Sunday 23 January 2011

Dua Orang Mantan AJKT BKKIMM Menimang Cahaya Mata

 Kaherah, 20.01.2011 – Disebalik kekalutan isu yang melanda Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ) sejak akhir-akhir ini, kehadiran seorang lagi ‘ahli baru’ telah menyerikan musim dingin kami keluarga BKKIMM. Mantan Ahli Jawatankuasa Tertinggi ( AJKT ), Ust Syahrul Al-Hafiz bin Abdul Hamid bersama isteri, yang juga merupakan mantan AJKT HEWI, Ustazah Khairunnisa’ binti Yusof telah selamat menyambut kelahiran putera sulung mereka pada hari Jumaat, jam 5.20 petang, bertempat di Hospital Rahmah, Roxy, Kaherah. Walaupun mengalami komplikasi pada saat-saat awal kelahiran, namun bayi tersebut telah selamat dilahirkan secara pembedahan Caesarean. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang sihat dan kini sudah berada di kediaman mereka bertempat di Hayyu Asyir.


Pasangan suami isteri yang merupakan mantan Ketua Unit Pendidikan dan mantan Timbalan Ketua Unit Dakwah sesi lepas melahirkan rasa syukur mereka atas nikmat yang telah dikurniakan kepada mereka khasnya dan umum buat semua kerana telah hadir seorang lagi khalifah, ummat Nabi SAW serta mengharapkan agar anak sulung mereka ini menjadi salah seorang pejuang yang menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Mereka turut berharap agar kelahiran ini dapat menyuntik semangat sahabat-sahabat untuk membina bait muslim, selari dengan sunnah Nabi Muhammad SAW dan perintah daripada Al-Khaliq untuk melakukan apa yang diperintah dan meninggalkan perkara mungkar, seiring mencegah ikhtilat serta hubungan yang melampaui batasan syar’ie.



Turut hadir menantikan kehadiran ‘ahli baru’ tersebut ialah YDP BKKIMM, Ustaz Harman bin Hassan, beberapa orang Majlis Tertinggi AJKT serta ahli BKKIMM. Kami di barisan kepimpinan BKKIMM sesi 2010/ 2011 serta seluruh ahli BKKIMM mengucapkan sekalung tahniah kepada pasangan di atas kelahiran pertama ini.

2 comments:

  1. Alhamdulillah...
    Tahniah Syahrul & Ustazah Khairunnisa'
    InsyaAllah nanti saya lawat =)

    ReplyDelete