UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Saturday, 1 January 2011

Resepi Belajar

Santapan Kejayaan


Bahan-bahannya:
  1. Buku secukupnya(ikut selera masing-masing)
  2. Sebuah ketekunan
  3. 3 mangkuk kerajinan
  4. 4 hiris keinsafan
  5. 5 keping kasih sayang
  6. Beberapa potong kasih
  7. Segenggam harapan
  8. 1/3 cawan air mata keinsafan
  9. Semangkuk azam
  10. Sekuntum A untuk hiasan


Cara membuatnya:
  1. Ambil beberapa buah buku(ikut selera) dan gaulkan dengan azam.
  2. Biarkan seketika sehingga kedua-duanya sebati.
  3. Ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 liter pati usaha.
  4. Keyakinan, kasih sayang, nasihat, doa dan harapan digaulkan bersama.
  5. Kemudian titiskan air mata keinsafan.
  6. Kasih sayang dan harapan digoreng bersama kasih sebagai penambah perisa.
  7. Tambahkan sedikit kerajinan.
  8. Akhir sekali, masukkan kesungguhan serta beberapa hiris nasihat dan doa.
  9. Taburkan dengan keimanan serta tawakal kepada Allah.


Cara menjamahnya:
  1. Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap, tambahkan lagi ketekunan dan kerajinan secukupnya.
  2. Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi.
  3. Hiasilah dengan seyuman.
  4. Jangan masukkan dendam, hasad dengki serta malas. Bahan-bahan ini hanya akan merosakkan hidangan ini.

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.