KAHERAH, 1 Julai 2015 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir 2014/2015 (BKKIMM'14/15) meneruskan lagi jalinan kerjasama bersama Encik Muhd Anwar bin Idris, Pegawai Atase Pendidikan Melaka Mesir selepas tamat musim peperiksaan bagi Pengajian Islam dengan mengadakan pertemuan yang merupakan kesinambungan daripada perjumpaan bersama beliau bertarikh 30 April 2015.

Menjawab permasalahan yang dibawa oleh wakil BKKIMM'14/15 iaitu Saudara Ahmad Razin bin Mohd Fauzi, Timbalan Yang Di-Pertua BKKIMM'14/15 mengenai visa pelajar, beliau memaklumkan bahawa urusan visa pelajar yag terbabit adalah di luar bidang kuasa kedutaan Malaysia. Adapun masalah visa yang tidak diperbaharui sejak 2013, pemilik pasport tersebut perlu membuat urusan di Malaysia.
Mengenai isu kerugian yang dialami oleh pelajar akibat insiden kebakaran di Rumah Melaka Sementara (RMS) yang lepas, pihak beliau akan membantu menyampaikan suara ini kepada pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk menuntut sumbangan ganti rugi. Wakil BKKIMM'14/15 turut menyertakan senarai pelajar-pelajar yang terlibat.

Sebelum mengakhiri perjumpaan pada kali ini, pihak BKKIMM menyampaikan cenderahati dan syantah Ramadan sempena bulan mulia ini. Akhirnya, BKKIMM mengharapkan seluruh mahasiswa Melaka Mesir memberi sokongan padu kepada BKKIMM sebagai satu-satunya wadah kesatuan anak Melaka di Mesir dalam mengetengahkan masalah-masalah yang dihadapi di Perlembahan Nil.
"Memartabat Keilmuan Meribat Kesatuan"
"BKKIMM Tetap Di Hati"
"Memartabat Keilmuan Meribat Kesatuan"
"BKKIMM Tetap Di Hati"
Disediakan Oleh :
Setiausaha Agung
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM)
2014\2015
Setiausaha Agung
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM)
2014\2015
No comments:
Post a Comment