KAHERAH – 15 Julai
2012 - Setelah berlalunya pilihan raya Presiden
Republik Arab Mesir yang lepas dengan kemenangan calon daripada ‘IKHWAN
MUSLIMIN‘ iaitu Dr Mursi, beliau telah diberi mandat oleh rakyat mesir untuk
menjadi presiden seterusnya selepas kejatuhan presiden yang sebelumnya. Maka
pihak PMRAM telah menganjurkan kempen kebersihan di seluruh Bkan dan Dpm secara
serentak pada tanggal 15 julai 2012. Operasi pembersihan ini berikutan sebagai
tanda sokongan pihak PMRAM bagi menjayakan manifesto 100 hari selepas kenaikan
daripada presiden mesir yang baru. Antara salah satu manifesto 100 hari selepas
kenaikan adalah ingin menjadikan Mesir sebagai bandar yang bersih. Bersesuaian
dengan tuntutan di dalam islam iaitu menggalakkan pengganutnya untuk menjaga
kebersihan dari segala aspek.
Tidak ketinggalan
juga bagi BKKIMM dalam turut serta untuk merealisasikan manifesto 100 hari
Presiden Republik Arab Mesir, dengan bersama-sama mengadakan ‘Ops Bersih’ di
peringkat cawangan Melaka yang dikawal selia oleh Unit Perumahan BKKIMM. Gotong
royong bermula sekitar jam 6.45 pagi, dan antara kawasan yang dibersihkan
adalah di sekitar Wisma Seri Melaka dan juga kawasan sekitar rumah yang
berjiranan dan bertentangan dengan Wisma Seri Melaka. ‘Ops Bersih’ di peringkat
bkan Melaka turut dihadiri oleh badan pengurus angkat Melaka iaitu Ustaz
Norhalis Syafiq bin Ahmad dan juga Yang Di Pertua BKKIMM Ustaz Amir Al Amin bin
Mustaff beserta dengan beberapa orang ahli BKKIMM bagi menjayakan ‘Ops Bersih’.
Gotong royong tamat pada jam 7.45 pagi.
Setelah tamat jam
7.45 pagi, majlis penutup diteruskan dengan hidangan sarapan pagi dan jamuan
yang telah disediakan. Dimulai dengan ucapan dari badan pengurus angkat Melaka
dan ramah mesra antara ahli BKKIMM dengan badan pengurus angkat Melaka.
Mohd Fuad Mojd Lizah
Ketua Unit Perumahan BKKIMM 11/12
Ketua Unit Perumahan BKKIMM 11/12
No comments:
Post a Comment