UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Tuesday, 10 August 2010

Fail YDP Bertukar Tangan

oleh: Muhammad Shukri 'Ilmi bin Ismail

KAHERAH, 10 Ogos - Mantan Yang Dipertua (YDP) BKKIMM, Ust. Mohd Shahdan Bin Bakar, telah menyerahkan fail YDP kepada YDP baru, Ust. Harman Bin Hassan, dalam mesyuarat timbal balas antara saf kepimpinan lama dengan saf kepimpinan baru tengahari semalam di Dewan Mu'allim, Wisma Melaka. Mesyuarat tersebut telah dijalankan setelah keputusan pilihanraya BKKIMM diumumkan malam sebelumnya. Penentuan portfolio Ahli Jawatankuasa AJK Tertinggi (AJKT) dan AJK Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) juga telah dijalankan dalam mesyuarat tersebut menerusi kata sepakat yang dicapai setelah berbincang dan mendapat pandangan daripada kepimpinan sesi lepas. Pada penghujung mesyuarat, Ust. Mohd Shahdan dan juga Ust. Mohd Shukor Bin Ismail, mantan penasihat, telah menyampaikan kalam taujihat serta nasihat kepada sidang mesyuarat. Mereka berdua berharap agar saf kepimpinan yang dilantik dapat meneruskan perjuangan 'orang lama' dalam menjaga kebajikan anak-anak Melaka yang berada di Mesir dengan sebaiknya.

[serah tugas - Mantan YDP (kiri) menyerahkan fail YDP kepada YDP baru (kanan)]


[nasihat - mantan penasihat (kiri) memberikan nasihat dan taujihat]

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.