UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Sunday, 1 August 2010

Sunnah Mengkhatamkan Al-Qur'an Pada Bulan Ramadan

[Tazkirah HEWI]

RAMADAN
adalah bulan istimewa berbanding bulan-bulan lain. Pada bulan tersebut diturunkan al-Quran, terdapat Lailatulqadar, digandakan amalan, syaitan-syaitan dirantai dan pelbagai keistimewaan lain diberikan yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain.

Antara amalan paling utama yang patut dilakukan oleh setiap muslim di bulan Ramadan yang diberkati ini ialah mengkhatamkan al-Quran. Tsabit perbuatan Nabi S.A.W mengkhatamkan al-Quran sebanyak dua kali bersama Jibril a.s pada tahun Baginda diwafatkan.

Ini bermakna, sunnah membaca al-Quran dan mengkhatamnya sambil menghayati makna ayat, bukan sekadar membaca sahaja. Ini kerana, tujuan membaca al-Quran akan hilang tanpa menghayati isinya.

Menurut Ibrahim al- Nakha'i, al-Aswad mengkhatam al-Quran dua malam sekali pada bulan Ramadan.

Qatadah pula mengkhatam al-Quran setiap minggu. Pada bulan Ramadan, dia mengkhatam al-Quran sebanyak tiga kali. Apabila tiba sepuluh hari terakhir Ramadan, dia akan mengkhatam pada setiap malam.

Mujahid pula mengkhatam al-Quran setiap malam pada bulan Ramadan.

Menurut Mujahid, Ali bin al-Azdiy mengkhatam al-Quran setiap malam pada bulan Ramadan.

Menurut al-Rabi' bin Sulaiman, Imam Syafie mengkhatam al-Quran sebanyak 60 kali pada bulan Ramadan.

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.