12 julai
2012 – Unit Kebudayaan,
Kesenian dan Sukan (UKKS) telah
mengadakan majlis penutup segala program sepanjang sesi 2011/2012. Majlis
bermula dengan solat maghrib secara berjamaah, kemudian bacaan yaasin,
berqasidah, solat isya`, seterusnya solat hajat. Alhamdulillah dengan kerjasama
Unit Dakwah, majlis dapat berjalan dengan lancar.
Seterusnya majlis
bermula secara rasminya dengan ucapan kata alu-aluan pengerusi majlis Saudara
Muhammad Muzammil bin Abu Bashah. Kemudian dijemput Saudara Mohd Aidil bin Md
Hassim selaku pengarah program dan wakil ukks. Beliau mengucapkan ribuan terima
kasih kepada mahasiswa/-mahasiswi dan memohon maaf atas segala kesalahan dan
kelemahan dalam mengendalikan apa jua program sepanjang sesi kenaikan.
Majlis diteruskan lagi
dengan ucapan Ydp Bkkimm, Saudara Amir Al-Amin bin Mustaff. Beliau menasihati
kepada semua mahasiswa/siswi dikalangan pengajian islam dan juga perubatan
supaya bersama-sama dalam jamaah untuk memastikan mottopersatuan berjaya iaitu ”Bkkimm
terus bergerak, Bkkimm milik semua”.
Kemudian, acara
perasmian gimik pelancaran Tabung Ihya` Ramadan yang dirasmikan oleh Ydp Bkkimm
Saudara Amir Al-Amin bin Mustaff dengan kerjasama Unit Dakwah. Seterusnya acara
yang dinanti-nantikan oleh semua mahasiswa-mahasiswi iaitu acara penyampaian
hadiah kepada para pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan oleh ukks dalam
bulan julai.
Penyampaian hadiah
bagi mahasiswa disampaikan oleh Ydp Bkkimm Saudara Amir Al-Amin bin Mustaff
diiringi oleh Saudara Mohd Aidil bin Md hassim selaku wakil ukks. Bagi
mahasiswi Saudari Nurul Ain binti Mohd Zaid diiringi Saudari Nadhirah binti
Aziman. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Majlis berakhir
dengan bacaan doa dan majlis jamuan sempena sambutan kelahiran bagi seluruh
mahasiswa-mahasiswi di apartment 3.1 . Alhamdulillah dengan berakhirnya majlis
ini maka berakhirlah segala program ukks sesi 2011/2012. Sekali lagi ukks
memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan dalam menganjurkan sebarang
aktiviti.
Akhir kalam,
diharapkan kepada mahasisiwa/siswi Melaka yang berada di Perlembahan Nil supaya
sentiasa memberikan komitmen kepada Bkkimm, sejurus itu memastikan Bkkimm terus
bergerak, Bkkimm milik semua.
“BKKIMM terus bergerak,BKKIMM milik semua”..
Mohd Aidil b. Md Hassim,
Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan
Sukan,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka
Mesir sesi 2011/2012.
No comments:
Post a Comment