Saturday 8 January 2022

[ LAPORAN : PERTEMUAN WAKIL PIMPINAN BERSAMA TYT DUTA MALAYSIA MESIR ]





  Pada 24 Disember 2021 bersamaan dengan hari Jumaat, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah menghantar dua orang wakil pimpinan yang diketuai oleh Yang Dipertua BKKIMM sesi 2021/2022, Ustaz Umar Muhammad bin Ridzuan diiringi wakil penasihat, Ustaz Muhammad Hafiz Syakirin bin Mohd Yazid bagi menghadiri jemputan pertemuan bersama Tuan Yang Terutama Duta Malaysia Mesir, Tuan Zamani bin Ismail di Rumah Malaysia, Mohandiseen.


  Pertemuan tersebut juga dihadiri oleh Pengarah Education Malaysia Egypt (EME) En. Muhammad Khairi bin Abdullah, Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka dan Negeri Kelantan. 
 


  Pertemuan tersebut merupakan medium perkenalan di antara TYT dan BKKIMM disamping dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua belah pihak. Seterusnya, tujuan pertemuan ini juga sebagai usaha penyelesaian bagi beberapa permasalahan yang berlaku dalam kalangan anak Melaka. 




 
Terima kasih diucapkan kepada TYT Duta atas jemputan yang diberikan. Semoga hubungan di antara BKKIMM, Pegawai Atase Pendidikan serta TYT Duta terus diperkukuh demi keberlangsungan survival anak Melaka di Mesir khususnya, di samping menjadikan pertemuan ini sebagai medium ke arah penyatuan seluruh mahasiswa dan mahasiswi Melaka di Mesir ini.




"Medan Islami Menuai Bakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#1Hati1Wahdah
#BersamaBersatu


Disediakan Oleh : Jabatan Setiausaha Agung sesi 2021/2022

No comments:

Post a Comment