
[klik gambar untuk paparan lebih jelas]



"Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehalobaan manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian. Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu, janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari Akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.
“Orang alim adalah lampu Allah S.W.T di dunia ini. Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan, maka dia akan mencedok ilmu daripada orang-orang alim.”
“Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia, iaitu nikmat masa lapang dan kesihatan”
(Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian) Al-‘asr 103:1-2.
“Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan dan perjuangan mukmin yang sejati tidak akan terhenti kecuali kedua tapak kakinya telah menginjak pintu syurga”
"Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al-Quran dan Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahkan al hikmah itu, dia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakhlaklah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)."
"Sesungguhnya akhlak itu adalah daripada Allah, barangsiapa memperoleh kebajikan daripada Allah maka dia diberi keperibadian yang baik, dan barangsiapa memperoleh keburukan daripada Allah, maka baginya keperibadian yang buruk."
"Tidak seorang Muslim menyebarkan benih atau menanam tanaman, lalu dimakan buahnya oleh manusia atau binatang atau makhluk lain, melainkan akan tercatat baginya sebagai sedekah."
"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula." (Az-Zalzalah: 7-8)
"Semoga Allah menerima dari kita seberat beberapa zarrah dan dalam dua biji kurma ini terkandung banyak zarrah."
"Janganlah engkau memperkecil nilai kabaikan walaupun hanya dengan menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri (tidak muram)."
"Seorang lelaki diampuni dosanya oleh Allah S.W.T kerana telah membuang sebuah dahan berduri yang dilihatnya melintang di tengah-tengah jalan sambil mengucapkan syukur kepada Allah."

Dan bahagian-bahagian tubuh kita yang lain. Hati, buah pinggang, jantung, dan lain-lain? Siapakah yang mahu menukar hidupnya dengan seluruh harta benda duniawi? Ingatlah, hidup ini sendiri adalah nikmat dari Allah s.w.t.
"Mahukah aku kalau ada orang mahu membeli sepasang mataku dengan jutaan ringgit?"
"Mahukah aku tukarkan kedua-dua belah tangan ku ini dengan emas yang bertan-tan?"
"Maka nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan?"InsyaAllah, semoga kita sama-sama dapat renungkan. Mari kita terus bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah dan terus sabar mengahadapi ujianNya.


"Hiduplah Engkau Di Dunia Seolah-olah Engkau seorang perantau atau musafir lalu."
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar."
"Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka."
"Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak)." (Riwayat al-Tarmizi).Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?
Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala. (Kitab: al-Burhan al-Muayyad).Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.
"Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunai itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Surah ali-Imran: Ayat 185).Di dalam kesibukan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.
"Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu." (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar." (Surah at-Taubah: Ayat 119).Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka beriman di dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.
"Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa." (surah al-Qamar: Ayat 55).Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:
"Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas." (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelamahan diri sebelum diri kita menemui ajal.
"Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang." (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).