Assalamualaikum w.b.t
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين. أما بعد.
Allah swt berfirman :
(إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ)
(Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.)
Showing posts with label 2015-2016. Show all posts
Showing posts with label 2015-2016. Show all posts
Monday, 3 October 2016
Thursday, 29 September 2016
KRONOLOGI ISU PENEMPATAN ANAK MELAKA DI MESIR
Pautan : KRONOLOGI ISU PENEMPATAN ANAK MELAKA DI MESIR
http://bkanmelaka.blogspot.com.eg/2016/09/kronologi-isu-penempatan-anak-melaka-di.html
2014
BULAN PERISTIWA
Mei
- Pegawai meminta semua penghuni mengosongkan WSM untuk memudahkan proses baik pulih.
- September
- Hasil rundingan BKKIMM bersama kerajaan negeri, anak-anak Melaka ditempatkan di Rumah melaka Sementara pada bulan September semasa tempoh pengislahan.
- Pada 7 September dalam satu pertemuan antara wakil AJKT BKKIMM bersama Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) En. Yusof bin Abu Bakar yang menjamin kemasukan semula anak-anak Melaka setelah berakhir proses baik pulih bangunan tersebut dan proses perpindahan semula ke bangunan WSM selewat-lewatnya pada akhir bulan september.
- Proses baik pulih mengambil masa selama setahun.
2015
Oktober
- Anak-anak Melaka dimaklumkan proses perpindahan semula ke Wisma Seri Melaka (WSM) oleh Pegawai Atase Pendidikan telah ditangguhkan.
November
- Pada 21 November 2015, anak-anak Melaka menghadiri satu sesi temuduga yang diadakan oleh wakil MAIM untuk kemasukan semula ke Wisma Seri Melaka (WSM).
2016
Januari
- Pegawai memaklumkan senarai nama temuduga akan diumumkan pada bulan februari akan tetapi sekali lagi proses ini ditangguhkan.
- Pada 21 Januari telah diadakan pertemuan Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Encik Yusuf bin Abu Bakar bersama ibu bapa di Masjid Al-Azim Melaka.
- Pelajar yang diterima masuk ke Wisma Seri Melaka (WSM) telah menerima satu mesej tawaran daripada pihak pegawai dan mereka diminta untuk berpindah ke WSM semasa para pelajar sedang menghadapi peperiksaan.
- Pimpinan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengadakan pertemuan dengan pegawai bagi membincangkan masalah yang belaku.
http://bkanmelaka.blogspot.com.eg/2016/05/bkkimm-membawa-suara-dan-harapan-anak.html
Jun
- Pada 1 Jun delegasi Kerajaan Negeri Melaka telah mengadakan lawatan kerja ke Wisma Seri Melaka (WSM), dengan kehadiran tersebut pimpinan BKKIMM mengadakan satu pertemuan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bagi mencari solusi terbaik.
- Antara cadangan yang dicadangkan oleh Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) adalah untuk memanjangkan kontrak sewaan Rumah Melaka Sementara (RMS) sehingga Wisma Melaka siap dibina sepenuhnya.
http://bkanmelaka.blogspot.com.eg/2016/08/perjumpaan-bkkimm-bersama-setiausaha.html
Ogos PERISTIWA
TARIKH / HARI
6 .8. 2016- Satu pertemuan diadakan oleh pembantu pegawai En. Ibrahim bin Husin untuk memaklumkan Rumah Melaka Sementara (RMS) perlu dikosongkan dan semua penghuni RMS perlu mencari rumah sewa sehingga akhir Ogos.
14.8.2016
- Satu pertemuan anak-anak Melaka bersama pimpinan BKKIMM bagi membincangkan kata sepakat bersama berikutan pemakluman pembantu pegawai sebelum ini.
http://bkanmelaka.blogspot.com.eg/2016/08/isu-penempatan-perjumpaan-bersama.html
16.8.2016
- Wakil AJKT BKKIMM di Malaysia telah mengadakan satu pertemuan dengan SU MAIM bagi membincangkan permasalahan dan isu penempatan yang dihadapi oleh anak-anak Melaka di Mesir.
http://bkanmelaka.blogspot.com.eg/2016/08/bkkimm-membawa-kesepakatan-anak-melaka.html
18.8.2016
- Wakil pimpinan BKKIMM telah mengadakan satu pertemuan bersama pegawai Atase Pendidikan Melaka di PPWSM untuk membawa suara dan permasalahan isu penempatan anak-anak Melaka di Mesir serta menyerahkan kertas tandatangan solidariti mereka tetapi ditolak oleh pihak pegawai.
http://bkanmelaka.blogspot.com.eg/2016/08/bkkimm-membawa-isu-penempatan-anak.html
21.8.2016
- Wakil pimpinan BKKIMM saudara Muhammad Amirul Fitri Bin Mazlan telah menghadiri pertemuan bersama ibu bapa pelajar Melaka Mesir di Malaysia anjuran Persatuan Ibubapa Mahasiswa Mesir Melaka (PIBMMM) bagi membincangkan seputar permasalahan dan isu penempatan yang dihadapi oleh pelajar Melaka di Mesir.
http://bkanmelaka.blogspot.com.eg/2016/08/bkkimm-dan-pibmmm-kerjasama-2-benua.html
- Kenyataan wakil setiap Batch anak-anak Melaka di Mesir hasil daripada pertemuan mereka bertujuan membincangkan permasalahan yang dihadapi dan mencari solusi terbaik untuk memastikan kebajikan anak-anak Melaka di sini terus terjaga.
http://bkanmelaka.blogspot.com.eg/2016/08/kenyataan-bersama-wakil-setiap-batch.html
29.8.2016
- Satu serahan memorandum Isu Penempatan Anak Melaka di Mesir kepada SU MAIM bagi menyatakan bantahan dan tidak bersetuju dengan tindakan MAIM menamatkan kontrak sewaan RMS sebelum WM siap dibina seperti mana yang dijanjikan sebelum ini serta memberikan beberapa cadangan terbaik bagi terus memelihara kebajikan anak Melaka di Mesir. Dalam memorandum itu telah menyatakan pihak yang berkenaan perlu memberi maklum balas sebelum tamat tempoh sewaan RMS.
30.8.2016
- Memorandum yang sama turut diserahkan kepada setiausaha sulit Ketua Menteri Melaka, setiausaha sulit SUK negeri Melaka dan Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM).
September PERISTIWA
TARIKH / HARI
1.9.2016
Khamis
- Satu peristiwa warga arab tempatan yang cuba menghalau keluar anak-anak Melaka daripada Rumah Melaka Sementara (RMS).
http://bkanmelaka.blogspot.com.eg/2016/09/kenyataan-rasmi-yang-dipertua-berkaitan.html#more
7.9.2016
Rabu
- Beberapa wakil pimpinan BKKIMM yang diketuai oleh saudara Ahmad Razin bin Mohd Fauzi Yang Dipertua BKKIMM telah membuat pertemuan rasmi dengan Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir, T.Y.T Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah (KBMK).
http://bkanmelaka.blogspot.com.eg/2016/09/luahan-isu-penempatan-anak-melaka-ke.html#more
10.9.2016
Sabtu
- Satu perjumpaan diantara pegawai Atase Pendidikan Melaka En. Muhd Anwar bin Idris dengan beberapa wakil pimpinan BKKIMM di Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka (PPWSM) bertujuan bagi memaklumkan keputusan kerajaan negeri berkenaan status RMS selepas peristiwa 1 September 2016 dan WSM bagi pelajar pengajian Islam.
24.9.2016
Sabtu
- Satu lagi pertemuan bersama semua anak Melaka di Mesir yang bertempat di Sutuh, Rumah Melaka Sementara (RMS) berkaitan isu penempatan. Pertemuan ini bagi memaklumkan kepada para anak Melaka situasi semasa gerak kerja yang telah dilaksanakan pimpinan BKKIMM bagi menyelesaikan isu ini selepas pegawai Atase memaklumkan keputusan kerajaan negeri yang sama iaitu tidak akan menyambung kontrak sewa RMS dan status para pelajar pengajian Islam yang ditawarkan menghuni Wisma Seri Melaka hanya berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2016 dan pelajar yang terlibat perlu mengosongkan kediaman mereka mulai 1 Januari 2017.
26.9.2016
Isnin
- Mahasiswa/wi anak Melaka di Mesir telah mengadakan satu bentuk Rayuan Penempatan Anak Melaka Mesir kepada peringkat pegawai Atase Pendidikan Melaka supaya dapat menyelesaikan permasalahan ini di hadapan Wisma Seri Melaka.
![]() |
Wednesday, 28 September 2016
BKKIMM WORKSHOP’16 MELAHIRKAN MAHASISWA SEIRING KEMODENAN ZAMAN
KAHERAH, 28 September 2016 – Sebuah program BKKIMM WORKSHOP telah berjaya dianjurkan oleh Unit Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2015/2016 dengan kerjasama komuniti pelaksana program yang telah diadakan Siri Pertama pada 15 Mac 2016 dan Siri Kedua pada 17 September 2016, bertempat di Sutuh Rumah Melaka Sementara (RMS).
Sunday, 25 September 2016
UMMATIC SACRIFICE, JOURNEY OF KHALIFAH
Wednesday, 11 May 2016
KENYATAAN BERSAMA WAKIL SETIAP BATCH ANAK-ANAK MELAKA DI MESIR
Perjumpaan telah mencapai kata sepakat seperti yang berikut :
1- Merujuk kepada ucapan Ustaz Muhammad Anwar bin Idris, Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka semasa pertemuan dengan anak Melaka pada 6 Mei 2016 berkaitan kedatangan Delegasi Ketua Menteri Melaka ke Mesir bagi merasmikan bangunan Wisma Seri Melaka yang telah siap dibaikpulih semasa tempoh peperiksaan fasa dua Mahasiswa/wi pengajian Islam dan sains kesihatan.
Monday, 15 February 2016
MAKLUMAN KETIADAAN PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN MELAKA
MAKLUMAN KETIADAAN PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN MELAKA
Hal ini kerana para mahasiswa/wi Melaka yang ingin berurusan dengan pihak pegawai memaklumkan bahawa kebanyakan urusan dibuat dengan Pembantu Pegawai iaitu Ustaz Ibrahim bin Hussin.
Friday, 22 January 2016
KENYATAAN RASMI YDP BKKIMM TERHADAP ISU BKPJM
(وَمَا تَنْقِمُ مِنَّا إِلَّا أَنْ آمَنَّا بِآيَاتِ رَبِّنَا لَمَّا جَاءَتْنَا ۚ رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ)
"Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami". (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)".
(Surah Al-A'raf :12)
Melihat kepada isu Pejabat Rasmi Badan Kebajikan Keluarga Pelajar-Pelajar Johor Mesir (BKPJM) yang telah dipecah masuk serta dipunggah keluar aset-aset pejabat BKPJM, pihak Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir menyatakan rasa kesal dan menyifatkan tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan adalah tidak wajar serta mencabuli hak mahasiswa.
Friday, 25 December 2015
JEBAT DI PERLEMBAHAN NIL
Tit tit.. Tit tit.. Bunyi panggilan masuk mesej di telefon usangku kedengaran.
Tanganku segera meraba ke dalam beg sandang yang aku bawa untuk mencari telefon yang sangat berbakti padaku sebelum aku menjejakkan kaki ke bumi Mesir ini lagi. Sambil melangkah ke dalam dewan kuliah yang sudah dipenuhi oleh sebahagian besar mahasiswi tahun tiga jurusan Syariah Islamiah itu, aku sempat membaca paparan di skrin telefon.
“Salam. Jemputan menghadiri perjumpaan khusus mengenai rombongan delegasi kerajaan negeri Melaka, pada hari Khamis selepas Isyak.”
“Assalamu’alaikum ya banat!”, suara Dokturah Wafa’ tegas kedengaran. Serentak dengan menjawab salam semua rakan sekelasku kembali ke posisi masing-masing dengan tertib. Aku segera menyimpan telefon bimbit dan menumpukan perhatian subjek Fiqh Al-Muqaran.
Saturday, 28 November 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)



























