AHLAN WASAHLAN KEPADA MAHASISWA BARU 2015
Mesir, 23 Julai 2015 -Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) Mesir telah menyambut ketibaan mahasiswa/wi baru seramai 26 orang. Rombongan ini diiringi oleh seorang Pegawai Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM), Ustaz Md Said bin Mohd Amin. Rombongan ini telah tiba jam 4.50 petang di terminal 1, Cairo International Airport.
Turut bersama dalam sambutan ini adalah Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka, Ustaz Mohd Anwar Bin Idris dan pembantu pegawai, Ustaz Ibrahim bin Hussin bagi memastikan perjalanan dan pengurusan Urusetia Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB) berjalan dengan lancar.
Di dalam perjalanan ke Rumah Melaka Sementara (RMS), Ustaz Anuar Bin Idris Selaku Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka dan Timbalan Yang Dipertua BKKIMM, Ustaz Ahmad Razin bin Mohd Fauzi telah memberikan ucapan tentang sedikit pengenalan berkenaan dengan negara Mesir.
Tepat pada pukul 7.30 malam, rombongan mahasiswa/wi baru telah tiba di RMS dan telah menunaikan solat Isyak secara berjemaah. Selepas itu, berlangsungnya acara gimik penyerahan sumbangan mahasiswa baru. Sumbangan telah disampaikan oleh wakil Majlis Agama Islam Melaka, Ustaz Md Said bin Mohd Amin kepada Ustaz Mohd Anwar bin Idris.
Program sambutan ini diletakkan di bawah seliaan USMB saban tahun bagi proses menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan di Mesir. Pelbagai program yang berbentuk pendedahan, pendidikan dan kefahaman telah diatur kepada mahasiswa/wi baru.
AJKT BKKIMM dan Komuniti Pelaksana USMB 15 mengucapkan ahlan wasahlan kepada semua mahasiswa/wi yang baru. Semoga dengan kehadiran mahasiswa/wi baru akan melahirkan lebih ramai lagi generasi pelapis agamawan di bumi Melaka insya Allah.
“ Generasi Rabbani Tunjang Kesatuan Ummah ”
“ Memartabat Keilmuan, Meribat Kesatuan "
Yang menjalan tugas,
Setiausaha Kerja,
Urus Setia Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB’15)
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2014/2015
No comments:
Post a Comment