Tuesday 9 December 2008

Berita: Aidiladha 1429H disambut meriah anak-anak Melaka

KAHERAH, 8 Dis. - Sambutan Aidiladha 1429H disambut meriah oleh penuntut-penuntut Melaka di sini. Program korban peringkat Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) mendapat sambutan baik daripada ahli. Program ini berjaya mengumpulkan ramai ahli BKKIMM dari segenap pelusuk bumi Mesir baik daripada kuliah Al-Azhar mahupun perubatan. Sehari sebelum menjelang Aidiladha kebanyakan ahli BKKIMM sudah pun berkampung di Wisma Melaka. Kemesraan dan semangat kerjasama di kalangan ahli terserlah apabila masing-masing mengambil bahagian bergotong-royong menguruskan daging korban.

Sementara ikhwah menguruskan daging korban akhawat pula sibuk dengan kerja-kerja memotong dan menghiris bawang dan bahan-bahan lain sebagai persiapan kenduri yang direncanakan berjalan pada sebelah malam hari yang sama.

Ahli BKKIMM kemudian diberi santapan rohani dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin bin Omar pada sebelah maghrib sebelum diakhiri dengan solat Isya' dan makan malam. Program berjalan dengan baik dan lancar.

(Untuk melihat gambar sepanjang program berlangsung, sila klik di sini.)


No comments:

Post a Comment