Monday, 20 July 2015

GENIUS ’15 PLATFORM ASAS MEMBENTUK GENERASI BERTHAQAFAH


GENIUS ’15 PLATFORM ASAS MEMBENTUK GENERASI BERTHAQAFAH





MELAKA – 18 Julai 2015 bersamaan 2 Syawal 1436H. Pada 14 Julai yang lalu, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah menganjurkan program GENIUS ’15 yang telah berlangsung pada bulan Ramadan yang lalu. Program tersebut yang bertemakan 'Membimbing Generasi Berthaqafah Menjana Kesatuan Ummah'  diadakan adalah khusus bagi pelajar yang akan melanjutkan pengajian di Mesir. Antara objektif yang ingin dicapai adalah memberikan pendedahan kepada peserta mengenai gambaran awal kehidupan di Mesir dan mengeratkan silaturrahim antara para peserta dan mahasiswa/wi Mesir serta membantu pelajar dalam memudahkan segala urusan mereka. 

Program bermula dengan pendaftaran para peserta yang melibatkan penyertaan seramai 21 orang peserta ikhwah dan akhawat yang diadakan di Dewan Masjid Al-Azim. Setelah itu, program dimulakan dengan peperiksaan Pra-Imtihan Qabul bertulis yang melibatkan semua peserta. Seterusnya, program dimulai dengan nasyid Asmaul Husna dan lagu tema program dan diserikan  lagi dengan ucapan perasmi program saudara Mohd Aidil bin Md Hassim. Agenda program diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada perasmi.

             Program diteruskan lagi dengan beberapa slot dan pengisian bermanfaat yang telah disusun oleh unit pengisian program sepanjang program berlangsung. Antaranya tayangan video, gerak kerja berkumpulan, penerangan bagi setiap slot dan sebagainya. Antara pengisian slot yang pertama iaitu talkshow yang disampaikan oleh Ustaz Abu Yamin bin Ramle. Beliau memberikan sedikit penerangan berkaitan sejarah Al-Azhar, pasca kejatuhan Dr.Mursi dan sistem pembelajaran di Universiti Al-Azhar serta sistem pengajian talaqqi. Seterusnya,slot yang kedua Senat Fakulti iaitu penerangan berkenaan  bidang-bidang pengajian yang akan diceburi oleh para peserta mengikut bidang masing-masing yang disampaikan oleh beberapa orang mahasiswa/wi Mesir. Setelah itu, slot yang ketiga berkenaan aspek kebajikan yang dijaga oleh persatuan BKKIMM iaitu pendidikan, keselamatan dan kesihatan ahli Melaka bagi membantu pelajar dalam memudahkan segala urusan mereka yang disampaikan oleh saudara Mohd Aidil bin Md Hassim dan slot terakhir iaitu penerangan Biah Solehah dan penjagaan kesihatan di Mesir yang disampaikan oleh saudari Nur Hafizah bt Abd Rahman dan Dr. Adibah Izzaty bt Azit. Setelah itu, program tersebut diakhiri dengan ucapan penutup oleh pengarah program, saudara Ariff Budiman bin Bahar dan majlis iftar jam’ie bersama para peserta.

Akhir sekali,seluruh badan pelaksana program GENIUS ’15 mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di Mesir kerana terus tetap dan istiqamah dengan pendirian yang sedia ada serta berharap agar semangat seperti ini terus berkekalan sehingga menjejakkan kaki di bumi anbiya’ kelak.



“Generasi Intelektual Ummah Sukses”
“Memartabat Keilmuan, Meribat Kesatuan”
“BKKIMM TETAP DIHATI”

Disediakan oleh :
Setiausaha,
Generasi Intelektual Ummah Sukses (GENIUS '15)
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
2014/2015


No comments:

Post a Comment