Tit tit.. Tit tit.. Bunyi panggilan masuk mesej di telefon usangku kedengaran.
Tanganku segera meraba ke dalam beg sandang yang aku bawa untuk mencari telefon yang sangat berbakti padaku sebelum aku menjejakkan kaki ke bumi Mesir ini lagi. Sambil melangkah ke dalam dewan kuliah yang sudah dipenuhi oleh sebahagian besar mahasiswi tahun tiga jurusan Syariah Islamiah itu, aku sempat membaca paparan di skrin telefon.
“Salam. Jemputan menghadiri perjumpaan khusus mengenai rombongan delegasi kerajaan negeri Melaka, pada hari Khamis selepas Isyak.”
“Assalamu’alaikum ya banat!”, suara Dokturah Wafa’ tegas kedengaran. Serentak dengan menjawab salam semua rakan sekelasku kembali ke posisi masing-masing dengan tertib. Aku segera menyimpan telefon bimbit dan menumpukan perhatian subjek Fiqh Al-Muqaran.
Fikiranku melayang pada isi kandungan mesej yang kuterima sebentar tadi. Dalam kekakalutan mahasiswa sedang membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan ini, kami agak terkejut tersebut. Namun, kami sangat berbesar hati kerana kehadiran YAB Ketua Menteri kali ini adalah khusus untuk merasmikan bangunan Wisma Seri Melaka yang merupakan bangunan rasmi kedua yang dibina bagi penempatan anak-anak Melaka di bumi perantauan ini.
Persiapan
Senja mula melabuhkan tirai. Memberikan isyarat kepada para komuniti pelaksana program mengakhiri persiapan mereka pada hari tersebut. Laungan merdu azan dari musolla Al-‘Azim Wisma Seri Melaka berkumandang menyeru semua penghuni wisma untuk mempersiapkan diri bagi menunaikan rukun Islam kedua itu.
Azan bilal di beberapa masjid berdekatan turut sahut-menyahut menggamit penduduk di sekitar Hayyu Sabi’ untuk bersama-sama turun ke rumah Allah yang berhampiran. Rata-rata kedai atau pejabat yang beroperasi akan dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada kaum muslim menunaikan solat secara berjemaah. Keadaan inilah yang menyebabkan masjid sentiasa menjadi padat setiap kali waktu solat.

Seusai membaca surah Al-Mulk, aku mengeluarkan telefon bimbitku untuk membuat panggilan. Sebaik sahaja terlihat nama Ustaz Idris, butang dail ku tekan.
“Assalamua’alaikum ustaz.”
“Wa’alakumsalam. Ya ustazah Huda, boleh ana bantu?”
“Begini ustaz. Kalau tak menyusahkan ustaz, boleh tak jika ana nak minta tolong bahagian siswa buatkan air untuk delegasi yang akan sampai nanti? Untuk persiapan memasak nasi dan lauk siswi akan uruskan.”

“Oh, begitu. Kelak siswi nak jadi isteri solehah tak? Apa kata siswi saja yang tolong buatkan air, alang-alang dah ambil alih bahagian masakan kan.” balas Ustaz Idris dengan harapan aku akan menerima cadangan tersebut.
“ Sisiwi dah masakkan ‘kari solehah’. Rasa macam nak rasa air ‘sirap soleh’ siswa-siswa pula.”
Kedengaran suara di corong telefon itu sedikit ketawa. Nada gurauan itu seakan menggeletek hatinya. Aku teringat dengan cara tawar-menawar sebegini yang sudah menjadi kebiasaan penuntut di sini. Mungkin kerana terpengaruh dengan suasana peniaga-peniaga arab Mesir yang gemar meletakkan harga sesuatu barang melampaui harga kebiasaan yang ditawarkan kepada warga Mesir sendiri. Kepada mana-mana warga asing yang kurang mahir dalam cara menawar harga akan membayar dengan nilai yang tinggi.

Saat duka itu
Detik yang dinantikan telah tiba. Namun tidak seperti yang aku bayangkan. Kehadiran YAB Datuk Seri Ketua Menteri Melaka bersama isteri serta beberapa lagi delegasi kerajaan telah kami sambut dengan meriah melalui kerjasama pihak pegawai dan persatuan. Walaupun berada di rantau negeri orang, adat dan budaya masyarakat tidak kami lupakan.
Paluan kompang dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW menjadi pembuka keraian. Persembahan silat turut diadakan bagi mengembalikan semula seni warisan masyarakat Melayu. Ruang dewan dipenuhi dengan sejumlah bilangan yang besar anak-anak kelahiran negeri bersejarah ini. Kegembiraan jelas terpancar di wajah rakan-rakanku kerana dapat bertemu dengan kepimpinan utama kerajaan negeri. Peluang yang jarang ditemui ini kami gunakan sebaik mungkin ketika mana YAB Datuk Seri perkenan untuk mengadakan sesi ramah mesra bersama kami walaupun mempunyai jadual kerja yang padat.

Ketika slot ramah mesra bermula, beberapa ahli telah bangun melontarkan persoalan. Aku, selaku Naib Setiausaha Agung BKKIMM bersama Ustaz Idris ditugaskan untuk mencatat sebarang persoalan, cadangan dan pandangan daripada ahli yang hadir.
Bermula dari hal kerjasama kerajaan negeri dengan mahasiswa, sehinggalah melibatkan perkembangan negeri Melaka setelah dinobatkan sebagai Negeri Maju 2010 dengan tema Bandar Teknologi Hijau. Namun, ada satu persoalan yang menarik perhatian hadirin yang hadir. Tanganku terkaku untuk mencatat persoalan yang diluar dugaan itu.
Timbalan Ketua HEWI BKKIMM telah berdiri untuk meminta penjelasan YAB Datuk Seri berkaitan berita beliau ingin menubuhkan satu persatuan baru bagi anak-anak Melaka yang berada di Mesir.
Jawapan YAB Datuk Seri ibarat petir yang menyambar ke atas aku dan sahabat yang hadir. Persatuan baru yang dicanangkan oleh pegawai kebajkan kami itu benar-benar akan diwujudkan. Setelah berbincang dengan para delegasi dan pegawai kebajkan kami di Mesir ini, mereka telah bersetuju dan menamakannya sebagai Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM).
YAB Datuk Seri memberikan alasan bahawa BKKIMM telah bekerjasama dengan PMRAM yang dianggap sebagai satu persatuan yang berhaluan kiri. Malah pihak kepimpinan BKKIMM juga dikatakan sebagai hipokrit dengan pihak kerajaan negeri.

Aku bingkas berdiri membela persatuan yang tercinta. Kebenaran perlu ditegakkan. Dengan suara terkawal aku cuba bertutur dengan pimpinan utama negeri itu.
“Terima kasih saya ucapkan kepada YAB Datuk Seri yang sudi meluangkan masa bersama anak-anak Melaka walaupun mempunyai jadual kerja yang sangat padat. Saya Nur Huda Salleh, merupakan Naib Setiausaha Agung BKKIMM ingin menjelaskan kepada YAB Datuk Seri dan semua yang hadir pada malam ini. Di dalam catatan minit mesyuarat AJKT BKKIMM kali pertama bersama pegawai kebajikan Melaka telah membuktikan bahawasanya BKKIMM hanya menjalinkan hubungan bersama PMRAM berdasarkan tiga eleman sahaja iaitu berkaitan kebajikan, pendidikan dan hisbah. Dan saya mohon pihak YAB Datuk Seri mengkaji semula perkara ini kerana BKKIMM bergerak selari sepertimana yang telah dipersetujui oleh pegawai yang merupakan wakil kerajaan di sini”, tegasku.
PMRAM atau nama lengkapnya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir merupakan persatuan induk yang telah menaungi kebajikan anak-anak Melayu yang belajar di Mesir sejak 81 tahun yang lalu. Sudah diketahui umum semenjak turun-temurun dahulu lagi saf kepimpinan BKKIMM telah meletakkan PMRAM sebagai salah satu penaung sepertimana yang termaktub dalam buku Undang-undang Tubuh BKKIMM. Justeru apa yang berlaku pada malam itu mengelirukanku dan rakan pimpinan BKKIMM kerana persetujuan yang telah dibuat oleh pegawai kami yang berkelulusan Universiti Al-Azhar itu sangat berbeda dengan tindakannya kini.
Seorang demi seorang ahli berdiri dan memohon penjelasan. Mereka meminta supaya YAB Datuk Seri mengkaji dan mempertimbangkan semula perkara tersebut. Suasana menjadi tegang. Seorang lagi mahasiswa bangun dan menyatakan pandangannya.
“Saya suka untuk mengimbau sejarah lama yang mana BKKIMM telah ditubuhkan pada tahun 1976 lagi. Persatuan ini telah banyak berjasa kepada anak-anak Melaka dan semua daripada kita maklum bahawa hubungan BKKIMM dengan kerajaan negeri sebelum ini sangat baik. Saya selaku anak Melaka memohon kepada YAB Datuk Seri mengkaji semula tentang berita yang telah diterima oleh YAB Datuk Seri.”
“Bagaikan gunting di dalam lipatan”, bisik salah seorang daripada ahli yang hadir. Aku meminta beliau supaya bertenang walaupun di dalam hati ini tidak seperti yang aku ucapkan.
“Siapa yang bersetuju dengan saya yang mahukan persatuan BKKIMM menaungi mahasiswa Melaka di sini, sila berdiri bersama saya”, kata seorang siswa baru yang sangat mengagumkanku.
Dengan sangat berdiplomasi, seluruh hadirin yang hadir telah berdiri menunjukkan sokongan mereka kepada BKKIMM. Cuaca dingin musim sejuk saat itu tidak sedikit pun mempengaruhi kami untuk turut membeku dengan penubuhan persatuan baru terbabit.
Hak dan intergriti kami selaku mahasiswa Islam harus dipertahankan. Hujah dan alasan yang diberikan atas penubuhan IMAM dan penafian ke atas BKKIMM sangat tidak berasas. Mujur Yang Dipertua BKKIMM Ustaz Halim Hassan pantas mengawal keadaan dengan meminta semua ahli untuk bertenang dan duduk semula.

Melihat respon anak-anaknya yang mahukan keadilan, si ayah segera membuat keputusan.
“Baiklah. Saya letakkan keputusan di sini bahawa, anak-anak Melaka di sini bebas untuk menyertai sama ada BKKIMM mahupun IMAM. Namun demikian, pihak kerajaan negeri hanya mengikitraf IMAM sebagai persatuan rasmi anak-anak Melaka di sini”, kata-kata muktamad daripada YAB Datuk Seri.
Ya. Kata-kata terakhir daripada YAB Datuk Seri itu segera aku rekodkan di dalam catatanku. Inilah bukti yang membenarkan BKKIMM akan terus bergerak walaupun tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri.
Jika rakyat Mesir mencipta sejarah revolusi pada 25 Januari, kini sejarah sembilu yang bertarikh keramat 28 Disember 2010 ini sangat memberi kesan kepada anak-anak Melaka. Dan dalam beberapa hari sahaja, kata pemutus kebebasan yang telah diberikan oleh YAB Datuk Seri untuk kami menyertai BKKIMM telah mereka putar-belitkan sedikit demi sedikit.

IMAM bukan suara mahasiswa.
“Kalau betul IMAM merupakan suara mahasiswa Melaka, saya mencadangkan kepada pihak pegawai supaya mengadakan pilihanraya bagi pemilihan AJKT IMAM. Ahli akan menentukan siapa pimpinan persatuan mengikut cara demokrasi sepertimana pengamalan di universiti-unversiti dekat Malaysia,” cadang seorang senior lamaku dalam satu perjumpaan yang diadakan dua hari selepas kepulangan Ketua Menteri ke Malaysia.
Namun cadangan tersebut telah ditolak mentah-mentah oleh para delegasi dan pegawai tanpa alasan yang kukuh. Ahli semakin keliru. Sepertinya mempunyai agenda tersembunyi disebalik penubuhan IMAM. Majlis itu aku jangka diadakan untuk mengumumkan barisan AJKT bayangan IMAM sebaliknya bertukar menjadi sesi soal jawab diantara ahli dengan delegasi dan pegawai. Semua ahli sangat tidak berpuas hati dengan segala jawapan yang diberikan. Melihat soalan bertalu yang mempersoalkan IMAM, majlis tersebut segera dihentikan serta-merta.
‘Misi kebajikan’ pegawai dan delegasi kerajaan.
Aku menyandarkan badan ke tempat duduk yang disediakan. Langsir tingkap kereta api kelas kedua itu kutarik sedikit untuk mengurangkan cahaya silau matahari dari luar. Mata kupejam rapat. Kereta api faransawi yang aku kira kenderaan yang paling selesa berbanding kenderaan yang ada di Mesir ini meluncur tenang meninggalkan kota Kaherah menuju ke tempat mustautinku Iskandariah. Meninggalkan ibu negeri Mesir ini boleh kuumpamakan seperti melepaskan sebahagian bebanan kerja yang dipikul oleh aku dan rakan sekerja.
Baru sedetik ingin mengecapi nikmat ketenangan, aku dikejutkan dengan khabar baru daripada Ustazah Izzah yang melaporkan dari wisma. Ahli kami telah diugut! Sekiranya mereka menyertai BKKIMM, tindakan penarikan zakat serta pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka akan dikenakan.

“Surat rasmi amaran supaya tidak menyertai aktiviti BKKIMM daripada pengerusi besar TAPEM telah dipaparkan pada papan kenyataan pegawai kita. Dulu kata lain, sekarang buat lain”, kata Ustazah Izzah.
“Bertenanglah Izzah. Mungkin besar hikmah yang Allah nak tunjuk pada kita. InsyaAllah kita ada cara untuk mengatasinya”, pujukku.
“Satu lagi berita yang ana tak boleh terima, sekarang adik-adik kita dah mula keluar malam tanpa musyrif. Ustaz Ahmad juga pernah terserempak dengan seorang ikhwah yang naik lif bersama seorang akhawat. Sedih betul hati ana ni, Huda. Dulu biah solehah sangat terpelihara di wisma kita ini”, rintih Timbalan Ketua Unit Dakwah itu sekaligus menamatkan perbualan duka kami.
Belum sempat aku menceritakan khabar tersebut pada Ustazah Nurul yang berada di sebelahku, aku melihat beliau sedang mengesatkan mutiara halus yang mengalir dari mata redup itu. Rupa-rupanya raisah aku itu sudah mendapat SMS laporan tentang perkara tersebut daripada YDP Ustaz Halim. Sedaya upaya aku menahan air mataku daripada mengalir. Aku harus memberi semangat kepada Ustazah Nurul. Aku tahu, bukan mudah untuk seorang raisah yang membentuk jiwa ahli-ahli kami terutama akhawat perubatan yang semakin membanjiri negara perlembahan Nil ini. Usaha murni beliau selaku ketua di bahagian mahasiswi Melaka telah ternoda dengan kuasa-kuasa yang mementingkan kepentingan tertentu sahaja.
“Dulu suasana kita semua sangat aman dan harmoni. Musibah apakah yang telah melanda anak-anak Melaka kini, Huda? Sebahagian daripada ahli kita tidak bertegur sapa kerana masing-masing mempunyai kecenderungan yang berbeza antara IMAM dan BKKIMM. Inilah yang telah kita terangkan kepada pegawai yang mana penubuhan IMAM akan memecah-belahkan kesatuan anak-anak Melaka. Perkara tersebut benar-benar telah berlaku”, luah beliau lagi.
“Sabarlah Nurul. Ana sendiri terlalu sedih bila mengenangkan ahli kita yang hanya tahu mengambil manfaat diantara BKKIMM dan IMAM.”
Ya. Semuanya berubah dalam sekelip mata. Kebahagiaan ukhuwwah serta kesatuan mahabbah yang telah lama terbina diantara kami anak-anak Melaka goyah dengan penubuhan persatuan baru itu.
Jebat di lembah Nil.
Bagiku revolusi rakyat Mesir yang melanda warga negara in sama hebat melanda anak-anak Melaka. Tinggal kami tidak keluar berdemonstrasi sahaja. Seperti mendapat semangat kebangkitan rakyat Mesir, mahasiswa Melaka kali ini bangkit menyuarakan hak kebebasan berpesatuan sekaligus mengangkat integriti sebagai mahasiswa Al-Azhar. Walaupun dilabel sebagai melanggar keputusan pihak kerajaan negeri, kami tetap dengan pendirian mempertahankan persatuan yang telah difitnah. Sudah menjadi lumrah tradisi negeri Melaka yang menjunjung hak itu digelar derhaka seperti mana Hang jebat dikalungkan anugerah derhaka oleh Sultan Melaka. Namun yang hak mesti dipertahankan walau darah menjadi taruhan. Itulah semangat yang tersemat di dalam hati kepimpinan dan ahli BKKIMM.
“Ana tak kisah kalau ana ditarik zakat dan pinjaman negeri. Harga sebuah perjuangan menegakkan kebenaran lebih mahal daripada nilai yang sememangnya menjadi hak kita sebagai rakyat. Tidak mengapa, ana sudah bersedia menghadapinya”, tegas Ust Daniel yang merupakan Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan BKKIMM.
“Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan membantu kamu dan Dia akan memperteguhkan kedudukan kamu”, taujihat daripada Ustaz Halim yang dipetik daripada naskhah agung menyuntik semangat kami. Setiap hari solat hajat diadakan bagi memohon pertolongan Yang Maha Kuasa agar memberi kekuatan kepada hati-hati kami ini untuk mempertahankan kebenaran. Semoga segala kebatilan yang menodai lantai kesatuan kami ini akan terhapus dengan kebenaran suatu hari nanti. Kerana kami sangat percaya bahawa pertolongan Allah itu sangat dekat. Segenap tenaga akan kami maksimakan demi mempertahankan BKKIMM yang menjadi wadah tarbiyah sebenar anak-anak Melaka di ardul kinanah ini.
Hasil Karya : Nor Hidayah Bt Sulaiman
No comments:
Post a Comment