UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Tuesday, 22 February 2011

PROGRAM KIAMBANG BERTAUT (KITA)2011


MUQADDIMAH :

Tahun 2011 merupakan tahun lakaran sejarah bagi seluruh ahli BKKIMM apabila buat kali pertamanya keharmonian keluarga BKKIMM yang telah wujud semenjak 35 tahun yang lalu telah diganggu gugat oleh anasir yang cuba memecah-belahkan kesatuan ini. Pihak kepimpinan BKKIMM dengan sokongan dan dokongan sebahagian besar daripada ahli terus tetap mempertahankan keutuhan yang telah di bina semenjak tahun 1976 dalam segenap aspek kekuatan dan cara yang ada. Rentetan daripada beberapa penerangan dan aktiviti yang telah diadakan di Mesir, kini barisan kepimpinan BKKIMM akan menganjurkan suatu lagi pogram yang akan menghimpunkan keseluruh bekas ahli dan ahli BKKIMM untuk sama-sama membincangkan mengenai hala tuju BKKIMM sekaligus mendapatkan beberapa resolusi sepakat. Semoga resolusi yang akan bakal dicapai dalam program ini akan memastikan BKKIMM terus bertapak di Bumi Anbiya’ untuk dinaungi oleh generasi akan datang sehingga generasi seterusnya, Insyaallah.

OBJEKTIF PROGRAM

Program KIAMBANG BERTAUT (KITA) ini adalah untuk memenuhi objektif-objektif tersebut :

2.1 Melahirkan sikap tanggungjawab dan prihatin dalam diri setiap bekas dan ahli BKKIMM untuk menangani masalah bersama.

2.2 Mengeratkan ukhuwah diantara bekas dan ahli BKKIMM.

2.3 Membina semangat kebersamaan diantara ahli dengan kepimpinan BKKIMM dalam mengatasi masalah terutama yang berkaitan dengan perihal kesatuan.

2.4 Memupuk semangat kerjasama dalam bekerja diantara ahli BKKIMM walaupun berada di tanah air.

2.5 Membantu pelajar dalam menentukan arah tuju masa depan.

PERLAKSANAAN

3.1 Tarikh         :(akan dimaklumkan kemudian)
3.2 Hari             : (akan dimaklumkan kemudian)
3.3 Tempat       : (akan dimaklumkan kemudian)

 TEMA

“ 1 HATI 1 BKKIMM “


 SASARAN

Semua bekas ahli dan ahli BKKIMM.


ANJURAN

Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM )



No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.