UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Wednesday, 15 April 2009

Ustzh. Halimatun Mardiana Mohd Sarji selamat melahirkan

Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) mengucapkan tahniah kepada Ustaz Mohd Affie Arifin dan Ustazah Halimatun Mardiana Mohd Sarji sekeluarga di atas kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Ustzh. Halimatun Mardiana Mohd Sarji, isteri kepada Ust. Mohd Affie Arifin, telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 12 April 2009 bersamaan 16 Rabiul Akhir 1430H, jam 5.15 petang di rumah mereka. Bayi perempuan kepada salah satu unit Mutazawwijin BKKIMM di Mansurah seberat 2.5 kilogram itu telah diberi nama Syifa Syauqeena Mohd Affie. Semoga dengan hadirnya Syifa Syauqeena keluarga Ust. Mohd Affie bertambah bahagia.

2 comments:

  1. tahniah dan mabruk diucapkan buat ukhtie dan akhie sekeluarga .. moga berbahagia

    ReplyDelete
  2. tahniah buat affie ariffin dari nurkhamimi bin zainuddin dari kuala lumpur...rakan sekelas di madrasah arabiah tampok...

    ReplyDelete

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.