Tuesday, 23 June 2015

IHTIRAM ’15 I GRADUAN TARBIAH RAMADHAN YANG DINANTI


KAHERAH - 23 Jun 2015 bersamaan 6 Ramadhan 1436H. Pada 17 Jun yang lalu, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah menganjurkan perasmian program Ihya’ Tarbawi Ramadhan ‘15 yang akan  berlangsung sepanjang bulan Ramadhan. Antara objektif yang ingin  dicapai  adalah menyeru semua anak Melaka menghayati serta berlumba-lumba mengerjakan ibadah dalam bulan Ramadhan dan mengeratkan ukhuwah antara anak-anak Melaka dengan menyuburkan semangat kecintaan untuk mengerjakan ibadah bersama serta menjadikan bulan Ramadhan sebagai universiti tarbiah dalam melahirkan graduan bertaqwa dan sebagainya. Anggaran bilangan ahli yang bersama-sama memeriahkan majlis perasmian adalah seramai 50 orang ikhwah dan akhawat.

Majlis bermula selepas solat sunat terawih. Dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang diperdengarkan oleh Ustaz Muhammad Syafiq Bin Marwan serta nyanyian Asmaul Husna, majlis dimulakan dengan ucapan pengarah program seterusnya ucapan YDP BKKIMM Ustaz Ahmad Rabbani bin ismail. Kemudian diteruskan dengan ucapan  perasmi program  Ustaz Muhammad Haziq Bin Zainal Abidin dan sekaligus melancarkan gimik perasmian program Ihya’ Tarbawi Ramadhan (Ihtiram 15’). Agenda majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada perasmi. Setelah itu, majlis dimeriahkan lagi dengan sambutan hari lahir anak-anak Melaka bermula bulan Januari sehingga bulan Jun. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Haziq bin Zainal Abidin selaku perasmi program diiringi Yang Dipertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM). Sambutan ini adalah di bawah anjuran Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan BKKIMM sesi 14/15 dengan kerjasama Ihtiram 15’ pada tahun ini.

Majlis diteruskan lagi dengan slot penerangan dari unit pengisian program mengenai aktiviti-aktiviti yang telah disusun sepanjang bulan Ramadhan. Antaranya tadarus Al-Quran, kelas tafaqquh, solat terawih, qiamullail, tazkirah, iftar jam’ie dan banyak lagi.

Akhir sekali, harapan seluruh badan pelaksana program Ihya’ Tarbawi Ramadhan ’15 agar  Ramadhan pada tahun ini lebih bermakna buat semua anak Melaka dengan memperbanyakkan amal ibadah pada bulan ini demi meraih keberkatan serta keredhaan dari Allah S.W.T seterusnya melahirkan generasi bertaqwa di akhirnya serta tidak mensia-siakan tiga fasa di dalam bulan Ramadhan iaitu permulaannya sebagai rahmat, pertengahannya fasa keampunan dan pengakhirannya adalah pelepasan daripada api neraka.

“ Universiti Ramadhan Melahirkan Generasi Badar”
“Memartabat Keilmuan, Meribat Kesatuan”
“BKKIMM TETAP DI HATI”

Disediakan oleh :
Setiausaha kerja,
Ihya’ Tarbawi Ramadhan 2015 (IHTIRAM ’15)
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
2014/2015

No comments:

Post a Comment