong, PENGARAH SPR, SETIAUSAHA SPR dan Cop BKKIMM.
5.3 Borang-borang pencalonan adalah terhad dan dikenakan bayaran seperti berikut:

1. Yang Di Pertua/Ketua HEWI = LE 5.00
2. Timbalan Ketua Hewi = LE 4.00
3. Setiausaha HEWI = LE 3.00
4. Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) = LE 3.00

5.4 Borang-borang pencalonan boleh didapati daripada semua AJK Suruhanjaya Pilihanraya BKKIMM 2009.
5.5 Borang pencalonan yang telah lengkap hendaklah diserahkan selewat-lewatnya pada 24 Ogos 2009 sebelum jam 3.00 petang kepada:

PENYELIA PENCALONAN : HAIRUL AZMIE BIN SUKAIME
TIMBALAN PENYELIA PENCALONAN : NOR SHUHADA BINTI YAHYA

6. Pencalonan adalah rahsia sebelum penamaan calon diumumkan.

7. Sekiranya berlaku pemilihan calon, Majlis Penamaan Calon akan diadakan pada 25 Ogos 2009.

8. Sebarang permasalahan dan pertanyaan boleh dirujuk kepada Komuniti Suruhanjaya Pilihanraya 2009.

Disediakan Oleh :
Setiausaha Kerja
Suruhanjaya Pilihanraya 2009

PEMIMPIN BERDEDIKASI PENDOKONG ASPIRASI

Tuesday, 18 August 2009

SPR - Pencalonan dibuka

PENGUMUMAN!

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) BKKIMM 2009 akan mula mengeluarkan borang pencalonan Ahli Jawatankuasa Tertinggi BKKIMM sesi 2009/2010.

Tarikh pencalonan dibuka : 19 Ogos 2009
Tarikh pencalonan ditutup: 24 Ogos 2009

Borang pencalonan boleh didapati di bilik gerakan SPR 2009, Maktabah Wisma Melaka dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.


PENCALONAN ANDA MENENTUKAN KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN BKKIMM YANG GEMILANG.


"PEMIMPIN BERDEDIKASI PENDOKONG ASPIRASI"